Facebook Badge

20140529

Rasa apa ini?

Hati yang penuh dengan rasa yang menduri,
Memacak bertapak di sanubari.

Terkadang teringat kisah lama diri.

Berfikir perihal hidup.
Berfikir perihal mati.

Tuhan, rasa apa ini.
Sepi mencengkam hati.

Aku takut.
Aku resah.

Terkadang juga terimbas cerita-cerita lama.

Hati pedih.
Hati sayu.

 Kenapa wahai hati?

Kamu sakit ataukah apa.
Apakah rasa ini.

Kamu rindu ataukah apa.
Apakah rasa ini.

Apa mungkin ini iman,
Meronta-ronta minta dibebaskan,
Dari cengkaman dosa?

Rasa apa ini?

20140526

Rindu pada keasingan.

Saat-saat yang paling mendamaikan ialah bila mana saya dapat berjalan sendirian, ditambah dengan rintik hujan, menangis semahunya. Kerana tiada siapa melihat dan sedar.

Ah. Rindu baunya. Rindu bunyinya. Rindu derapan kaki dalam kebasahan. Rindu kelipan mata akibat kepedihan disiram titis hujan.

Rindu sebuah ketenangan.

Iya. Bila mana kita sendiri, yang ada cuma Allah di hati. Tiada bicara yang sia-sia. Cuma ingat dosa diri.

Rindu juga pada sebuah perjalanan panjang berjam-jam lamanya. Tanpa sesiapa menemani. Sendirian. Asing. Perasaan asing itu yang indah.

Bunyi kereta api, bunyi kosong, pegang beg, pegang bagasi, sendiri di sudut. Terkadang orang memerhati. Bisik-bisik hati yang tidak difahami. Sangkaan-sangkaan menular di hati.

Bertemu keasingan. Orang yang asing pada diri.

Perasaan itu indah. Rindu pada satu keasingan. Rindu pada saat sendirian.

Terasa jauh dari huru-hara dosa. Terasa jauh dari kebatilan. Terasa jauh dari perdebatan. Terasa jauh dari kekusutan. Terasa jauh dari perbalahan. Teraa jauh dari insan yang sering berkata bukan-bukan. Terasa jauh dari sebuah ketakutan dan pengharapan pada dunia.

Indah rasa itu.

20140524

Di jalan dakwah aku bernikah.

Segala puji bagi Allah, tuhan sekalian alam.


Jalan Dakwah.


Cuma dua minggu kurang satu hari lagi bertukarlah status saya. Mungkin ramai yang merasakan betapa saya sedang teruja.


Tidak.


Jauh dari sudut hati saya bukan teruja yang saya rasa.
Tidak kurang juga yang menyangka betapa berdebar segenap jiwa dan raga saya.


Tidak. Cuma yang saya rasa, sebuah ketenangan atas jalan dakwah. Kerana benar. Benar saya ingin bernikah atas jalan dakwah.


Percayalah, 
Bukan teruja yang menyelaputi dada.
Bukan debaran yang menjalar di jiwa.


Meminjam dan memodifikasi tajuk buku yang pernah ditulis oleh Cahyadi Takariyawan, sungguh, matlamat utama saya hanya atas usaha dakwah.


Saya mahu, Islam tertegak dengan pernikahan saya.
Saya mahu, Islam merebak dalam seluruh keluarga saya.


Dan saya akan pastikan itu.


Biar Bumi ini makmur dengan masyarakat Islam. Biar bumi ini makmur dengan ulama-ulama dan para mujahid yang kuat cintanya pada agama.


Tidak seperti diri saya.
Tidak lemah seperti saya,


Moga-moga, dengan pernikahan ini, bertambahlah kemakmuran bumi. Bertambahlah para mujahid yang mewaqafkan diri ke jalan Allah. Membaiki sedikit kesilapa yang pernah dilakukan oleh mereka yang pernah membesarkan saya. Moga Allah rahmati mereka melalui asbab usaha kecil saya :)


Dan  atas asbab dakwah juga, pernikahan ini saya minta pada keluarga, buatlah dengan cukup sederhana. Saya cuma mahukan akad nikah dan jamuan makan.


Pakaian yang cukup sederhana, tanpa pelamin tanpa photograher. Tanpa makan beradab meraikan adat. Tanpa lagu-lagu hiburan yang melalaikan.


Di sinilah dakwah saya, moga menjadi ikutan buat teman-teman. Dan yang lebih dekat lagi, buat keluarga saya juga.


