20121218

If you love someone

If you love someone, stay with it. 



Walaupun awak have no idea sama ada dia suka awak jugak ke tak. Who knows yang dia pun suka awak jugak ke, and who knows jugak yang dia dah fikir, one day dia akan masuk meminang awak ke? 




Tapi, tiba-tiba tak jadi, sebab dia nampak macam awak sukakan orang lain?  





Big waste, dude. You lose your chance. 





 Nampak lelaki ni, 'handsomenya dia, suka dia'...dan hati pun terpaut.  




Another man pulak, 'baiknya dia, i like him'. 





 Lelaki lain lagi, 'aku suka budak nerd ni, comel lah'. ...'alimnya dia, kalau jadi suami aku, untung' dan begitulah selanjutnya. 





Terlalu kerap dan mudah jatuh hati. 





Ingat, ada kata-kata indah ingin saya sajikan, 


 "Bila seseorang itu kerap jatuh cinta, ertinya dia belum berjaya mencintai diri sendiri" 





 Means that, awak belum kenal diri awak, tak kenal, maka tak cinta. Hati awak terlalu rapuh, sebab tu awak mudah jatuh cinta. 





Dalam pada masa yang sama, awak suka gila kat orang lain, tapi hati awak sekejap terpaut sana, sekejap terpaut sini. 




 And ini menghalang rezeki awak, awak yang buat jodoh awak jadi lambat. Awak tak focus on one thing. You must be sure. 




 Iya, memanglah tak semestinya orang yang awak suka tu akan suka kat awak jugak, tapi bila awak pergi jatuh cinta sana, jatuh cinta sini, itu menjanjikan yang awak akan dapat ke mereka tu? 




 Tak jugak kan? 




At least, jujurlah pada diri sendiri, love Allah for the MOST, and then Allah will give him that you never stop loving tu, yang you setia tu. 




 But, practically, tak semestinya that person tu sesuai untuk awak, so, Allah akan ganti dengan the suitable one. Okay? 




Believe what Allah has said in the Quran, yang sangat popular tu ayat dia, lelaki baik untuk perempuan baik, vice versa. 





 Believe. 




 And you'll get what you believe. Allah loves you even you don't love Him.




20121203

When we like someone

♥¸.•*۰۪۪۫۫♥۰*•.¸♥
(In The Name of Allah The Most Gracious and Most Merciful)


When we like someone, we will feel like we wanna tell him about our feeling towards him right? But there is a question that keep playing in my mind.




Why do we want to tell him that we like him? What we gonna do then? 



Yeah, its like, after you tell him that you like him, so? So what? Are you going to declare something such as you 'couple' with him, officially?




Or, are you going to marry him, i mean, propose him to be your husband? Like that?




So, here, i wanna ask you, why do you want to tell him that you like him? Why?



Dear girls out there, we, girls/women, have to instill the 'shy' in our heart. Shyness is a shield for mukmin. Remember that. 



Girls, where is your shyness when you tell him that you like him? You have to increase the dignity of shyness.

20121128

Komik - Inflasi 1

Tak sempat nak edit habis lagi. Stay tuned...



Inflasi




Link - http://www.flickr.com/photos/nazatulnajzan/8226735376/

20121127

Drawing #1 - Sibling

I drew this <3

♥¸.•*۰۪۪۫۫♥۰*•.¸♥

20121028

Pray for my success

♥¸.•*۰۪۪۫۫♥۰*•.¸♥



With Love, I write this post. Just a simple post to update this blog.


STPM is just around the corner, about 22 days to go for exact. 



So, I hope all of you can pray for me and my friends success. We wish for all As.







Thanks in advance. May Allah bless you.

20121025

Saya juga manusia

Saya juga manusia,

...yang punya rasa duka
tatkala ujian datang melanda,
pastinya saya akan merintih kesedihan.
Lantas, saya tarus rasa berdosa pada Allah,
pabila sedar yang Allah sentiasa ada untuk hanba-hambanya.




Saya juga manusia,

...yang akan kesakitan
pabila disakiti...
meski saya tidak menggambarkannya pada kalian,
tapi saya sentiasa cuba melupakan kesakitan itu
kerana mengenangkannya selalu,
hanya akan membuat saya tambah sakit




Saya juga manusia,

...yang pernah terasa,
andai ada yang mengguris hati saya
tanpa sengaja
tapi saya,
sentiasa cuba mencampak jauh
rasa yang menerkam di hati
kerana rasa itu
hanya akan memakan diri




Saya juga manusia,

...yang punya rasa benci,
meski kalian lihat
saya menyarung tudung yang labuh
saya menutup aurat saya
saya jaga solat saya
saya jaga pergaulan saya
lantaran saya tersedar
benci itu lahir dari syaitan
yang mahukan manusia menemaninya di neraka
dan lantas, saya rasa berdosa
akan rasa itu




Saya juga manusia,

...yang tahu rasa letih,
bila terlalu banyak yang perlu dilakukan
meski saya cuba memaparkan kesungguhan




Saya juga manusia,

...yang sentiasa berdosa,
dan saya tidak sempurna,
janganlah kalian menghukum saya
saya cuba berubah
ke arah yang lebih baik




Saya juga manusia,

...yang punya rasa cinta
pabila orang yang saya suka
sanyum pada saya,
itu mampu membuat saya teringatkannya
tapi tetap juga rasa berdosa
menyelubungi diri ini





begitulah terus,
hidup saya seorang manusia


20121015

Bantulah aku mencintai rasulMU melebihi cintaku pada diriku

Bantulah aku mencintai rasulMu ya Allah, lebih dari aku mencintai diriku sendiri.








Love or Like ?

Kata orang, kalau nak mengelakkan diri daripada terus terjerumus dalam perasaan cinta pada orang, katakan saja pada diri, 


"Ah, aku hanya suka..."



