Facebook Badge

20120629

Lawatan ke Pusat Darah Negara

Itu hari, kami ke Pusat Darah Negara. Ada  lawatan. Okey, hari tu ialah hari Rabu.




Banyak jugak info yang kami dapat. Okay, firstly, derma darah untuk menyelamatkan nyawa. Setiap beg yang didermakan, dapat selamatkan tiga nyawa. (Sebab darah terbahagi tiga bahagian ; Red Blood Cell, Plasma, Platelet)





Okay, moto dia, 'setiap penderma adalah wira' (kalau ikut hukum kata pemeri, bukan 'adalah', tapi 'ialah'..)




Yang boleh menderma, mereka yang berumur 18-60 tahun. Bagi yang berumur 17 tahun, harus meminta kebenaran ibu bapa terlebih dahulu. Dengan berat 45 dan keatas. Dan tahap haemoglobin bersamaan dengan 12.5g/dl.








Masa ni, ada sesi taklimat tentang darah, etc.



Yang tak boleh menderma ada dua jenis. Ada yang sementara dan juga ada yang untuk sepanjang hayat.




Sepanjang hayat :
  • Asma yang teruk
  • Epilepsi
  • Diabetik
  • Darah TInggi
  • Sakit Jantung
  • Etc.

Sementara waktu
  • Demam
  • Mengambil antibiotik
  • Alkohol
  • Suntikan pelalian (2 minggu)
  • Tidur kurang 5 jam.
  • Cabut gigi.
  • Wanita hamil.
  • Menyusui bayi.
  • Datang haid.
  • Aspirin (24 jam)
  • Panadol (tengok keadaan)


Antara faedah menderma, dapat menguji kumpulan darah, tahap kebersihan darah, dapat suntikan percuma hepatitis B, dapat keistimewaan tertentu di Hospital kerajaan dengan tempoh tertentu.






 And I am one of them yang dapat jawab kuiz. Kacang je, derma darah selain dapat menyelamatkan nyawa, ia juga tanggungjawab ... my answer is 'sosial'. And I got this.








Ada yang berkata dalam ni ada darah. Haha. Lawak ok. Ini simpan borang la.







Some awards they achieve.






Ini lawatan ke tempat pemprosesan darah.







Ini tempat proses darah.

Darah akan terbahagi 3, plasma (+-55% daripada whole blood), platelet, less than 1%, selebihnya, darah merah.





Mereka panggil tempat ni dobi.






Darah akan dimasukkan dalam ni, lepas tu masuk dalam machine tadi tu, lepas tu akan spin, ikut suhu tertentu, dan darah akan terasing kepada 3 bahagian. Tak semua darah yang didermakan akan diasingkan kepada 3. 20% daripadanya tidak diproses sebab ada pesakit yang memerlukan whole blood.



Contoh macam pesakit thalasemia, leukimia, cancer, anemia, pembedahan, pindah darah, tumpah darah, bersalin, semua ni perlukan whole blood.



Macam kalau kena denggi, mereka perlukan plasma tak silap.






Ini 'peti sejuk' diorang.






Ini plasma. Dibekukan pada suhu -40C.

Bila diperlukan untuk pesakit, akan dicairkan guna what machine, and then straightaway kena pindah terus dalam badan pesakit. Kalau cancel, bakar kat tempat yang disediakan. Entah, tak ingat.




F.Y.I, darah ni semua free, tak ada charge, cuma kalau hospital swasta yang nak darah ni, kena charge RM20 lah, untuk proses dia tu kot.



Avctually, whole proses, dari kutip, sampai lah pada pesakit, kalau dari penderma biasa (mobile), adalah sebanyak RM120. Imagine it.




Mobile donater ni kira orang yang penderma biasa. Yang bukan derma dekat pusat darah tu. Yang kadang-kadang datang sekolah lah, buat kempen derma darah, dan kau orang pun derma, tulah penderma mobile.



Ada satu lagi, aferisis. Aferisis ni nama machine sebenarnya. Anda akan di 'connect' kan terus pada this machine, and then terus asingkan kepada plasma, platelet and also red blood. Tapi ada syarat tertentu nak jadi penderma aferisis ni.



Bila red blood cell tak diperlukan pada ketika itu, ia akan dipindahkan semula dalam tubuh anda. Ok.




