Facebook Badge

20130329

Gadis Polca Dot - A Short Story


Gadis Polca Dot by Nazatul Najzan





Aku. Amri. Seperti biasa, aku bangun awal. Bersiap. Melangkah ke kelas. Tahun akhir ni, betul-betul hectic life.



Buka pintu rumah, juga seperti biasa. Singgah di kafe, beli 100 plus. Tiba-tiba ada seorang perempuan, maksud aku, gadis. Singgah di kafe juga, dengan buku sarat di tangan. Ah, perempuan. Kalau boleh, satu almari buku nak nak dibawanya. Tengok aku. Bawa beg simpang je. Letak buku nota.



Aku keluarkan beg dompet aku. Dengan not RM2.00, aku hulurkan pada 'pak cik kafe'. Sepuluh sen baki, dia pulangkan. Gadis itu masih di situ, masa aku berlalu. Entah beli apa.



"Hey Amri, beli apa?" Tiba-tiba terserempak dengan Ina. Budak Ina ni betul nak kena tetak. Geram betul aku. Tiba-tiba datang, tak bagi salam. 



Aku senyum sengih sambil menunjukkan botol 100 Plus itu kearahnya. Dia senyum, dan mata aku, pada gadis tadi. Tak dapat kulihat wajahnya.



Ina terus berlalu, melihat aku tak layan dia. Ah, malas nak layan perempuan. Tapi gadis tadi, buat aku jatuh hati. 'Amri, tundukkan pandangan'. Naluri lelakiku ku tahan. Aku ingin pandang wajah gadis itu. Macam ada aura. 'Takpe Amri, kalau dah jodoh, tidak ke mana'. Aduh, aku dah fikir sampai ke jodoh.



Dia dah berlalu dari situ. Berjalan laju. Searah dengan aku yang masih lenggang kangkung. 'Ape ni Amri, perempuan lagi laju.' Dan aku masih melenggang.



Gadis itu masih di belakang. Ternyata aku paling laju. Egonya aku. Tiba-tiba, tak ada lagi derap kaki gadis itu. Beg polca dot dia putus rupanya. Aku berbelah bahagi.



Tolong, atau tak. Dahlah bawa banyak barang tu. Dia cuma tiga tapak di belakang aku. Aku buat kerja kurang siuman, dengan terpacak kat situ. Okey, aku kira sampai tiga. 1...2...3..., okey, aku tolong.



Aku angkatkan beg dia. Diam, tanpa suara. Gadis polca dot itu nampak sangat kelam kabut. Sarat sungguh. Atas bukunya ada bekas pensel. Polca dot jugak. Mungkin dia mengalami keobsesan yang tinggi terhadap polca dot. Semuanya habis polca dot. Nasib baik tudung labuh dia tak polca dot jugak.



‘Ya Allah, bantulah aku menjaga pandangan’ bisik hati kecil aku.



“Nak bawak mana ni?” Aku paculkan soalan itu. Spontan.



Dia menolak. “Takpe, awak bagi je balik beg saya, saya bawak sendiri” Tegas nadanya.



Wajahnya tetap tunduk. Dia takut bertentang mata mungkin. Aku mahu refuse. ‘Amri, bagi Amri, bagi’. Lantas beghitam tompok-tompok putih itu aku berikan pada gadis itu.



“Terima kasih”. Lantas dia segera berlalu dari situ.



Di situlah titik pertemuan aku dengannya. Kenapa aku macam tak pernah jumpa dia? Baiklah, abaikan soal itu. Aku rasa aku nak pinang dia.



Di bilik, “Fattah, tadi aku nampak sorang perempuan ni, bukan main alim lagi” Fattah roommate aku.
“Habis?” Fattah cuba layan aku.



Aku duduk tengok tv sebelah dia dengan secawan kopi di tangan aku hulurkan pada Fattah.



“Thanks...” kata Fattah.



Aku senyum tanda ‘sama-sama’.



Bicara kumulakan, “Aku rasa aku suka dia”.



“Cinta pandang pertama?” Fattah serkap jarang.



“Bukan cinta, suka...” Aku perbetulkan.



Fattah pandang aku. “Perempuan mana ni? Setahu aku kau kan jenis tak layan perempuan... surat-surat cinta tu semua aku tengok kau rendam dalam air je...”