Kecoh tadi di sekolah, cerita tentang seorang sahabat saya, yang dirinya disukai orang. Okay, setakat tu je boleh cerita, tak mau lebih-lebih ha.



Tapi, pastikah dia yang dia menCINTAi sahabat saya atau dia hanya SUKA? Saya faham perasaannya bila kita hanya bertepuk sebelah tangan. Dan saya simpati jika hatinya banyak menahan sabar men'cintai' sahabat saya tu. Hakikatnya, dia telah menyebabkan dirinya tenggelam dalam perasaan itu.



Sayang, jangan pernah biarkan diri kamu tenggelam dalam perasaan yang tidak sepatutnya hadir itu. Perasaan yang hanya akan membuatkan kamu sakit. 




Sayang, cintailah seseorang itu kerana Allah, bukan kerana turutkan kata hati. Pinggirkanlah perasaan yang kian menusuk jauh dalam hati kamu itu.




Cinta itu, biar pada Allah yang paling utama. Turutkan kata hati, saya juga sedang menyukai seseorang. Tapi, seringkali saya akan cuba padamkan rasa itu, dengan mengatakan,



"Aku hanya suka..."



Sebenarnya, hati ini memang fitrahnya mahu menyayangi dan disayangi, tetapi untuk apa jika rasa itu disalut nafsu semata?



Tak berbaloi. 



Dulu, saya pernah menyukai ustaz saya, bukan kerana wajahnya kerana dia biasa-biasa sahaja. Tapi kerana imannya dan pendidikannya. Masya-Allah, sesungguhnya, wanita yang telah dikahwininya, jauh lebih layak berbanding saya. Tiadalah saya merasa hampa atas semuanya.


Imam Ghazali ada berkata,

'Apabila kamu suka kepada seseorang itu, maka sukalah dengan berpada pada kerana mungkin pada suatu hari nanti kamu akan membencinya. Apabila kamu benci kepada seseorang itu, maka bencilah dgn berpada pada, kerana mungkin pada suatu hari nanti kamu akan menyukainya' 




Hakikatnya, apa yang dikatakan Imam Ghazali tersangatlah benar. Tak percaya, anda boleh cuba.



Kemudian, saya pernah juga menyukai seorang lelaki yang baik juga, lantas dia bakal berkahwin. Entah bila, tapi tetap sudah berpunya.



*Eishh, kenapalah asyik suka hak orang ni?




Tapi, saya tak kisah, sebab semua tu, rancangan tuhan.



Ada orang, yang kita suka, kita boelh redha je kalau dia bukan untuk kita. Tapi, ada orang yang kalau kita suka, kita tak senang hati kalau dia akan berkahwin dengan orang lain. Bukan tak redha, tapi tak senang hati. Rasa semacam.




Ada juga, orang yang kita tak ada hati pun pada dia, tapi kita sudi kalau dia nak jadikan kita isteri dia. Sebab kita rasa, dia mampu jadi seorang yang soleh untuk kita.



Thats what I feel, and semua kategori orang yang saya katakan tu, wujud semuanya. Tapi siapalah saya untuk menentukan siapa, apa, mana etc. benda-benda ni?



Tunggu? Tunggu Allah tiba-tiba nak bagi yang baik untuk kita?



Memang TAK lah. 




Usaha? Oops! Takkan nak couple kot? Takkan nak usha-usha, jeling-jeling kot?



Nope2!



You have to pray, for a better zauj / zaujah. Pray, and act. Bertindak yang macam mana? Okay, jadikanlah diri tu solehah. Always cakap pada diri,


Kalau perangai aku terus macam ni, tak berubah-ubah kepada kebaikan, macam mana Allah nak bagi aku pasangan yang soleh/solehah?


So, jadikanlah diri tu solehah, untuk dapatkan pasangan yang soleh sebagai matlamat jangka pendek, dan matlamat jangka panjangnya ialah untuk mendapat redha Allah.



Iyalah, jika sudah ada pasangan soleh, pasti Allah juga akan meredhai. Tapi, janganlah buat kebaikan semata-mata untuk mendapat pasangan yang soleh je, tapi jugak untuk mendapat pahala dan syurga. Matlamatnya, Allah S.W.T. Kalau ditakdirkan kita tidak bertemu jodoh di dunia, habis, putus asalah?




Cuba hitung balik, nikmat-nikmat yang telah Allah beri? Berbanding dengan sedikit permintaan yang Allah tak beri? So, jangan nak berkira sangat dengan Allah, tau.





Iya, I do like someone right now. Of course lah, takkan awak ingat saya tak ada perasaan kot? But yeah, we have to control it, and if we really want that person, just pray. Mungkin sekarang ni, he try to be a good man, so that he don't wanna even touch your heart. And if you like him because of his piousness, usahalah, jadi pious jugak.




Okay? 




pesanan dari saya : Love story kita, Allah yang tulis. Jadi, tolong patuh arahan Allah. Jangan layan sangat perasaan yang mengacau tu. Mengarut je tu. Cinta matilah, cinta sucilah, cinta whatsoever. Theres no such thing. Cinta Allah dulu. Bukti apa yang kita ada sampai kita berani buat pengakuan kita cinta Allah? Buktikanlah.





Alhamdulillah, Allah akan berikan saya seorang yang cukup soleh, untuk mendidik saya menjadi hamba yang solehah dan taat kepada tuhannya. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Say it, always.







You Believe . You Get.