Jika ingin menjadi penderma aferisis, haruslah menderma sebanyak 2kali sebagai penderma mobile, baru boleh jadi aferisis dengan berat badan minimum 50kg. Penderma aferisis boleh menderma sebanyak 2 kali sebulan.





Ni lah peti simpan Plasma tadi tu. Tengok suhu dia. Cube zoom.






Ni plasma, dah siap proses nak hantar mane entah. Ada label-label dia tu.



Plasma, disimpan pada suhu -40C, Platelet 8C, Darah merah, 8 minggu.




Whole Blood, tempoh simpanannya hanya 35-42 hari sahaja. Expired, kena bakar. Bukan makan eh. Yang paling baik, dalam tempoh 14 hari punya. Plasma, 2-3 tahun. Wow, lamenye. Platelet, 5 hari sahaja.




Darah plasma ni, melalui program vaksinasi, akan dihantar ke Australia, untuk diproses jadi pil, dan dapat mengubati penyakit ape entah, tak ingat. Dan program ni, telah mejimatkan berjuta-juta perbelanjaan negara.



Dalam ni tempat proses platelet yang comel. Tapi dia sedang bergerak-gerak dalam mesin, gambarnya tiada. Lebih kurang Plasma je warnanya.







Dalam satu beg, sekali derma tu, ialah berukuran 350 - 400ml. 




Darah ni, bukan 100% selamat tau. Terdapat jugak kes luar kawalan ni, macam darah yang tak dapat nak di detect kebersihannya. Ada jugak kes yang tersalah bagi jenis darah. Dan kesannya, kegagalan buah pinggang. (Jadi, jaga kesihatan. Supaya tak perlu ada pemindahan darah pada kita nanti.)




Darah yang tak dapat nak detect elok ke tak tu, biasanya disebabkan masa dia derma tu, sedang dalam incubation period. Atau window period. Macam mana nak jelaskan ek.




Sebenranya, ni kira tempoh untuk badan menghasilkan antibodi. Ada yang ambil masa 2 minggu, ada yang ambil masa dua bulan. Contoh macam demam, badan akan hasilkan antibodi untuk virus demam. Dengan adanya antibodi demam, tahulah doktor bahawa anda demam. Kalau tak demam, tak adalah antibodi tu.



Begitu juga macam HIV. Bila HIV menyerang, badan akan hasilkan antibodi untuk HIV, jadi, bila doktor dapat detect antibodi ni, anda tidak boleh menderma, kerana darah tidak bersih dan selamat untuk didermakan. Tapi, masa incubation/window period ni, antibodi belum terhasil, jadi, doktor tak tahu anda diserang HIV. Jadi, darah yang didermakan sebenarnya tidak selamat dan bersih, lalu masuk ke dalam tubuh orang pesakit, dan dia pun menghidapi HIV positif.





Separatian stand. Tak tahulah macam mana dia function.






Okay, Amir Farid lagi yang terlalu amat suka bergambar.




Sedikit info lagi, dalam tahun lepas, ada dalam 600,000 pek darah diderma bagi seluruh Malaysia. 25% adalah pelajar.(Bukan setakat pelajar sekolah) Dekat pusat darah sahaja, terdapat sebanyak 160,000 pek didermakan.



Lupa nak tulis, darah ada 4 jenis secara umumnya. A, B, AB dan O. 



20120624

Simpan emas dan perak bukan untuk kaya

Assalamualaikum w.b.t



Simpan emas/perak tidak akan membuatkan kita jadi kaya serta-merta, tapi dia akan mengelakkan kita daripada terus jatuh miskin







Bagi saya, saya memang nak simpan emas/perak. Bukan untuk kaya, tapi untuk elakkan seksa.




Just imagine, kalau dalam zaman 90-an, dengan duit 20 sen, kita dapat beli nasi dengan air, cukup untuk kenyangkan perut, tapi sekarang, dengan 20 sen, ape kita dapat? Ada kita dapat nasi dengan air lagi? Tak kan?





Kenapa jadi macam ni? Kenapa duit kita semakin lama, makin kurang NILAI nya? Tahu tak, kos untuk cetak duit kertas tu hanyalah 6sen? Nilai dia 6sen SAHAJA dan walaupun tertulis pada kertas tu RM100.