Segan untuk berpakaian serba cantik, menarik perhatian mata yang memandang. Semuanya serba sederhana. Cukuplah pakaian yang biasa. Itu juga dakwah saya.




Matlamat.


Dan matlamat yang saya tanamkan, ingin sekali, moga-moga dengan pernikahan ini, saya bakal mampu dan lebih mudah mempelajari bahasa syurga. Moga-moga, saya bakal mampu menghafal al-Quran. Moga-moga, saya bakal mampu menegak sunnah berniaga.


Ingin saya mendidik para mujahid mujahidah yang menyambung keturunan dengan ayat-ayat suci al-Quran. Bukannya dikenalkan dengan lagu-lagu kanak-kanak tidak ketuhanan.


Ingin sekali, saya mengajar huruf-huruf hijaiyah, kemudian mula menghafal Quran, dan belajar bahasa syurga moga meningkat kepandaian.


Ingin sekali, saya menjadikan mereka, para mujahid yang kental iman, yang bersungguh memburu syahid,


Moga-moga, dengan keupayaan saya yang terbatas untuk mengejar syahid, dengan iman luntur yang sering menutup mata, dapatlah saya menyiapkan para mujahid yang dapat membina ummah.






Ummah.


Lihat sahaja, masalah ummah yang kian membarah. Lihat sahaja, zina berleluasa. Lihat sahaja, anak muda kealpaan, tidak berbakti pada agama. Lihat sahaja, betapa ramai yang leka. Lihat sahaja, pemimpin zalim berleluasa. Lihat sahaja, ummah kita makin tenat.


Apa boleh aku sumbangkan?
Apa mampu aku berikan?
Apa jasa aku curahkan?


Tiada.


Moga-moga, terbinanya baitul muslim, akan saya bina baiti jannati. Akan saya persiapkan para pejuang.


Ada juga yang risau, dan melahirkan kerisauannya pada saya, memberi sepotong nasihat, bahawa pernikahan itu mungkin indah, iyalah, ada orang yang boleh saya kongsikan segala sesuatu. 


Dan katanya, perlu untuk ambil tahu, bahawa di dalah kehidupan rumahtangga itu, bukan untuk seronok-seronok saja, tapi juga kita akan masuk dalam masalah-masalah dia, kita akan berhadapan dengan realiti.


Mungkin awalnya agak menakutkan saya, tapi saya perlu jelas matlamat saya. Saya tahu apa tujuan pernikahan saya, bukan untuk suka-suka.


Saya mahu menghidupkan amal Islami dalam keluarga saya. Moga-moga ada yang 'terjerat' dengannya.


Saya sendiri mungkin belum mampu. Perlunya bergerak dengan bantuan. Dengan sokongan.


Ummah itu bermula dari rumah, dan dengan itu, ingin saya bina keluarga saya, menarik mereka pada keindahan Islam.

20140522

Sepi. Pilu. Sayu.

Seringkali hati ini kini merasa sepi. Bila sendiri pilu nya umpama merobek-robek lapisan-lapisan hati. Sayunya, entah kenapa.

Kebelakangan ini juga, seakan semuanya menjadi lesu. Malas itu. Malas ini. Tak terurus. Letih. Penat. Sakit. Lemah.

Semuanya tak bersemangat.

Mungkin aku jauh dari Allah. Aku lupa pada Allah. Kerana itu tidak tenteram segala jiwa segala raga.

Kubaca cerita Ammar, nampak satu ayat,

"Nasihat Ibnu Qayyim : Di dalam hati manusia ada kekusutan dan tidak akan terurai kecuali menerima kehendak Allah s.w.t. Di dalam hati manusia ada keganasan dan tidak akan hilang kecuali berjinak dengan dengan Allah s.w.t. Di dalam hati manusia ada kegelisahan dan tidak akan tenang damai kecuali berlindung, bertemu dan berjumpa dengan-Nya".

Maka benarlah segala telahan.

Maka terungkai lah segala persoalan.

Futur-futur semua, atas asbab aku tak ingat pada Allah. Aku jauh. Aku jauh. Aku jauh.

Kenapa aku lari dari Allah. Kenapa aku tak buat semua perintah sungguh-sungguh. Pergantungan pada Allah itu kurang. Terlalu banyak buat maksiat.

Taubat , ulang semula.
Taubat , ulang semula.
Taubat , ulang semula.

Ah. Tak tahu malu. Sungguh, tak tahu malu.

Jangan sepatutnya aku malu untuk bertaubat setelah banyak berdosa, tapi malulah untuk berdosa setelah banyak bertaubat.