20120928

Bersangka Baik ;)

♥¸.•*۰۪۪۫۫♥۰*•.¸♥
(In the name of Allah the Most Gracious and Most Merciful)




20120918

Khabarkanlah Cintamu Kepada Allah - Artikel iLuvIslam


alt
"jika kita mencintai seseorang biarlah kita mendiamkan diri kerana apabila kita diam itulah yang menjadi tanda cinta kita pada nya. Dan khabarkanlah perkara ini kepada Allah, kerana dia mengetahui segalanya daripada kita"
Memang benar apa yang apa yg terdapat dalam ayat di atas, dan saya tidak nafikan dan bukannya untuk dibanggakan tetapi sebagai perkongsian bersama kerana perkara inilah yang saya pegang hingga hari ini. Tapi bagi sesetangah orang perkara ini payah kerana ada segelintir orang sahaja yang sanggup menaggung rasa di hati dan menyatakan nya kepada Sang Pencipta.
Di sini saya ingin berkongsi apa yang saya baca mengenai "Cinta Mengikut Islam" ini;
1 ) Pendam dan luahkan pada Allah
Pertama sekali, jika kita mencintai seseorang haruslah kita pendamkan dahulu dan menyatakan hasrat kita kepada Allah. Kita tidak perlu terburu buru takut perempuan/lelaki itu mencintai orang lain kerana jodoh ini adalah semua aturan Allah. Allah lebih mengetahui apa yang kita tidak ketahui.
Justeru, menyatakan perasaan kita kepada Allah terlebih dahulu, itulah cara yang paling terbaik kerana insyaAllah, Allah tidak akan memberi sesuatu kepada kita melainkan kita berhak mendapat nya dan dalam bab jodoh ini kita berusaha lah menjadi hamba Allah yang terbaik. Niatkan pertamanya apa yang kita lakukan ini bukanlah semata-mata untuk mendapatkan jodoh yang baik, tetapi adalah semata-mata kerana Allah.
Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Setiap kebaikan itu pastinya akan diganjari dengan kebaikan pula. Demikianlah juga dalam perihal jodoh sesudah kita mantapkan diri atas apa yang kita lakukan semata-mata kerana-Nya, sudah tentulah Allah akan berikan yang 'sekufu' iman dengan kita. Jika kita berusaha menjadi hamba yang soleh/solehah, maka Allah berikan kebaikan ke atas usaha itu.
Allah telah janji dan berfirman dalam kitabNya yang bermaksud;
"Lelaki yang baik untuk perempuan yang baik begitu lah sebalik nya"
(Surah an-Nur ayat 26)
2) Nilai dan selidiki sebelum mencintai
 Cinta itu hadir tanpa kita sangka. Kadang-kadang ianya berputik tanpa kita sedari. Ada pula yang hadirnya walau hanya pertama kali bertentang mata (sekali pandang). Namun, sebelum kita membiarkan cinta itu tertanam di lubuk hati kita yang paling dalam, maka nilailah cinta kita itu semula.
Adakah cinta kita itu untuk dunia sahaja? Kerana kemewahannya kah? Untuk memuaskan nafsu diri kah? Atau semata-mata kerana untuk menyempurnakan agama? Andai cinta kita kepada seseorang itu hanyalah kerana nafsu dan dunia, maka rugilah kita kerana kita tidak akan dapat apa-apa melainkan kepuasan hanya di dunia. Tetapi jikalau kita mencintai seseorang kerana Allah dan berniat untuk memuliakannya dengan ingin menikahinya maka besarlah pahalanya sedang perkahwinan itu diibaratkan seperti membina sebuah rumah Allah.
Mungkin ada yang berkata;
" Tak kan la awak kahwin itu bukan sebab kecantikannya"
"Aik, awak nikah ni tanpa nafsukah?" 
Ya, benar!. Sebagai manusia kita dikurniakan nafsu, cintakan kecantikan. Hakikatnya semua manusia cintakan kecantikan, hatta Allah juga sangat mencintai kecantikan kerana Allah itu bersifat dengan kesempurnaan. Begitu juga dengan bernikah kerana nafsu. Namun, antara asbab itu, jadikanlah pernikahan kerana Allah itu berada di tingkatan yang paling atas. Nikah kerana Allah itu yang paling utama dan pertama.

3) Jauhilah 'bercouple"
Andai diri telah mencintai seseorang, maka berusahalah untuk menghindarkan diri kita dari ber "couple" kerana perkara ini langsung tidak dianjurkan dalam Islam. Sesungguhnya budaya couple ini bukanlah satu pegangan Islam kerana padanya terlalu banyak perkara-perkara yang boleh membuatkan pasangan bercouple ini lebih cenderung kepada mendekati zina.
Sepertimana di dalam al-Quran ada menerangkan, "la taqrabuz zina" yang bermaksud, "Janganlah kamu dekati zina"  yang mana para ulamak mengistinbatkan hukumnya sebagai haram. Maka, apakah dengan bercouple juga tidak termasuk di dalam mendekati zina? Walaupun mungkin ada antara pasangan couple yang berkata;
"Saya tidak pernah keluar berdua dengan dia"
"Ana jarang telepon..."
"Awek aku tak pernah sms pun. Kalau ada pun perkara yang penting je"
Namun, tanpa sedar kita tidak tahu bahawa kita sedang melaku zina hati yang mana sedikit demi sedikit akan membawa kita melakukan dosa yang lebih besar. Nau'uzubillah
4) Solat Istikharah dan musyawarah (berbincang)
Sebaik-baik keputusan ialah dengan meminta petunjuk kepada Allah dan bermusyawarah (berbincang) meminta pendapat daripada orang yang dipercayai. Tiada seorang pun yang Allah janjikan akan merasa rugi dengan bermohon kepadaNya. Maka, andai diri telah nekad dan memilihnya kerana Allah atas asbab agamanya, solatlah istikharah mohonkan petunjuk yang terbaik untuk agama kita, kehidupan kita pada masa itu mahupun pada masa yang mendatang. 
5) Bertindaklah ke arah kesempurnaan Iman
Alhamdulillah, jika Allah telah berikan kelapangan di atas solat istikharah yang kita lakukan. Salah satu daripada petunjuk istikharah selain mimpi ialah apabila hati kita terasa lapang dan yakin dengan keputusan yang ada. Maka, bertindaklah. Bertindak di sini ialah dengan memilih seseorang menjadi wakil kita untuk meneruskan hajat kita.
Sesungguhnya Islam agama yang indah. Jika dijadikan pegangan dan cara hidup pasti hidup terasa mudah. Demikianlah juga adat yang ada. Maka, selagi adat tidak menyalahi syariat, gunakanlah 'adat' seperti merisik, bertunang dan seterusnya. Semoga Allah merahmati dalam menuju ke arah kesempurnaan iman itu.
Saudara saudari saya sekalian, couple ni memang indah tetapi beracun. Saya tidak mahu rakan-rakan saya diluar sana terkena mainan syaitan ini kerana saya juga pernah merasainya sekali suatu ketika dahulu. Memang benar, pada mula berasa semuanya manis, namun pertengahannya semakin kurang dan akhirnya tawar dan pahit sekali untuk ditelan. Moga ianya menjadi pengajaran buat saya.
Marilah kita sama-sama berdoa kepada Allah supaya semua hubungan kita dengan manusia mendapat keredhaanNya dan Allah akan menjadikan kita insan yang lebih baik supaya insyaAllah kita dikurniakan pasangan yang juga baik. 