Jadi, apa puncanya duit kita makin tak bernilai?




Jawapannya ialah INFLASI. Saya tak nak cerita pasal inflasi, sebab banyak dah orang tulis pasal inflasi ni, google jelah. 




Okay, simpan logam bernilai ni, bagi saya, saya ada matlamat.



Antaranya, 



Haji



- Kalau nak pergi haji, sekarang dalam lingkungan RM10,000. Umur sekarang contohnya 20 tahun. Kita simpan duit, makin lama, nilai duit makin kurang. Nilai RM10,000 pada 10 tahun akan datang, dapat lagi ke pergi haji? Paling tidak, dah jadi RM15,000. Bertambah RM5,000.




Tak rugi? Dah simpan cukup-cukup RM10,000, tiba-tiba kena tambah lagi. Tapi, kalau kita simpan emas, kita boleh guna 55gram emas. Kalaau kita ada 55gram emas, dah boleh pergi haji. 10 tahun akan datang pun, tetap guna 55gram emas. 50 tahun akan datang pun, 55gram emas jugak. Kita tak payah tambah apa-apa. 55gram tu jugaklah.



Jadi, jangan simpan untuk jadi kaya, tapi untuk mengelakkan seksa. Tak ke seksa penat-penat kumpul duit, tiba-tiba tak cukup?




Rumah






Tu kalau haji, satu hari nanti, kita mesti nak beli rumah jugak kan? Takkan nak hidup merempat. Hidup menumpang sana sini.




Okay, let say, rumah sekarang, RM150,000. Anggaran dalam 1kg emas. Sampai bila-bila pun, 1kg emas dapat beli rumah. Tapi, kalau kita simpan duit, boleh jadi satu hari nanti, RM150,000, susah dah nak dapat rumah.





Macam-macam. Kereta pun boleh... Itulah, simpan logam-logam bernilai ni, bukan untuk kaya, cubalah simpan, sebulan 2gram ke, ikut kemampuan. Kalau tak mampu nak beli satu kilogram terus, belilah sikit-sikit. Tak rugi. Langsung tak rugi, sebab bila kita terdesak, bila-bila boleh jual balik emas tu. 




Sekarang ni, baik beli perak. Emas pun okey jugak, tapi perak buat masa ni, adalah lebih baik. Bukan simpan untuk berhias. Pasal zakat, kenapa nak risau sangat.






Apalah nak di berkira kan sangat zakat tu, harta kita ada ni kan pinjaman je? Nak berkira sangat dengan Allah tu nak buat apa? Harta tu dari Allah jugak kan?




Jadi, simpanlah aset-aset ni. Bukan untuk jadi mata duitan, bukan untuk jadi kaya-raya, bukan untuk kejar dunia, tapi buatlah untuk kebaikan diri sendiri. 



Simpan emas / perak ni tak rugi, sebab kita cuma GANTI duit KERTAS yang kita ada tu, kepada logam bernilai. Kita cuma TUKAR. Nanti, kalau rasa nak tukar balik jadi KERTAS, maksudnya duit kertas, suka hatilah. Malah, kita akan dapat duit kertas yang lebih banyak dari yang asal tu.




Simpanlah untuk masa depan. Kalau boleh, nak je tukar semua duit yang kita ada tu jadi emas / perak. Tapi susah lah pulak, kalau nak beli nasi lemak, takkan nak bagi dirham (perak) pulak. Macam mana pulak tu nak pecahkan. 



Buat masa ni, macam tu lah ceritanya. Simpan sikit lah jugak KERTAS yang kita ada tu, buat beli keperluan harian.



Untunglah sape ada  emas/perak ni. Nanti, bila satu hari nanti, matawang kita mana tahu kerajaan isytiharkan kena pakai Dinar / Dirham pulak, dah tak guna lagi duit kertas, melompat lah sape yang dah simpan awal-awal tu. Yang tak ada menyimpan tu, terkial-kial kerja lagi nak dapat gaji dalam bentuk dinar/dirham. 




Yang kita, dah ada simpanan. Tak runsing sangat. Tapi tetaplah masih kena kerja kan. Sebab bila kita dah membeli, akan habis jugak.