Dan aku.
Layu.

Bangunlah.

Tetapkan perjalanan hidup. Mutabaah amal di ikut. Hidup dirancang sebaik-baiknya.

Dosa?

Tinggal. Tinggal. Tinggal semuanya!

Jauhlah dari dosa itu lagi.
Lari. Lari cari Allah.

Aku dah jauh. Sangat jauh.

Dan setiap kali aku jauh, setiap kali aku jatuh, Allah tarik tangan aku. Selalu.
Selalu sangat.

Allah sangat sweet. Allah Maha Penyayang. Allah Maha Pengasih.

Ya Allah, selalu Dia tarik tangan aku jangan jatuh lagi. Jangan jatuh lagi.

Aku bangun. Tapi aku jatuh juga lagi.

Allah tak berhenti berada di samping aku. Tak pernah. Allah sentiasa bagi aku peluang untuk ubah sikap. Untuk taubat. Allah jentik hati aku. Selalu.

Terima kasih, ya Allah.

20140513

Cemburu

Melihat insan yang penuh sifat kepimpinan itu,
Buat hati sungguh cemburu.

Melihat insan yang cukup harta kekayaan itu,
Sungguh hati ini cemburu.

Melihat keluarga lain yang sungguh bahagia itu,
Benar hati ini cemburu.

Melihat insan lain sudah berkeluarga dengan rezeki melimpah,
Juga hati ini cemburu.

Tapi satu hal ini,
Yang mengatasi segala-gala kecemburuan hati,
Melihat insan yang syahid.
Yang peribadi terlalu indah.
Yang amalan terlalu banyak.
Yang hati sangat tawadhuk.

Wahai para syuhada.
Aku sungguh-sungguh cemburu dengan kalian.

Cemburu yang amat-amat sangat.

Dunia ini umpama sebelah sayap nyamuk.
Tiada banyak nilainya.

Antara seratus,
Hanya satu nilai dunia.

Apa lagi yang aku mahu.
Hidup sajalah menjadi insan yang taatkan tuhan.

Wakafkan diri untuk agama Allah.

Wahai para syuhada.
Jauh sekali aku dengan kalian.

Jauh.

20140429

Modesty.

He was looking at his friend's facebook profile.

"He's already a rich person now". Just for the sake of telling me, with a kinda regret sound. Perhaps.






"You used to have the same career right? And you quit". I said.

I don't know whether he regretted his action to quit before, but I think most in his heart he kinda grateful, but with a little regret.

He told me, "Yeah, I used to have that career, but I couldn't stand anymore. The job was hard enough for me".





Dude. There's nothing easy.





"There is nothing easy in this world. Working is hard. Studying also hard".

"It's true, but the other reason was.. they were involved in bribery. Playing with girls. Went to disco. They even ask me to join them. Can you stand it?"

"Hmm.. but why don't you find another career according to your degree? You waste your time studying. You take your degree in engineering for granted. You used to be an engineer you know".

"I will. But it's not that easy".





I started thinking. To have career, don't just think about the dunyaa (world). But do think about akheerah (hereafter) too.

Shame on me. I was just thinking on the name. Great name.

"I am an engineer".
So that you can boast.





Life is not about money. Great career. Well-known name.

No.

20140419

Pilihan.

Assalamualaikum wbt.
 
Lama sangat saya tidak menulis. Idea ada. Tapi nak karang mati akal. :)
 
 
In shaa Allah, Alhamdulillah.
Sebulan lebih saja lagi saya akan bernikah. Allahu rabbi. Hanya Allah tahu perasaan saya. Bercampur-campur.
 
Saya terharu, saya bahagia, saya gembira, saya sedih, saya risau.
 
Iya saya risau. Apa dia akan setia bersama saya? Apa pilihan saya ini tepat?
 
Ya Allah, jika pernikahan ini baik buat diri ku, buat agamaku, buat keluargaku, dan buat ummah, seluruhnya Ya Allah, maka kau permudahkanlah semua.
 
Apa yang sungguh merisaukan hati saya yang paling dalam, adakah saya akan bertahan dengan perjuangan nanti. Adakah perjuangan kami bakal berbeza? Apakah perjuangan dia perjuangan yang benar?
 
Saya masih keliru semuanya.
 
Saya keliru dengan jemaah. Awal-awal dulu, saya sangka jemaah, hanya jemaah. Kitalah jemaah. Sungguh saya tidak memahami akan ini semua.
 