Biodata Penulis

Mohamad Fadzil Ashraf Bin Mohamad Hanib merupakan salah seorang pelajar di salah sebuah IPTS di Nilai dan akan melanjutkan pelajaran beliau di United States pada tahun hadapan (InsyaAllah). Berkongsi karya di http://hamba-mu-chedet.blogspot.com/

20120906

Awesome ends with me

I couldn't help but notice that awesome ends with 'me' and ugly starts with 'u'.

20120829

Pernikahan Ustaz Don




Perkongsian pengalaman dari krew Nadia Zahari Photography dan Artmosphere Photography mengenai Majlis perkahwinan ustaz don daniyal




1. Majlis dibuat secara sederhana tetapi indah. Majlis dimulakan dengan selawat.



2. Husna memakai inai di pergelangan tangan sahaja iaitu bukan ditempat aurat, inai tidak berkekalan dan lukisan berbentuk bunga/tumbuhan tidak berbentuk haiwan atau menyerupai makhluk.



3. Make up Husna tidak tebal, Ustaz Don berkata dia berkahwin kerana diri Husna sendiri, dia tidak mahu melihat Husna menjadi orang lain dengan bermakeup tebal atau memakai bulu mata palsu.



4. Tiada inai di tiga jari Ustaz Don kerana inai di lelaki dipakai hanya untuk tujuan berubat sahaja.



5. Selepas ijab qabul nikah Ustaz Don meminta izin kedua pihak keluarga untuk Husna bersembahyang sunat bersamanya.



6. Sebelum menyarungkan cincin di jari Husna, Ustaz Don memegang bahagian depan kepala Husna sambil menyebut nama Allah dan mendoakan keberkatan baginya.



7. Tiada sesi bersanding atau merenjis, pelamin hanya untuk tempat mengambil gambar bersama family dan rakan.



8. Kesemua hantaran di kedua belah pihak berbentuk makanan. Pengantin ingin berkongsi kegembiraan 

dengan seluruh family ketika membuka hantaran. Tujuan ini juga adalah kerana pengantin tidak mahu hantaran al-Quran/kitab diletak sama level dengan hantaran kasut, baju dan lain-lain.



Source : Click Here

20120814

Belajar Al-Quran


Saya sendiri pernah ditanya oleh seorang muslim.. kenapa al Quran tidak di buat seperti Bible yang dialih bahasa supaya kita faham membacanya dan tidak perlu tengok terjemahan. Juga tidak perlu belajar membaca al Quran (iqra). 



Ingin saya ingatkan, Rasulullullah s.a.w mempunyai lebih dari 1000 mukjizat dan tiada satu pun yang tinggal untuk kita yang berada di zaman ini kecuali al Quran. Mukjizat al Quran itu adalah benar jika ia dibaca dalam bentuk asal. Adalah wajib kita belajar membacanya dengan betul dan bertajwid terlebih dahulu. 




Memahami makna al Quran kemudian pun tidak mengapa. Sebuah kajian yang dilakukan, seseorang yang tidak tahu apa maknanya "La haulawala quwataillah..." bila menyebutnya berulang kali, akan memberi satu tekanan pada mekanoreceptor yang terletak didalam mulut yang menyebabkan timbulnya rasa tenang kepada penyebutnya. 




Mulut mempunyai beberapa bahagian yang agak sensitif dan menyebut perkataan didalam al Quran dengan tekanan di lidah dengan betul (tajwid yang betul) akan mengeluarkan neural signal yang disalurkan ke otak. Ia juga memberi kesan mengurangkan tekanan kepada jantung, baik mereka yang menghidap penyakit jantung. 



Kesan ini tidak terdapat di dalam mana-mana bahasa didunia yang mengeluarkan apa pun bentuk susunan perkataan mereka termasuk bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris. Pernah dengar kuasa bunyi (ultrasound) dalam bidang perubatan? 




Contohnya, doktor menggunakan ultrasound untuk memecahkan batu karang didalam buah pinggang tanpa pembedahan major. Ayat al Quran yang dibaca dengan betul, bila didengar akan mengeluarkan satu kuasa penyembuhan untuk tubuh. 




Membacanya memberi satu kesan, dan mendengarnya juga memberi satu kesan lain pada tubuh badan manusia. Saya akan kongsikan buku yang saya baca mengenai kajian ini di emel akan datang. InsyaAllah. 