Kalau tak percaya, sukatilah. Satu hari nanti, anda akan temui juga kebenaran kata-kata saya. Tak penting nak beli dekat syarikat mana pun. Pandai-pandailah pilih yang menawarkan harga murah. And lagi satu, kena tahulah ketulenan emas yang kita nak beli. 750 ke, 916 ke, 999 ke. Lagi tinggi ketulenan, lagi mahal.




Itu jelah. Jangan nanti dah tak ada duit, keluh-kesah. Lagipun, bila kita simpan emas ni, kita akan jadi PENJIMAT. Kita tak de macam nak beli bazir-bazir sangat. Tak de nak beli benda yang tak perlu. Yang tak penting.



EMAS TIDAK MERUGIKAN.

20120622

Daily Quotes #12

"Kita tidak perlu meninggalkan kebaikan yang kita ada semata-mata untuk tidak kelihatan hipokrit"

20120621

“It’s better to pay the grocer than the doctor”


“Eat food. Not too much. Mostly plants.”


Egg Salad Vending Machine




Chinese saying





Dinner for your enemy
From HERE



Okay, sekarang saya nak cerita sikit. Firstly, will you believe the title itself before you read my thoughts later?




Bagi para doktor dan doctor-to-be, no offence eh, :D





Recently, saya terdengar a conversation of two makciks yang saya tentunya kenal. Bercerita tentang ayah kawan saya yang dimasukkan ke hospital. 






Why?





Kencing manis. If I'm not mistaken.





Tahu tak dalam hati ni rasa ape?





It's really really worrying me. Sebab tu, saya memang anti sosej, anti-manis, kalau air tu, saya akan minum air yang tawar, walaupun air bergula macam teh. 





Hidup saya sendiri, dikelilingi oleh orang-orang yang berpenyakit dan ada juga yang menemui ajal kerananya.





Saya ada makcik yang kakinya dah dipotong pun sebelah. Sebelah lagi, tiga jari kaki takde. Nenek saya penyakit darah tinggi. Atuk seya meninggal gastrik + sesak nafas.





Lagi satu kes, ayah kawan yang lain pula, meninggal sebab penyakit kardiovaskular, atau penyakit jantung. Ada dalam 3 orang kawan ayah meninggal sakit jantung. Ditambah pula dengan seorang pak cik, meninggal sakit jantung jugak.




Tapi, when I compare my nenek and another nenek which is oleder, yang older tu lagi sihat. Ternyata, gaya hidup mereka juga berbeza. 




All these things, actually goes back to your lifestyle. Yes, your LIFESTYLE. Pemakanan dan senam. Live a healthy lifestyle, it's worth it. Trust me. Believe me.




Macam my two grandmas tu, yang older tu, rajin cangkul rumput, tanam sayur, berkebun, macam-macam di buat. Yang berpenyakit darah tinggi tu, sebaliknya.




Ye, lifestyle sangat-sangat mempengaruhi keadaan kesihatan kita.





Itulah, betul apa, lebih baik kita bayar peruncit tu, daripada kita bayar doktor. Cuba cari maksud tersirat di balik kata-kata ni.





Kita kena sanggup untuk beli makanan yang berkhasiat dan sememangnya ia sedikit mahal daripada makanan biasa. WAKE UP guys. 





Okay, as for students yang masih tak ada pendapatan sendiri dan yang perlu berjimat tu, usahalah elakkan makan makanan yang TIDAK BERKHASIAT, kalau dah susah sangat nak makan yang berkhasiat. Elak selagi boleh. Itu prinsipnya.





Contoh, Maggie Mee. Boleh ganti dengan sayuran. Buah-buahan. Ataupun susu. Tahu tak, dalam hadis ada cakap, susu tu merupakan minuman yang dalam pada masa yang sama, ia juga adalah makanan... (Kejap, Maggie kenyang ke?)





It's worth it laa... Keluar duit lebih sikit untuk kebaikan, daripada bayar duit beli ubat, buat pembedahan, dah tu seksa lagi... Kalau tak nak sangat pay more to the grocer, you cultivate yourself. Even in the Quran says this. Cultivate on your own.





Kadang-kadang tu ada jugak rasa bersalah bila kawan-kawan ajak makan diorang dah bawak makanan, diorang beli tu kadang-kadang offer dekat saya, tapi saya cakap saya tak makan.