Sekarang, banyak pula yang mendedahkan saya dengan perjuangan. Allahu rabbi. Allahu rabbi. Apa boleh saya terima perjuangan dia?
 
Allah.
 
Saya tenang dengan dirinya, kerana terlalu banyak kebaikannya.
 
Sukar sekali untuk jumpa lelaki tidak merokok.
Sukar sekali untuk jumpa lelaki rajin ke masjid.
Sukar sekali untuk jumpa lelaki rajin berjemaah dan solat seawal waktunya.
Sukar sekali untuk jumpa lelaki yang sungguh cinta pada ibunya.
Sukar sekali untuk jumpa lelaki yang amal sunnah-sunnah baginda.
 
Ah, dia cukup sempurna. Sempurna buat saya.
 
Bagaimana dia terima kekurangan saya, begitulah saya terima kekurangan dia.

Tapi mungkin kini saya mampu berkata-kata sedemikian. Tapi, apa mampu saya bertahan? Ya Allah, jadikan hatiku tawadhuk di jalanMu.

Janganlah, janganlah jika aku melihat orang lain jadi doktor, aku membanding-bandingkan dengan dia.

Janganlah jika aku melihat orang lain jadi engineer hebat, jadi usahawan hebat, punya banyak harta, aku membanding-bandingkan dengan dirinya.

Ya Allah, kesungguhan dia. Kesungguhan dia melakukan apa saja, untuk pastikan aku jadi suri hidupnya. Itu saja sudah cukup jadi bukti, dia benar-benar sayangkanku Ya Allah.

Biarlah. Biarlah dia biasa-biasa. Tidak terkenal di mata manusia. Tiada harta, tiada nama, tiada kuasa. Itu lebih indah buatku.
 
Tapi, masih lagi jauh di sudut hati, mengharapkan satu fikrah yang jelas dan jernih.
 
Entah bagaimana nanti bila ada yang menemani hidup saya?
 
Allah.. adakah tepat pilihan aku ini?
 
Rasanya, saat ini insan lain sedang memantapkan keperibadian, sedang membina sifat kepimpinan, sedang berjuang di jalan Allah, sedang membina kemajuan diri, apakah pilihan saya ini salah?
 
Kelihatannya saya tidak mampu berbuat apa-apa. Saya tidak menjadi pemimpin. Saya lemah. Saya manja.
 
Saya lihat, wanita lain, di organisasi Universiti ini, terlibat dalam Mahasiswa Kolej, terlibat dalam Perwakilan Pelajar.
 
Allahu rabbi.
 
Saya kosong. Kosong.
 
Saya tak menyumbang apa-apa. Saya lemah. Saya manja.
 
Mereka sangat hebat, mengundang rasa kagum dalam diri saya. Dan saya, di mana saya?
 
Masih mengharapkan insan lain membantu diri?
 
Allah, apa sumbangan aku untuk agama Mu..

20140212

Life.

Look back throughout my past, I couldn't imagine that I have come this far. Observing my past passing through, I realized that everything happens for a reason. Every single thing has its own reason ti be happened.



Living my life, now, a bit better than before.




I have been facing sad years. Problems. Conflicts. Ain't easy though to be faced. By me. Standing alone. Nobody is grabbing you, or even at least hold your hand. With love.




Being back stabbed was my hard times. Yeah. By person who you called friend. But from that, I learned life lesson.






Life ain't easy.




And I remembered one thing used to be spoken by Prof. Dr. Muhaya,

We do not live to achieve happiness, but we achieve happiness to live.





Now. Been here, studying my first year in university, is really my life. I love this life. This is just like fantasy. :')

It is not the 'happiness' that make it feels like fantasy, but everything that I faced through.




It is actually not that easy, to be here, stand alone. Again. But I should realize that I have Allah with me. Always. 

This feeling. Feeling of being alone going through this way that I chose since the first time I get to know more and more about Islam. But doesn't mean I'm lonely when I'm alone. Right?





But still. We are the ghuraba's. Feels alienated.




Well, in this life, people might love you, like you, hate you, betray you, and do whatever they want. But please, instill nicely in your heart, to forgive whatever people do towards you, without them, have to seek for forgiveness first.








Here, I have friends who really want to stand with me :')




And now, I am so grateful that Allah has made my life like this even though it is very heart aching. Passed my days with tears, and hope. Feels down for some moment. So down. Going through hard times but there are lots of 'hikmah' behind everything happened. 



Yeah. Happened for reasons.



I am grateful for my life now :')

20140211

T a b l i g h .


First impression pada orang t a b l i g h .


