Facebook Badge

20120102

Bila Dosa Jadi Biasa


Credit : Wana93

Kini..
terlalu ramai orang yang buat dosa tetapi dianggap biasa

‘weyh kau tengok couple tu, sweetnya…’
‘cantik tak aku pakai heels ni?nampak seksi tak?’
‘aku nanti nak keluar dengan mamat tu la, boring la, nak pergi tengok wayang’
‘seronoknya cerita korea ni, cinta sejati betullah mereka ni’
‘bestnya lagu gwen steffani ni, lagu justin bieber ni pun best’

Melihat aurat walau sesama perempuan dianggap biasa..
Melihat adegan romantik di kaca tv tiada rasa malu dan bersalah malah menikmatinya..
Bergurau senda dengan yang berlainan jantina seoalah DIA tiada adalah perkara biasa..
Tidak menutup aurat dengan sempurna tiada apa yang salah..
Terpesona,lalai dan leka, terlalu mengagungkan artis dianggap hebat dan bijaksana..
Mendengar lagu cinta, yang membuat diri terleka dan terbayang adalah biasa dan membuat diri di awang-awangan merasa bahagia..
Bercinta dengan pasangan yang bukan halal dianggap cinta sejati dan bahagia..

Kini dosa dianggap biasa..
Malah keluar istilah
‘semua orang buat, tak ada yang salah pun’
Tidak pelik di mata manusia tetapi pelik di mata makhluk lain ciptaanNya.

Tidak terbit rasa bersalah dan malu kepada Pencipta.
Tidak terbit rasa menyesal dan serba tak kena pabila tidak melaksana perintahNya

Kini manusia lebih mengagungkan laranganNya
Bangga pabila telah melaksanakannya
Kehilangan dara tidak salah
Membuka aurat tidak salah
Pergaulan bebas tidak salah
semuanya biasa…

Tapi, jangan sesekali kita lupa..
Nanti di sana jangan terkejut dengan murkaNya yang luar biasa..
Tiada lagi peluang kedua..
Yang tinggal hanya Neraka..
Seakan kini manusia telah mempersiapkan diri untuk menempah nerakaNya

“Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan diminta pertanggungan jawabnya.” (Surah al-Israa : 36)
Kerana apa?
KERANA DOSA SUDAH MENJADI BIASA..
Mari sama-sama kita muhasabah diri..
Bila dosa jadi biasa, hilang rasa gerun pada Yang Maha Esa.. Bila dosa jadi biasa, hilang rasa malu dalam jiwa.. Bila dosa jadi biasa, calit hitam sudah tidak dapat dikesan  di dalam hati yang bersarang noda.. Bila dosa jadi biasa, maksiat makin melata tak kira tempat dan masa.. Bila dosa jadi biasa, semua yang haram dipandang indah di mata manusia..
Wahai hamba Ilahi
Dirimu bukan hamba kepada nafsu diri
Dirimu adalah hamba kepada Penciptamu di muka bumi

Mengapa dengan mudah dirimu bertuhankan nafsu dan syaitan?
Tidakkah dirimu merasa malu membiarkan mereka mentadbir dan merosakkanmu?
Seakan rela menjadi tunggangan dan pak turut kepada tuhanmu yang baru.

Lupakah akan asal usulmu dari setitis air mani kepada dirimu kini?
Lupakah akan taraf dirimu??
Kita hanyalah hamba. Tapi bukan hamba kepada nafsu dan syaitan. Hanya hamba kepada Allah Yang Maha Esa.. Bukankah tugas seorang hamba itu hanya akan mengikut segala perintah tuannya? Maka kita mesti menurut segala perintah Allah dan menghindarkan diri daripada segala larangan-Nya..
“Dan tiadalah kehidupan dunia ini, selain dari main-main dan senda gurau belaka. Dan sungguh kampung akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertakwa. Maka tidakkah kamu memahaminya?” (Surah al-An’am : 32)
- Peringatan buat diri sendiri yang sering lupa, lalai, leka dan alpa dengan tipuan duniawi -

20120101

Daily Quotes #11

"Sahabat yang baik itu ialah seorang yang apabila kamu memandangnya, kamu teringat akan Allah, apabila kamu dengari cakapnya, bertambah pengetahuan kamu tentang Islam, apabila kamu melihat kelakuannya kamu teringat kehidupan akhirat."

Daily Quotes #10

“Tuhan turunkan hujan, untuk membuat pelangi muncul disebalik awan. Tuhan turunkan musibah, untuk mendesak Anda supaya berubah”

Jangan Asingkan Diri Kita Daripada Islam

Credit to : FILWI




Jangan Asingkan Diri Kita Daripada Islam

Assalamualaikum ya akhi ya ukhti. ;)
Apa khabar? Sihatlah hendaknya ya!