Pretty sure yang diorang akan kecik hati punyelah. Tapi, ingat-ingat sikit sebelum terlambat. Sekarang memang tak rasa, tak ada apa-apa, tapi nanti dah tua, kau SANGGUP merana? KAU SANGGUP KE?




Jangan salahkan takdir, kalau awak dah sakit nanti. Jangan nak salahkan. Iye, itu memang takdir kita, tapi FIKIR balik, kenapa takdir sedemikian datang pada kita?






Takkan tiba-tiba Allah nak himpap jantung kita macam tu? Buat sesak fikiran fikir besarnya ujian?






Itu semua atas diri kita. Atas kesalahan kita yang tak mahu menjaga nikmat kesihatan. Islam bukan pasal solat je. Bukan pasal tutup aurat je. Bukan pasal dakwah sana-sini je.







Tubuh badan kita ni AMANAH jugak tau. Untuk kita jaga, nanti Allah persoalkan jugak kenapa tak jaga tubuh badan. Kenapa seksa tubuh yang Allah dah pinjamkan ni.







Oleh itu, jagalah kesihatan. Kalau tak mampu, buat sikit-sikit dulu. Kalau dah ada duit, jangan kedekut nak beli makanan berkhasiat. Tak semestinya kita kena beli SUPPLEMENT jugak, atau ubat-ubat yang kononnya banyak khasiat.






Tapi makan tu. Makan lah ikan daripada ayam. Ikan lagi elok. Makanlah sayur daripada makan twisties bagai tu. Minumlah jus buah yang ori daripada minum kordial yang semestinya ada bahan kimia tu.







Gaya makan pun, kena ikut sunnah jugak. Macam kalau makan ikan, jangan makan bersama ayam... Sebab satu darat, satu laut. Nanti boleh menyebabkan kanser.







Makan pulak, dalam kuantiti sedikit, BERHENTI SEBELUM KENYANG. Ikut sunnah. Tentu ada kebaikan.







Itu antara contohnya. Okay? Paling penting, CRUCIAL, VITAL, IMPORTANT, tolong jangan minum AIR BERGAS. ESPECIALLY COCA COLA. (tau tak warna asal coca cola ialah HIJAU. HAHAHAHAHA). Lagipun, tak payahlah nak kayakan Israel / Yahudi tu. Boikot nesle'. Haha, tetibe. 






Kalau nak makan tu, sekali sekala still okay lagi, jangan KERAP. Sebab tak elok jugak kalau gila diet sangat kan? (Tapi ni bukan alasan untuk tidak menjaga pemakanan)






Assalamualaikum.

20120618

Dunia

Bagaimana kau, merasa bangga
Akan dunia, yang sementara




Bagaimanakah, bila semua
Hilang dan pergi meninggalkan dirimu




Bagaimanakah bila saatnya,
Waktu terhenti tak kau sedari
Masihkah ada ruang bagimu
Untuk kembali mengulangkan masa lalu

20120615

Smoke yes, smoke not





Alhamdulillah, my future husband is not a smoker. (We have to believe right?)

20120614

Monument?




:
:
:
:
:
:






Sempat je amek masa kat Traffic Light...

Balik kampung

Kampung Sebatu,
Melaka,



:
:
:
:
:
:


Durians are delicous
 Sape hantu durian? Nah...






 Sedap tu...







Ok, saya bukan hantu durian,







Oooppss, sape makan ni






Oh, Aqib yang makan... haha,,, seedap betul nampaknya.






 ...and some rambutans







Sedap giler lauk







Sayur dari rumah




Bye,
With
Balqis

Aqib's spoon germ

Friday

Balik je sekolah tadi, bukak peti ais, nampak keje si Aqib ni ha. Kuman sudu guna susu. Haha




:
:
:
:
:

_DSC0576




For More : http://www.flickr.com/photos/nazatulnajzan/page2/

20120612

Tears

When the tears drop



20120611

Natures : More

Melaka, My hometown
Evening around 5.30

note : kalau saya snap tak lawa tu ampun la  ya, saya tak pandai pun pegang kamera ni


Asal plak gambar ni tonggang terbalik plak?














































































































































































































Kalau abang Mukhlis tengok ni, kite mintak maaf lah ek, kerana telah menjatuhkan imej para photographer Malaysia. I'm not an expert.