Berdekatan dengan sekolah saya, ada markaz tabligh. Jadi memang selalu lah nampak orang-orang tabligh ni.



First impression untuk gadis bawah umur ketika itu, mereka menakutkan. Tambah-tambah, berjubah berserban dengan janggut lagi. Masa tu tak tahu apa-apa 





Pak cik saya pun ikut tabligh juga. Ke sana ke sini tinggal anak isteri. Jadi timbul persoalan. Eh, tak sayang anak isteri ke tinggal macam tu je? Eh, siapa nak jaga diorang ni? Siapa nak bagi diorang makan minum? Eh.

Pernah saya tanya cikgu saya, "Cikgu ikut tabligh ke?"

"Tabligh tabligh ni tak ada ikut-ikut. Semua sama je. Tabligh tak tabligh sama je. Tak ada nak ikut-ikut". *Ok. Dia marah saya*

Tapi sekarang saya faham, untuk persoalan-persoalan saya. 

1. Tak sayang anak isteri ke?
Bukan tak sayang. Tapi anak isteri itu milik Allah. Perlu sayang Allah lebih. Jihad sikit. Kita ada tanggungjawab.

2. Siapa nak jaga diorang?
Allah yang jaga diorang. Kalau kita jaga hak Allah, maka Allah jaga hak kita.

3. Siapa nak bagi diorang makan minum?
Suamilah. Suami tu sekalipun dia ikut tabligh, dia perlu juga bekerja. Jadi, kalau kerja mesti ada duit. Kalau nak tinggal anak isteri 40 hari, siap-siaplah bagi belanja untuk 40 hari punya hidup. Nak tanya, orang yang outstation bulan-bulan tu acane pula tu? Cer citer?

---

Memang, kadang-kadang ada juga yang buat hal. Yang tak kerja. Abai anak isteri. Dengan alasan, 'Allah jaga mereka'.

Eh, eh, nelayan kalau nak dapat ikan, perlu juga turun ke laut. Allah tak akan campak satu-satu ikan tu ke rumah dia. Alasan, 'rezeki Allah bagi'. 

Legend.

Jadi, janganlah kerana nila setitik ni, rosak susu sebelanga. Janganlah judge semuaaaaaa orang-orang yang keluar ke jalan Allah ni sama buruk macam satu orang yang buruk tu.

Ehem. Ingat senang ke nak jihad pergi keluar entah mana. Lepas tu ketuk rumah ke rumah. Kadang kena caci kena maki kena hamun. Ingat senang ke nak sampaikan kalimah Laa ila ha illallah?

Ingat senang ke nak jalan jauh-jauh sejuk panas makan apa ada. Ingat senang ke nak tinggal hal-hal dunia walau sementara?

Ingat senang ke nak jauh dari keluarga?

---

Oh. Sekarang baru saya sedar, jubah, serban dan janggut itu semua sunnah Nabi s.a.w. 

SubhaanAllah :')

20130913

Forum Bicara Cinta bersama Afdlin Shauki

Afdlin Shauki :

* Bila kita tak tahu akan sesuatu perkara tu, kita akan takut. Contohnya seperti umat Islam yang dikatakan sebagai terrorist, sedangkan jika didekati, Islam bukanlah pengganas.

* Untuk suka, perlu kenal dan dekati dulu.

* Kebanyakan yang kita percaya dalam diri  kita, yang baik atau yang menakutkan, sebenarnya tidaklah teruk mana. Fikiran kita yang menyebabkan keadaan itu jadi teruk sebenarnya.

* Kita perlu faham akan sesuatu perkara, kerana bila kita faham akan sesuatu perkara, kita akan mampu control situasi tersebut, dan kita akan menjadi lebih berani.




Prof. Ustaz :

# Sebenarnya, tiada pun orang yang tidak mahu berkawan dengan kita. 

# Jika ada rasa benci dalam diri kita, buang.

# Sekiranya kita mahu merasa bahagia, kita perlu membahagiakan.

# Kita perlu hargai orang sekeliling kita, baru orang akan hargai kita.

# Bila kita gembira, orang lain akan menerima kita sebagai seorang yang gembira.

# Hidup kita ini, seindah hati :)

# Jika hati kita rosak, maka rosaklah seluruhnya.

#Kita mula melihat negatif, sebab hati kita negatif.