Hari ini, saya nak cerita sedikit tentang manusia yang suka meminggirkan diri daripada Islam.

Mereka mengaku mereka Islam, namun mereka selalu terasing daripadanya. Bagaimana itu ya?

Saya bagi contoh situasi lah ya?

SITUASI 1
Mashitah pulang ke kampung semasa meraikan Hari Raya AidilFitri. Tentu sekali di kampung Mashitah ramai saudara mara dan sepupu sepapat yang pulang.
Jadi, dalam ramai ramai yang pulang itu, tentu sekali ada ramai juga saudaranya yang bukan muhrim.
Si Mashitah ini sentiasa memakai tudungnya dan tidak pernah buka di hadapan saudaranya yang bukan muhrim. Nak dijadikan cerita, adalah seorang sepupu Mashitah ini namanya Melissa berkata kepada Mashitah.
"Shitah, awak asyik pakai saja tudung tu, tak lemas ke? Tak panas?"
Mashitah pun menjawab. "Tak lah, kan ada Hadi, Hassan, Ismail...." Mashitah menyebut satu per satu nama sepupu sepupunya.
Marissa adik Melissa pun menyampuk. "Alah kak, Mashitah kan alim..."  (Nama watak adalah rekaan)

 

Rasanya pernah tak kalian semua melalui situasi begini atau mungkin banyak lagi situasi lain. Mungkin situasi yang berlaku kepada akhi di luar sana akan berbunyi begini :

SITUASI 2
Ahmad mahu ke masjid, lalu dia mengajak rakannya untuk ke masjid sama. Lalu sahabatnya mengatakan nanti sajalah, solat di rumah saja nanti. Lepas tu, ada lah satu Nas (manusia) mengatakan yang si Ahmad ni kan alim, solat mesti cepat, solat kat masjid... (Nama watak adalah rekaan(
 
Hal ini mungkin pernah terjadi kepada anda, mungkin jalan ceritanya berbeza. Namun, apa yang terjadi adalah hal yang sama.

Cuba anda renungkan, manusia begini tidakkah mereka ini sebenarnya mengasingkan diri mereka daripada islam.

 

Adakah orang alim sahaja yang akan memakai tudung dihadapan mereka yang bukan muhrim? Bukankah yang sepatutnya memakai tudung itu orang Islam, dan bukannya orang alim. Memanglah mereka itu tidak memakai tudung kerana mereka tidak alim, namun perkataan 'dia kan alim' atau yang sewaktu dengannya tidak sepatutnya wujud.

Berfikiran positif

Berfikiran positif ni susah bila kita tidak membiasakan diri kita dengan berfikiran positif. Ada banyak aspek fikiran positif ni sebenarnya. 

1. Pelajaran.
2. Persahabatan.
3. Agama.
4. Rumah tangga.
5. Pekerjaan.
6. Diri sendiri.

...dan banyak lagi.



Jadi, untuk yang pertama, dalam pelajaran, kita selalu rasa yang kita ni tak pandai. Kita sampai dah terfikir apa yang patut kita lakukan jika kita gagal dalam pelajaran nanti. Contohnya, kita akan menduduki peperiksaan SPM, kita rasa yang diri kita tak berapa pandai, sampaikan kita dah fikir, apa yang patut kita lakukan jika gagal.



Kenapa kita mesti berfikir tentang kegagalan? Itu sesuatu yang belum pasti. Kita harus yakin yang kita boleh berjaya. Kita ada peluang untuk berjaya. Jika kita berfikir tentang kegagalan, kehidupan kita sehari-harian pasti akan diselaputi pemikiran negatif. "Aku tak pandai Matematik ni, takpelah, malas lah nak buat..." 



Takkan kita nak hidup macam tu je? Walaupun keluarga kita kaya raya, ILMU itu penting. Ilmu tu penting supaya kita tak mudah ditipu dan yang paling utama, kita ni manusia, Islam, Allah suruh kita cari Ilmu. Allah dah kurniakan akal, carilah ilmu. Kita nak jadi apa? Tak nak ke jadi seseorang yang berguna kepada masyarakat?



Ilmu tu penting sebab manusia ni semuanya sama, dan yang membezakan tiap-tiap manusia itu ialah ilmunya serta imannya. Bukan pada paras rupanya. Tapi, tuntut ilmu pulak, kenalah ilmu yang bermanfaat. Ilmu yang boleh bantu kita hidup senang dunia dan akhirat.



Kalau kaya raya, tapi ilmu tak ada, orang hormat tak? Orang pandang tak? Orang pandang hartanya sajalah.