Janganlah kita memberatkan maknanya dahulu ketika mengajar anak-anak kecil membaca al Quran.  Alif Lam Mim yang tidak kita tahu apa maknanya jika dibaca  akan mendapat 30 pahala kerana Allah telah berjanji setiap huruf dibaca mempunyai 10 pahala.  




Kejarlah kesan kebaikkan membacanya dan pahalanya dahulu. Janji Allah, jika kita jaga kalam Allah, Allah akan jaga kita. 





Jika anak kita yang menjaganya, anak kita InsyaAllah akan terpelihara. Semoga anak kita terpelihara dari segala kerosakkan rohani ataupun kerosakkan jasmani. InsyaAllah, terlampau banyak terjemahan al Quran yang boleh dibaca di luar sana yang boleh dibacanya jika dia sudah boleh membaca nanti





-Lina Karim

20120730

Takde boyfriend takpe


Takde boyfriend takpe, kerana Allah lebih utama.

Kalau rasa kosong hati tu, bila tak ada yang nak isi, bila rasa sunyi hati tu, bila tak ada yang ketuk, ingatlah, kita ada Allah.

Kita ada Allah sejak kita belum pun lahir. Kasih sayang Allah itu, tidak terbatas mengalahkan segala-gala kasih sayang di atas muka bumi ini.

Tatkala merasa perlukan teman untuk didampingi, ingatlah, isilah hati dengan zikir-zikir kepada Rasulullah, bacalah al-quran walau hanya baris-baris surah al-fatihah atau yasin..

Telitilah maksud surah yang dibaca, nescaya hatimu, pasti tenang. Innallah hama'ssobirin.. Sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar.

Bersabarlah. Andai namanya tertulis untukmu di luh mahfuz, lambat atau cepat, dia alan hadir kepadamu.

Ini tentang masa.

Masa menagih kesabaran. Dan pada setiap kesabaran, ada ganjaran pahala.

Sebaliknya, jika dia bukan untukmu, pikatlah dia bagaimanapun, berkasihlah tanpa nikah dengannya selama mana pun, dia akan pergi jua dan yang anda dapat, hanya dosa dan kepedihan yang lebih pedih daripada pedih bersabar..

20120729

Cantik

Kata orang, cantik itu subjektif. Ia bergantung pada mata penilainya.



Kalau saya, saya memang mudah untuk mengatakan orang cantik, kerana bagi saya, semua wanita itu diciptakan cantik, tidak ada yang tidak cantik, walaupun tidak sempurna kejadiannya.



Andai kita menghina mereka, bermakna kita menghina ciptaan Tuhan yang Maha Esa. Kita mempertikaikan ciptaan Tuhan, sedangkan Allah, Maha Sempurna.



Bercerita tentang cantik, teringat saya akan satu peristiwa enam tahun lepas, masa saya dalam tingkatan satu. Kawan saya, datang menghampiri saya, di satu pondok di sekolah, yang ketika itu, saya sedang duduk sendirian.



Dia duduk berhampiran saya, dan diam seketika. Tiba-tiba, dia memulakan bicara.



"Balqis, kau cantiklah..."



Belum pernah dipuji sebegitu, lantas membuat saya malu yang teramat sangat, lalu saya berlalu dari situ, tanpa sepatah kata.



Tapi, apalah ertinya cantik, kalau iman senipis kulit bawang. Tapi, saya masih tetap merasakan yang kata-kata seperti itu, hanya kata-kata kosong.



Sebab kebanyakan yang memuji, ialah lelaki.



Pernah juga, beberapa tahun lepas, saya pergi solat tarawih bersama rakan, waktu ini ialah waktu makan. Kemudian, saya mahu mendapatkan air.



Saya hampiri budak-budak lelaki yang memegang jag air itu. Buat muka tebal.



"Nak air ke?"



"Ha'ah"



"Tapi kena bagitau dulu, kenapa awak comel.."



Mereka ni, saya kira sudah buta. Saya dikatakan comel. Memang muntah hijau.



Entahlah, pujian-pujian sedemikian, bukan buat saya tambah suka, malah makin ragu. Apa motif mereka? Saya memang tak cantik masalahnya.



Saya tak perlukan kecantikan, kerana Allah, tak pandang pun kecantikan wajah, dan wajah ini, juga dicipta Allah.



"Akak ni cantik sebenarnya, kalau akak dah berjaya nanti, mesti ramai minat dekat akak"



Yang ni, saya terima sebagai kata-kata semangat. Dan pastinya yang berkata itu, seorang perempuan. 

20120726

Tabahkan hati-hati kami

Ya Allah,
Kau tenangkanlah hati kami,
Setenang air di lautan...


Kau kuatkanlah jiwa kami,
Sekuat ikatan yang tak pernah lerai...


Kau tabahkanlah kami,
Sebagaimana kukuhnya cintaMu pada hamba-hambaMu...


Kau bahagiakanlah hati kami,
Sebagaimana bahagianya hati mereka yang bahagia...

20120721

...kerana senyum itu sunnah nabi

aku disenangi, kerana keramahanku
aku juga disenangi, kerana senyumanku
aku disayangi, kerana kebaikanku

tapi,

benarkah semua itu,
atau sekadar fatamorgana yang mengaburi pancaindera?
atau sekadar minda yang suka berhalusinasi?