# Yang paling penting, bersihkan hati kita.

# Pernah Rasululullah SAW nak turun, lalu ada sahabat sedang menunggu dan mahu menceritakan sesuatu, tapi sebelum tu, Rasulullah SAW bertanya dahulu, sama ada cerita itu baik atau buruk. Sekiranya itu cerita buruk, baginda tidak mahu mendengarnya kerana baginda mahu berjumpa dengan hati yang bersih.

# Biar kita tersalah menolong, daripada kita tersalah menilai.

# Cara nak tackle pelajar lelaki dan perempuan itu berbeza. Di Eropah, pelajar lelaki dan perempuan diasingkan kerana cara nak menambat hati pelajar lelaki untuk belajar adalah berbeza dengan pelajar perempuan.

# Bila nak berbaik dengan orang, kita kena kenal orang tu dulu.

# Contohi Rasulullah SAW, sekiranya dengan kanak-kanak, baginda SAW akan bersikap sesuai dengan kanak-kanak. Begitu juga dengan orang dewasa. Ada cara-caranya.



Afdlin Shauki :

* Pengalaman ke Gaza :

~ Orang-orang Palestin umpama al-Quran bergerak, kebanyakan mereka ialah tahfiz.
~ Mereka sangat peramah, dan memuliakan tetamu. Tetamu akan dilayan dengan sangat baik.
~ Mereka akan melindungi orang luar seperti rakyat Malaysia yang datang ke tempat mereka.

* Buatkan jadi terfikir, sekiranya aku hanya ada seminggu saja lagi untuk hidup, how would I live my life?

* Tolong ni ada banyak jenis, kadang kala kita hanya perlu tolong diam saja.




Prof Ustaz :

* Senyum pada sahabat itu sedekah.

* Nabi Muhammad SAW kata : Aku bila resah, akan tenang bila,

~ Melihat daun-daun hijau,
~ Mendengar deruan air mengalir,
~Melihat wajah-wajah yang manis.

Tetapi, tetap aku paling tenang, bila dapat bermunajat dengan Allah.

* Kalau rindu, bila tiada siapa ang nak dengar, nak jawab, maka bersolatlah. Allah dengar, Allah akan jawab. Bila baca surah al-Fatihah, bacalah perlahan-lahan. Baca betul-betul.

* Allah bangga bila kita puji Dia.

* Kita perlu memahami orang lain. Jika berbiacara dengan orang lebih tua, bagaimana. Orang yang lebih muda, bagaimana, perlu faham semua itu.

* Kalau perempuan, dia tidak suka bercakap kasar.

* Kalau lelaki, dia mahu dihormati, walaupun perempuan ni lebih pandai dari lelaki itu, jangan bagi lelaki rasa tercabar.

* Dalam diri kita, ada banyak benda-benda simple kena baiki untuk buat kehidupan jadi lebih mudah.

* Lelaki tidak suka akan perkara yang complicated. Perempuan lebih teliti.

* Fitrah dominated lelaki, lebih kepada sexual, daripada sensual. Perempuan akan lebih sensual.

* Untuk jadi kaya, kita perlu memberi.

Penghargaan.

Pernah dulu 
semasa mengikuti kem di Dusun Eko Resort, Pahang, 
ada seorang motivator yang kami panggil Cikgu Jinggo.


Saya sentiasa ingat akan kata-katanya yang ini,


"Setiap manusia, 
perkara yang paling diperlukan ialah PENGHARGAAN. 

Seorang perempuan 
akan memerlukan penghargaan dari segi emosi, 


dan seorang lelaki 
memerlukan penghargaan dari segi tindakan."

20130819

Takut.

Hidup saya dulu, sering dihurung ketakutan.
Penuh rasa takut.
Serba serbi takut.


Nak buat ini takut.
Nak buat itu takut.


Hingga akhirnya tiada apa yang saya dapat.


Lama kemudian, baru saya sedar,
Ketakutan itu hanya memakan diri.
Yang takut itu hanya pada Allah.


Manusia itu tidak akan mampu menimbulkan apa-apa musibah pada diri kita melainkan atas izin Allah juga. Harus berani. Berani minta apa yang kita mahukan.


Apa yang saya maksudkan ialah perkara yang berkaitan agama.
Jika mahu mula menutup aurat,
Jika mahu mula solat,
Jika mahu mula membaca al-Quran,


Minta.
Usah takut.


Selagi tak mencuba,
Tak akan tahu hasilnya.



Ketakutan itu telah banyak memusnahkan diri saya.


Hancur.
Retak.


Sukar dibina semula.
Tapi saya usaha.

20130805

Dah berapa juzu' ?

Salam alayk. May blessing of Allah always be with you.



Ada yang bertanya pada saya, "Awak dah berapa juzu'?"



