Facebook Badge

20120829

Pernikahan Ustaz Don




Perkongsian pengalaman dari krew Nadia Zahari Photography dan Artmosphere Photography mengenai Majlis perkahwinan ustaz don daniyal




1. Majlis dibuat secara sederhana tetapi indah. Majlis dimulakan dengan selawat.



2. Husna memakai inai di pergelangan tangan sahaja iaitu bukan ditempat aurat, inai tidak berkekalan dan lukisan berbentuk bunga/tumbuhan tidak berbentuk haiwan atau menyerupai makhluk.



3. Make up Husna tidak tebal, Ustaz Don berkata dia berkahwin kerana diri Husna sendiri, dia tidak mahu melihat Husna menjadi orang lain dengan bermakeup tebal atau memakai bulu mata palsu.



4. Tiada inai di tiga jari Ustaz Don kerana inai di lelaki dipakai hanya untuk tujuan berubat sahaja.



5. Selepas ijab qabul nikah Ustaz Don meminta izin kedua pihak keluarga untuk Husna bersembahyang sunat bersamanya.



6. Sebelum menyarungkan cincin di jari Husna, Ustaz Don memegang bahagian depan kepala Husna sambil menyebut nama Allah dan mendoakan keberkatan baginya.



7. Tiada sesi bersanding atau merenjis, pelamin hanya untuk tempat mengambil gambar bersama family dan rakan.



8. Kesemua hantaran di kedua belah pihak berbentuk makanan. Pengantin ingin berkongsi kegembiraan 

dengan seluruh family ketika membuka hantaran. Tujuan ini juga adalah kerana pengantin tidak mahu hantaran al-Quran/kitab diletak sama level dengan hantaran kasut, baju dan lain-lain.



Source : Click Here

20120814

Belajar Al-Quran


Saya sendiri pernah ditanya oleh seorang muslim.. kenapa al Quran tidak di buat seperti Bible yang dialih bahasa supaya kita faham membacanya dan tidak perlu tengok terjemahan. Juga tidak perlu belajar membaca al Quran (iqra). 



Ingin saya ingatkan, Rasulullullah s.a.w mempunyai lebih dari 1000 mukjizat dan tiada satu pun yang tinggal untuk kita yang berada di zaman ini kecuali al Quran. Mukjizat al Quran itu adalah benar jika ia dibaca dalam bentuk asal. Adalah wajib kita belajar membacanya dengan betul dan bertajwid terlebih dahulu. 




Memahami makna al Quran kemudian pun tidak mengapa. Sebuah kajian yang dilakukan, seseorang yang tidak tahu apa maknanya "La haulawala quwataillah..." bila menyebutnya berulang kali, akan memberi satu tekanan pada mekanoreceptor yang terletak didalam mulut yang menyebabkan timbulnya rasa tenang kepada penyebutnya. 




Mulut mempunyai beberapa bahagian yang agak sensitif dan menyebut perkataan didalam al Quran dengan tekanan di lidah dengan betul (tajwid yang betul) akan mengeluarkan neural signal yang disalurkan ke otak. Ia juga memberi kesan mengurangkan tekanan kepada jantung, baik mereka yang menghidap penyakit jantung. 



Kesan ini tidak terdapat di dalam mana-mana bahasa didunia yang mengeluarkan apa pun bentuk susunan perkataan mereka termasuk bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris. Pernah dengar kuasa bunyi (ultrasound) dalam bidang perubatan? 




Contohnya, doktor menggunakan ultrasound untuk memecahkan batu karang didalam buah pinggang tanpa pembedahan major. Ayat al Quran yang dibaca dengan betul, bila didengar akan mengeluarkan satu kuasa penyembuhan untuk tubuh. 




Membacanya memberi satu kesan, dan mendengarnya juga memberi satu kesan lain pada tubuh badan manusia. Saya akan kongsikan buku yang saya baca mengenai kajian ini di emel akan datang. InsyaAllah. 




Janganlah kita memberatkan maknanya dahulu ketika mengajar anak-anak kecil membaca al Quran.  Alif Lam Mim yang tidak kita tahu apa maknanya jika dibaca  akan mendapat 30 pahala kerana Allah telah berjanji setiap huruf dibaca mempunyai 10 pahala.  




Kejarlah kesan kebaikkan membacanya dan pahalanya dahulu. Janji Allah, jika kita jaga kalam Allah, Allah akan jaga kita. 





Jika anak kita yang menjaganya, anak kita InsyaAllah akan terpelihara. Semoga anak kita terpelihara dari segala kerosakkan rohani ataupun kerosakkan jasmani. InsyaAllah, terlampau banyak terjemahan al Quran yang boleh dibaca di luar sana yang boleh dibacanya jika dia sudah boleh membaca nanti





-Lina Karim