Seterusnya, yang kedua, dalam persahabatan. Kita kena berfikiran positif sentiasa. Kita ni manusia, kita hidup bukan untuk puaskan hati semua orang. Kita takkan mampu untuk lakukan semua tu. Jadi, kadang-kadang, ada yang terguris dengan kata-kata kita. 



Kita tak perlu harapkan kesempurnaan sahabat kita, kita jangan harapkan perubahan yang begitu besar pada ahabat kita kalau dah memang sifat dia begitu. Melainkan sifat dia mendatangkan kemudharatan yang sangat besar kepada diri kita.



Apa salahnya jika kita berfikiran positif sahaja jika sahabat kita lakukan kesilapan. Jika benar dia sahabat kita, dia tidak akan dengan sengaja menyakitkan hati kita. Contohnya, kita suka baca komik. Satu hari, kita ajak sahabat kita baca komik tu. "Siti, saya ada komik baru, nak baca tak?". Jadi, kawan kita jawab, "Oh, saya tak baca komik, komik banyak bahasa rojak..."



Memang kedengaran agak menyakitkan hati, tapi apa salahnya kita berfikiran positif? Tak salah kan? Benda kecik aje. Dia memberikan alasan dia, itu tidak salah. Takkan dia perlu fikir 5, 6 kali untuk mengatakan perkara tu. Kita sibuk cari kesalahan orang, terasa dengan sikap orang terhadap kita, pernah tak kita terfikir akan kesalahan kita terhadap dia? Kalau dia sedar dia salah, nanti pandai-pandailah dia minta maaf.Kalau benar dia salah, maafkan je. Senyap-senyap je maafkan. Sedangkan Nabi s.a.w kekasih Allah pun maafkan umatnya.



Ingat tak peristiwa di Thaif? Masa tu, orang-orang di Thaif kalau tak silap, mereka baling batu, kepada nabi. Sampai luka, berdarah dan kalau tidak silap, ada gigi nabi yang patah. Lepas tu malaikat datang bertanya, apakah nabi mahu jika malaikat itu menghempap orang Thaif itu dengan gunung. Tapi nabi menolak. Lihatlah, betapa sabarnya nabi.



Kalau kita terasa sangat dengan kata-kata dia, kita beritahu baik-baik, sebab orang yang sakit hatinya tanpa diketahui oleh orang yang membuat dia merasa sakit hati itu, adalah tidak baik. 



Jadi, yang lain tu , skip lah ye. Yang untuk agama, rumah tangga dan pekerjaan tu, mungkin boleh difikirkan sendiri. Yang akhir sekali, diri sendiri.




Kalau dalam situasi ni, kita kena berfikiran positif untuk menghadapi setiap cabaran dalam hidup. Contoh macam kita nak pergi sekolah. Kita takut datang lambat, dan kita terbangun lambat. Jadi, bila ayah atau ibu kita hantar pergi sekolah tu, kita takut pulak jalan jammed kan? 




Apa yang perlu kita fikir? Biasanya kita fikir, "Janganlah jalan jammed, aku tak nak lambat..."




Dekat situ kita dah fikir perkara negatif. Kita memang kata 'Jangan' tapi kita ikuti dengan perkara negatif iaitu 'jalan jammed'... 



Jadi yang negatif itu yang akan kita lakukan. Contohnya, bila saya kata "Jangan berfikir tentang kereta", jadi apa yang ada dalam fikiran kita?



Mesti kita sedang membayangkan sebuah kereta dalam minda kita kan? Jangan tipu ;)



Anda masih memikirkan tentang kereta walaupun saya kata "JANGAN..." Betul tak? Jadi, bila saya kata "Jangan berfikir", tentu hilang bayangan kereta tu daripada minda kan?



Jadi, otak kita ni berfikir secara direct. Kalau kita nak cepat, kita cakap je, "Aku akan sampai cepat..." Berfikirlah yang positif. Terus cakap apa matlamat kita.



Apa salahnya kalau kita tukar fikiran kita jadi, "Jalan lengang dan aku akan sampai cepat..."



Sama juga macam dalam pelajaran, jangan "Aku tak nak gagal..." tapi katalah "Aku akan berjaya..."



Hayati lagu yang penuh motivasi dan bermakna ini:



Fikirkan Boleh 

Jika kau fikirkan kau boleh
Kau hampir boleh melakukan
Jika kau fikirkan ragu-ragu
Usahamu tidak menentu

Jika kau fikirkan kekalahan
Kau hampiri kegagalan
Jika kau fikirkan kemenangan
Kau hampiri kejayaan

Engkaulah apa kau fikirkan
Terkandung dalam pemikiran
Kau fikir boleh melakukan
Fikirkan boleh

Percaya apa kau lakukan
Tabah apa kau usahakan
Bertindak atas kemampuan
Engkau boleh





Sekian, semoga bermanfaat untuk kita semua. Assalamualaikum ;)