Macam nak menangis dengan pertanyaan ni. Melihat luaran saya. Penampilan saya.
Oh, saya ni banyak ilmu kot. Quran dalam kepala.



Allah, sedih :'(



Allah saja yang tahu tentang diri saya. 
Allah je yang tahu kisah saya. Semua tu juga aturan Allah. 



Jadi, jika ada yang bertanya,
Saya bukan hafizah. Satu juzu' pun belum.



Kalau surah-surah kecil bolehlah tanya.




Kadang sampai risau. Rasa tak mahu ada penampilan begini.
Kalau saya boleh ulang waktu, saya berharap yang saya bersekolah di sekolah agama atau tahfiz.
Saya berharap semua tu.




Memang eager sangat nak masuk. Dari dulu.
But Allah's plan, who knows?




Saya orang biasa. Sekolah biasa. Keluarga biasa.
Semuanya biasa-biasa.



Ini pilihan saya. Saya yang mahu berjubah. Saya yang mahu bertudung labuh. Saya yang mahu berpurdah.



Dengan izin Allah, saya minta, maka Allah hadirkan keinginan tu.
Semua dari Allah.




Back to the story, saya memang nak sangat jadi hafizah. Saya memang nak sangat belajar al-Quran sungguh-sungguh. 



Ya Allah, bila lihat di tv, kanak-kanak kecil hafal ayat Quran, bijak baca Quran, jadi terharu sangat.
Jadi sedih. Gembira. Cemburu. Bercampur-campur perasaan.




Hebatnya mereka.
Teringin :')

20130707

Drawing is my passion ^___^ v

♥¸.•*۰۪۪۫۫♥۰*•.¸♥



20130625

Cinta Itu Bahagia - Komik









Sambungan..










Sambungan...














20130620

20130617

Niqab, I'm in love.

Niqab.



For the first time I see people with Niqab,
I wonder,
how come they can wear such thing.
Why?



Keep wondering.



But now, I realize, they just want to take care of their akhlak.
They want to lower their gaze. Guard their nafs. Take care of their image.



The Niqab can be a good reminder for them.







'When I wear this, means I have to show the best akhlak. I cannot be a fitnah for this deen. I don't wanna bring fitnah into Islam. I have to show my best.'



People wear Niqab not just because of they are too beautiful. 



Not all Niqabist are beauty in term of physically beauty. Tapi untuk jaga pandangan. To lower their gaze. And to save the 'kaum Adam'.






Iyalah. Lelaki, nafsunya pada wanita. Sebab tu Allah suruh lelaki jaga pandangan. 



Kelemahan perempuan ialah aurat, kelemahan lelaki ialah syahwat.



Thats why. If women could help men to lower their gaze, thats already a big effort that will give you a big reward. I mean reward from Allah, if you do it sincerely fillah.



In shaa Allah, dapat bantu lelaki tundukkan pandangan :)

20130603

Aku Pendosa

Seringkali aku mengucapkan pada diri, aku mahu berubah. Aku mahu menjadi baik. Aku mahu menjadi manusia yang lembut hatinya. Aku mahu menjadi penyabar. Aku mahu menjadi pemaaf. Aku mahu berbicara sopan. Aku mahu lebih banyak diam. Aku mahu miliki semua sifat mahmudah ini.





Sering juga aku menyeru manusia ke arah kebaikan, sepertinya aku ini setaraf malaikat pula. Tapi itulah yang disuruh Allah. Seru pada kebaikan, mencegah pada kemungkaran. Itulah. Itu dia masalahku. Aku mampu menyeru sahaja. Namun pada diri, belum kuat tarbiahnya.



Kuasa Allah, membolak-balikkan hati manusia. Tapi itulah ujian. Allah mahu lihat, tatkala diuji dengan kekeliruan, mampukah aku bermujahadah melawan nafsu. Allah beri pilihan. Maka beruntung bagi sesiapa yang menyucikan, dan rugi bagi yang mengotori.




Beginilah aku, terus leka diulit mimpi siang. Neraka yang menjanjikan kemanisan dunia, terus aku capai. Kata orang, manis jangan terus ditelan. Pahit, jangan terus dibuang. Tapi tidak pun aku berfikir panjang. 



Sukar sekali jalan jihad ini rupanya. Mudah meniti di bibir, tapi sukar pada pelaksanaan. Tatkala iman mengetuk pintu hati, tak sepatutnya disia-siakan. Tatkala Allah menyapa dengan cahaya hidayahNya, jangan pernah kau lepaskan.