suatu ketika dulu,
aku pernah terbaca
akan suatu perkara
yang mana terkandung dalam aksara-aksara itu
yang senyum itu sedekah
Nabi s.a.w sering senyum
dan kerana itu, 
baginda disenangi

lantas aku nekad,
untuk sentiasa tersenyum
kerana senyum itu sedekah
ada pahala berlindung dibaliknya

aku tidak suka dilabel sombong
sangat tidak suka
aku memang peramah

senyum itu,
langsung tidak salah,
kerana ia mampu menggembirakan hati
walau sering dihimpit duka
senyum itu bagaikan satu kapsul
yang apabila ditelan
melegakan perasaan

namun
terkadang aku silap mengorak langkah
kalau dengan bukan muhrim
tak patut aku lemparkan senyuman
tak patut aku bersikap ramah

aku harus tegar dengan kesombongan
dan kini
usaha aku
hampir mencecah tahap maksimum
aku hilangkan sedikit demi sedikit
keramahan pada yang bukan hak itu

ramah itu penting
supaya kita ramai kawan

siapa kata ramai kawan tak penting?
andai kita diburu kesulitan
kawan-kawan itulah yang akan memudahkan urusan kita

memang
Allah sentiasa ada
untuk kita

tapi
Allah juga
tak suka manusia yang sombong

mulakanlah dari sekecil-kecil perkara
untuk melakukan sunnah
nabi tak pernah sombong

tak salah kalau nak ikut cara nabi
kan?
tak boleh buat yang besar
buat yang kecil

kesombongan melampau
bagi aku mengundang padah
keramahan melampau
akan melahirkan rasa lelah

tapi
itu tidak bermakna aku harus kejang dengan wajah kelat
mencuka

senyumlah
sentiasa

kerana senyum itu
sunnah Nabi

20120709

Describe Yourself






I got Pure, Care, Honest


You?

20120708

Prasangka

Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah banyak dari prasangka, sesungguhnya sebahagian prasangka itu DOSA, dan janganlah kamu MENCARI-CARI kesalahan orang lain, dan janganlah ada di antara kamu yang menggunjing sebahagian yang lain. Apakah ada di antara kamu yang SUKA memakan daging saudaranya yang sudah mati? Tentu kamu merasa jijik. Dan bertakwalah kepada Allah, sungguh Allah Maha Penerima TAUBAT, Maha Penyayang. Al-hujurat (12)

20120702

Lelaki baik

“Untuk lelaki yang tidak menyukai kamu, memang jelas dia akan menjauhi kamu atas alasan, dia tidak suka kamu. 




Manakala untuk lelaki biasa, yang menyukai kamu, dia akan cuba mendekati kamu, dan ini pasti kamu tahu. 





Cuma lelaki yang benar-benar baik, apabila dia menyukai kamu dia akan menjauhi diri dari kamu dan inilah yang saya mahu ceritakan."





“Lelaki yang baik itu, tidak akan menyentuh kamu. Tidak akan sesekali cuba menyentuh kamu. Bukan sahaja tangan halus kamu, bukan juga 'menyentuh' mata bening kamu, tetapi yang lebih utama, dia tidak akan 'menyentuh' hati lembut kamu





Mereka tidak akan menyentuhnya selagi mana mereka tidak bersedia, dan pada ketika dia sudah bersedia, dia akan menikahi kamu dan pada saat itulah, barulah dia berani 'menyentuh' hati kamu. 





Lalu bagaimana mungkin lelaki baik tidak 'menyentuh' hati kamu sekiranya dia tidak menjauhkan diri daripada kamu? 





Sedaya upaya dia akan cuba menghindar, kerana dia tahu, pada ketika dia membuka mulutnya bagi berbicara, pada ketika itulah, bicaranya yang baik-baik akan 'menyentuh' hati kamu, dan 'mencengkam' hatinya pula. 






Terjadi rindu dan kamu pun tahu maknanya rindu kepada bukan mahram itu sangat halus sempadannya, antara rindu baik dan zina hati. 






Sangat-sangat halus, dan lelaki baik tidak mungkin mahu mengambil risiko itu.”







20120701

Status yang diangkat ke langit - sebuah cerpen


Dari blog dingin


'Maryam, terima kasih belanja saya makan. Sayang sangat dengan awak XOXO'

Itu status yang saya tulis pada wall facebook Maryam. Kawan baik saya, kawan baik yang sentiasa menggembirakan dan menceriakan saya.

'Terima kasih kepada awak juga. Ada masa kita keluar shopping lagi. XOXO'

Saya tersenyum lebar membaca komen Maryam. Ya, baru petang tadi kami berdua keluar membeli-belah, menonton wayang dan menikmati Tutti Fruti. Semuanya kerana, Maryam akan keluar negara pada esoknya, bagi melanjutkan pelajaran ke peringkat sarjana. Sesuatu yang saya hanya boleh impikan. Namun saya tetap mendoakan dia berjaya.

Berbekalkan keceriaan petang tadi, semangat saya bermain Facebook ikut meninggi. Pada ketika saya tersenyum penuh semangat itulah, saya terbaca sesuatu yang membuatkan senyuman saya hilang. 

Benar, perempuan yang menutup aurat tidak menjanjikan dirinya selamat daripada nafsu lelaki, tidak juga menjanjikan hatinya baik, dan benar ia tidak menjanjikan dirinya akan bahagia. Tetapi perempuan yang menutup aurat sudah menjanjikan dirinya bebas daripada dosa membuka aurat.

Membaca status Facebook dia, membuat hati saya tiba-tiba mengembang, seperti ekor kucing yang kembang ketika bertemu lawan.

Entah mengapa, tindakan pertama saya adalah segera membetul-betulkan rambut yang menutup mata saya. Tetapi masih juga ia lepas bebas. Getah di atas meja saya capai, ikat dirambut terus jadi 'ekor kuda'. Sepatutnya hati saya puas kerana berjaya menjinakkan rambut saya yang asyik mahu menutup mata, tetapi bukan hal rambut itu yang mengganggu, namun status facebook itu yang membuat geram saya menyala-nyala.

Bukan saya tidak kenal siapa yang menulis status itu. Selain Maryam dia juga adalah kawan baik saya, namanya Nadina. Ketika itu kami bertiga sangat rapat dan ke mana-mana sahaja bertiga. Dahulu, wah dia bukan main lagi fesyennya. Bajunya adalah seketat-ketat baju yang ada, seluarnya juga biar nampak paha. Rambutnya walaupun Melayu, tidak pernah saya lihat hitam.