Kuatkan hati ini Allah. Tabahkan hati ini Allah. Hadirkanlah cinta buatMu, Allah. Cinta yang paling dalam. Cinta sebenar-benarnya. Cinta yang buat hati tidak sabar mahu bertemu denganMu. Cinta yang buat hati tidak sabar mahu terus beribadah. Cinta yang buat hati sentiasa berbunga-bunga apakala menyebut tentangMu.






Iman. Bila tidak dibaja, makin layu. Sudahlah senipis kulit bawang. Kataku mahu berubah. Tapi di mana usahaku?




Nil.



Kukatakan itu berdosa, jangan lakukan. Tapi adakah diri ini melakasanakan hal yang dikatakan itu?



Sering aku terjerat.



Sering aku terhambat.



Ya Allah, aku pendosa.



Jalan jihad ini telah banyak menitiskan air mataku. Peritnya. Sukar sekali.



Ketika nafsu menguasai, tidak nampak langsung dosa itu membawa ke neraka. Sering saja beralasan begitu dan begini.



Pintar sekali syaitan mencari jalan. Syaitan sentiasa ada jalan untuk menyesatkan kita. Sentiasa.





Moga keinsafan ini tidak diragut lagi.



Apa hatiku telah kelam, buta? Mungkin. Kerana itu aku tak mampu melihat dosa. Kerana itu aku menuruti jalan itu. Jalan yang silap.



Apa masih ada ruang buatku untuk kembali?



Allah, bantulah aku Istiqamah. Bantulah aku untuk terus gigih membajai Iman. Agar terus subur hingga tamatnya hayat ini.



Hati. Bila mati, tak mampu lagi ingat mati. Sering melalaikan hakikat yang diri akan pergi. Pergi tak kembali. Terkadang merasakan maut itu bagaikan fantasi. Begitulah kelamnya hati ini.





Terlalu banyak maksiat yang menyebabkan titik hitam menyaluti keseluruhan hati. Ujian demi ujian yang tidak  dilewati dengan bijak, maka tenggelam lah diri diulit mimpi. Khayalan belaka.



Dunia terus memanggil. Maka si pendosa ini terus leka. Maka secebis keimanan yang berbaki di celah-celah kekotoran, memanggil dengan suara halusnya. Lama memanggil. Namun tak pernah lelah. Sayup-sayup kedengaran. Maka jiwa yang kelayuan, kembali mencari jalan pasti.



MashaAllah. Dahsyat sekali dosa itu.



Manis. Namun meresahkan.



Indah. Tetapi menggelapkan.



Si pendosa ini ingin kembali ke jalan berliku itu. Ke jalan penuh duri itu. Ke jalan mujahadah itu. Maka genggamlah tanganku. Jangan lepaskan.




Your's sincerely,
Nur.

20130522

Esok Nikah


Kalau kita nak jawab exam, bukannya esok nak jawab hari ni baru belajar. Begitu juga dengan ilmu perkahwinan, bukannya esok nak kahwin, hari ni baru belajar, ataupun belajar selepas berkahwin. PERSEDIAAN itu penting untuk membina keluarga sakinah. 




Tak kisahlah berapa pun umur kita. Tak kisahlah kita belum ada calon sekalipun. ILMU tu yang penting.



Perkahwinan bukan semata-mata untuk menghalalkan persetubuhan, tetapi perkahwinan juga adalah untuk membina UMMAH. Ummah yang cemerlang. Perkahwinan bukanlah medan perjudian takdir. Semua orang mampu mengecap bahagia dalam perkahwinan andai kena caranya.



Hidup berumahtangga sepatutnya menjadi satu syurga dunia, bukan punca derita. Bila tiada persediaan, itulah yang berlaku keretakan dalam rumahtangga.






Persediaan ini bukan sahaja tentang wang. Ada yang jauh lebih penting daripada wang. Bukannya wang tidak penting, tetapi ada yang jauh lebih pening dari itu, iaitu emosi, rohani, iman, amal dan mental. Aspek-aspek abstrak seperti ini perlu diberi penekanan.



Adakah kita mampu mengawal emosi? Adakah rohani kita sudah cukup baik? Adakah iman kita sudah sentiasa ditingkatkan? Adakah amal kita sentiasa ditambah? Adakah mental kita sudah cukup mantap?





Seperti yang pernah dikatakan oleh seorang penulis, Hilal Asyraf, ilmu berkaitan perkahwinan ini sepatutnya diajar sejak tingkatan satu lagi.