Anehnya, entah bagaimana dia boleh berubah bertudung litup sampai ke pinggang. Wajahnya tidak ada lagi bedak tebal dan bibirnya cukup sekadar pelembap bibir.

Memanglah, itu bagus dan saya tidak ada apa-apa dengan perubahan dia, tetapi perlukan status-status facebooknya asyik berdakwah? Asyik menyentuh berkenaan aurat. Kalau sekali dua, tidak mengapalah, tetapi kalau sudah sehari empat lima kali? Nampak benar mahu menyindir.

Geram betul hati saya. Kalau mahu menutup aurat, tidak perlulah buat status menyindir. Lalu, dengan geram saya yang tidak tahu mahu dihala ke mana, terus saya tergoda menulis komen di bawah status itu. 

'Kalau kita dahulu ada kawan yang rambutnya merah, baju seluar ketat tiba-tiba tulis status pasal tutup aurat, apa hukumnya ustazah? Bolehkah kita kata dia riak atau munafik?'

Selepas menekan 'enter', hati saya berasa sangat puas. Melebar senyum saya, sama lebarnya dengan daun keladi.

Seketika itu juga telefon saya berbunyi dan tertera nama 'Nadina'. Selepas memberi salam dan menjawab salam, dan selepas bertanya khabar dan menjawab khabar, terus Nadina kepada niat hatinya menelefon saya. Saya tahu pasti ia ada kaitan dengan komen saya pada statusnya.

“Saya mohon kepada kamu, usahlah buka masa silam saya. Aib saya itu, sudah membuat malam-malam saya jadi perit, jadi sebagai kawan saya mohon usahlah kamu tambahkan perit malam-malam saya.”

Saya tersenyum kecil. Tetapi dalam masa yang sama, mendengarkan suaranya yang merayu membuat hati saya lembut dan serba-salah. Tetapi pada ketika mata saya menatap statusnya, hati saya kembali keras dan tajam.

“Bukan mahu buka aib kamu, tetapi saya meluat betul lihat status-status kamu yang 'macam baik'. Kamu tidak takut jadi riak?” Puas betul hati saya berkata begitu. Entah apa sebabnya, tidaklah saya tahu.

“Terima kasih kerana mengingatkan. Ternyata kamu memang sayang saya. Saya akui saya memang masih belajar, dan banyak saya tidak tahu. Saya masih jahil. Mungkin kamu benar. Tanpa saya sedar, saya menulis dengan rasa riak. Namun, perkara besarnya, walau sejahat manapun kita, walau sekeji manapun kita, selagi mana agama kita Islam, menganjurkan berbuat baik itu perlu. Itulah yang saya perbuat. Walaupuh saya tahu diri saya hina, tetapi bukan bermakna saya tidak layak untuk berkongsi pesan.”

Itu kata-kata dia. Saya senyum. Saya tahu apa yang perlu saya jawab. Saya segera menaip sesuatu pada google, dan saya terjumpa hadis ini.

“Maksud Hadis Nabi SAW: “Pada hari kiamat seorang dihadapkan dan dilempar ke neraka. Orang-orang bertanya, ‘Hai Fulan, mengapa kamu masuk neraka sedang kamu dahulu adalah orang yang menyuruh berbuat ma’ruf dan mencegah perbuatan munkar?’ Orang tersebut menjawab, ‘Ya, benar. Dahulu aku menyuruh berbuat ma’ruf, sedang aku sendiri tidak melakukannya. Aku mencegah orang lain berbuat munkar sedang aku sendiri melakukannya.” (HR Muslim)

Tanpa bertangguh, segera saya membacakan hadis itu kepada dia. Beruntung sungguh zaman sekarang ada internet, semua manusia boleh sekelip mata menjadi ustaz dan ustazah. Ada juga yang menggelarkannya ustaz dan ustazah internet, elektrik dan google.

Nadina diam. Saya tersenyum nipis. Saya kembali menyambung, “Kamu menyuruh orang berbuat baik tetapi, bagaimana dengan diri kamu sendiri? Adakah sudah baik?”

Dan pada ketika saya berfikir dia sudah mengaku kalah, dia kembali berkata,

“Maafkan saya, saya memang betul jahil berkenaan hadis itu. Terima kasih kerana mengingatkan. Mendengar hadis itu, saya memahaminya sebagai, dahulukan perbuatan baik itu sebelum bercakap berkenaannya. Itu yang saya usahakan, sedaya upaya cuba lakukan. Saya usaakan juga tidak bercakap berkenaan perkara yang saya tidak lakukan. Sekiranya kamu melihat percakapan saya mendahului perbuatan saya, tegurlah saya.”

Sekarang saya pula hilang kata-kata. Rasanya ada sesuatu dalam hati saya, mahu saya ucapkan tetapi entah mengapa saya tidak mampu menjadikan ia sebagai sesuatu yang objektif. Pada ketika itulah, Nadina menyambung dengan nada yang takut-takut,

“Berkenaan hadis itu, rasa bersalah pula pandai-pandai memahaminya begitu. Nanti saya tanyakan lagi kepada ustaz berkenaan tafsirnya. Tidak berani saya mahu mentafsirnya sendiri. Namun, saya juga sebenarnya terkesan dengan kata-kata Hassan Al Banna, sekiranya semua manusia menunggu dirinya sempurna bagi berbuat kebaikkan, maknanya tidak akan ada pendakwah.”

Jelas, Nadina khuatir kerana dia mengerti, dia kurang ilmu sehingga nada suaranya takut-takut. Dan saya pula terus mencari di Google, mahu memastikan yang Nadina tidak sekadar bercakap berkenaan Hassan al Banna dan saya menemukan petikan lengkapnya.

"Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bermakna aku yang terbaik dalam kalangan kamu. bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri.seandainya seseorang itu hanya akan dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yang memberi peringatan." - Hassan al Basri.

“Bukan Hassan al Banna, tetapi Hassan al Basri!” Saya tersenyum lebar dan terdengar juga gelak kecil saya.

“Maafkan saya, salah saya.” Pantas Nadina menjawab.

Itu membuatkan saya berasa semakin menang ke atas Nadina. Anehnya tetap sahaja geram dalam dada saya semakin mengembang, namun tetap juga saya tidak ada hujah sambungan. Akhirnya saya berkata, “Saya bukan tidak suka status kamu, tetapi buatlah secara berhikmah. Saya berasa disindir-sindir.”

“Maafkan saya. Selepas ini saya cuba menulis status yang lebih baik.”

Entah ke berapa kali dia meminta maaf. Hakikatnya, hati saya sedikit lembut dengan permintaan maafnya. Namun, tetap ada sesuatu yang tidak beres dalam hati saya.

“Kalau kamu tulis status biasa-biasa sahajakan boleh. Buatlah macam manusia normal,” cadang saya pula. Yalah, meluat benarlah saya membaca status-statusnya itu. Sepertinya dia adalah ustazah robot.

“Bukan apa, saya cuma terfikir, setiap kali saya menulis status, ia adalah status terakhir saya. Jadi apa yang saya mahu orang baca berkenaan diri saya sekiranya saya sudah tiada di dunia? Setidak-tidaknya status terakhir itu mampu memberi pahala kepada saya.”

Saya tergelak kecil mendengar kata-kata Nadina. Sampai begitu sekali kompleks fikirannya. Lalu saya menjawab, “Mengapa awak tidak delete sahaja akaun facebook awak? Lagi senang. Tidak perlu mahu fikir berkenaan status apa yang mahu ditulis.”

Nadina diam, dan saya berasa sudah menjadi juara. Perlahan-lahan dalam hati saya terbit kata-kata, “Padan muka kau!”

“Terima kasih atas cadangan. Saya fikir, ia adalah cadangan yang terbaik. Terima kasih sekali lagi. Nanti saya fikirkan.”

Itulah kata-kata akhir Nadina yang sempat saya dengar, sebelum dia memberi salam, dan sebelum saya berasa sangat menyesal.

Status akhir. 

Esoknya, pada ketika saya membuka facebook, pertama sekali yang saya baca adalah status Nadina.

'Di tepi sebuah pantai ada banyak tapak sulaiman yang terdampar dibawa arus ombak. Seorang anak kecil berusaha mencampakkan kembali tapak sulaiman itu ke laut, bagi memastikan ia terus hidup. Seorang lelaki tua memerhatikannya lalu berkata,

“Buat apa kamu campak ke laut? Kamu tidak akan mampu mencampakkan semuanya ke laut. Ada beribu-ribu. Buat penat kamu sahaja.”

Anak kecil itu terus tekun dengan kerjanya sebelum memandang lelaki tua itu.

“Memang saya tidak mampu, tetapi setidak-tidaknya perbuatan saya ini bermakna kepada seekor tapak sulaiman ini,” kata anak kecil itu sambil mencampakkan tapak sulaiman di tangannya ke laut.

Itulah hidup kita manusia, memanglah kita tidak mampu berbuat baik kepada semua perkara, tidak mampu berbuat baik kepada semua manusia, tetapi tetapkan dalam hati bagi terus berbuat kebaikkan. Setidak-tidaknya, akan ada seseorang yang melihat tindakkan kita itu bererti kepada dirinya.”

Boleh tahan juga panjang status Nadina. Kemudian saya membuka pula PM saya dan ada PM Nadina. 

“Assalamualaikum. Semoga hari kita berada dalam reda Allah. Selepas memikirkannya, saya tidak jadi menutup facebook saya. Ini kerana, saya tidak menjadikan diri saya mudah dihubungi. Saya tidak ada blog yang bagi menulis, tidak ada pejabat, tidak ada laman web. Hanya ada facebook dan hanya itulah ruang dan peluang saya. Jadi saya mahu menjadi budak kecil yang mencampakkan tapak sulaiman ke laut. Mungkin sahaja, tindakan saya dalam facebook langsung tidak bererti kepada semua manusia, tetapi saya yakin ia sangat bererti untuk malaikat yang berada di bahu kiri kanan saya.”

Saya terdiam. Berulang-ulang kali jugalah saya membaca PM Nadina sambil tersenyum-senyum, dan hati berkata, “Ada juga orang seperti ini di dunia.”

Namun akhirnya senyuman saya pudar pada saat membaca status terbaru pada akaun facebook Nadina.

“Innalillah hiwa inna ilai hiroji’un. Baru mendapat khabar, teman baik kita Maryam binti Syukur sudah kembali kepada Penciptanya. Beliau kemalangan semasa menuju ke lapangan terbang. Al Fatihah.”

Berdegup kencang jantung saya dan segera saya ke akaun facebook Maryam, dan pada status terakhirnya saya membaca,

Kata-kata yang saya ambil daripada status Nadina,
'Benar, perempuan yang menutup aurat tidak menjanjikan dirinya selamat daripada nafsu lelaki, tidak juga menjanjikan hatinya baik, dan benar ia tidak menjanjikan dirinya akan bahagia. Tetapi perempuan yang menutup aurat sudah menjanjikan dirinya bebas daripada dosa membuka aurat.' 

Pada ketika itu jugalah air mata saya mengalir seperti tidak akan mahu berhenti. Itulah status terakhir Maryam, dan apa yang saya bualkan dengan Nadina, terus kembali terulang di telinga.