Aku sengih dengan ulasan Fattah. “Itu lain, aku tak layan perempuan macam tu, mentang-mentang aku ada nama kat Universiti ni, cuba tak ada?”



“Tulah, siapa suruh kau ‘hot’ sangat!” Sudah, aku pula salah.



“Hey, iman nombor satu... dah lama aku idam perempuan macam tu, kalau perempuan lain, mesti dah senyum-senyum, sibuk nak berkenalan, tapi dia lain, dia buat tak heran aje...” Aku cuba jelaskan.



Fattah cuba mematahkan hujah aku. “Kau ni, terlalu membanding-bandingkan...” Kata Fattah. Ada hentian panjang di situ.



Aku pula mula bersuara, “Eh, tadi kan kau tanya perempuan mana? Hmm, kau tu pun apa kurangnya, kau kenal ke perempuan-perempuan kat sini, kau kan tak melayan, kalau aku cakap pun bukan kau kenal.” Berjela aku cakap.



“Lah, cakap pun susah?” Fattah nampak bengang. Air kopi yang makin sejuk dihirup perlahan. Begitu juga dengan aku, sambil mata tekun pada kaca televisyen.



“Sebenarnya aku tak tahu nama dia, tapi yang pasti dia pakai beg bukan main polca dot, dengan bekas pensil pun polca dot jugak...” Jawab aku.



“Tu sepupu Alfi” Kata Fattah. Matanya belum berganjak dari kaca siaran di televisyen.



“Kau kenal lah dia?” Aku semacam teruja bila Fattah kenal gadis tu.



“Tak sangat, tapi Alfi selalu rekomen dekat aku, tapi aku malas nak fikir dulu... Johan Tilawah tu... pidato pun boleh tahan, budak MAAHAD Perak.” Macam-macam Fattah tahu rupanya.



Kopi di tangan aku hirup lagi. “Nanti aku jumpa Alfi”



Fattah geleng kepala dengan perangai aku. Di bibirnya terukir satu senyuman sinis. Atau lebih tepat lagi dia sengih dekat aku.



Petang esoknya, aku ajak Alfi lepak kafe. Aku terangkan tujuan aku. Dia senyum saja. Jadi aku dah tahu serba sedikit tentang gadis itu. Ternyata, serba-serbi tentangnya sangat indah.



Esoknya lagi, aku tulis surat. Aku minta Alfi beri pada gadis itu.



“Nah Alfi, kau tolong ya bagi pada sepupu kau tu. Apa nama dia? Aishah?” tanya aku.



“Iya, Aishah... In sha Allah, nanti aku bagi”



Selepas beberapa hari, Alfi datang menemui aku. Dia hulurkan surat. “Nah, ni dia ‘reply’ untuk kau.”



Aku senyum. “Terima kasih...”



Dalam surat aku sebelum ni, yang aku beri pada gadis polca dot tu, aku cakap aku nak jumpa ibu bapa dia. Mungkin aku boleh bertunang dengan dia, taaruf ke. Tapi isi surat yang dia beri pada aku sangat menghampakan.



Dia reject aku? Ah, tercabar keegoan aku sebentar. Tidak mengapalah. Aku harus teruskan belajar yang hanya tinggal dua sem saja ni. Tapi hati aku kecewa lah jugak. Dia tulis, lagi dua sem, bila aku dah habis belajar nanti, dia akan pertimbangkan.



Seminggu lepas tu, ada seorang perempuan dengan nama ‘Solehah’ tambah aku sebagai kenalan di Facebook.



Aku approve, kemudian gadis yang menggunapakai nama Solehah itu tulis pada wall aku, ‘Syukran’. Solehah kemudian mula PM aku di Facebook. 



“Assalamualaikum awak J taipnya.



Orang sudah memberi salam, wajiblah aku menjawabnya. “Waalaikumsalam w.b.t” tanpa smiley mengikuti jawapanku.



“Awak, saya Aishah... ;)



“Aishah mana?” curious juga aku dibuatnya.



“Aishah yang awak bagi surat tulah... saya minta maaf sebab tolak awak :’(”



“Kenapa?” aku takut juga nak jawab, takut pergi jauh.



“Sebab saya tak bersedia lagi nak nikah-nikah ni. Mungkin kita boleh taaruf sendiri?”



Aku dah cuak jugak.  Dia ni kan baik. “Hmm, tak apalah... kan awak dah tulis dalam surat tu lepas saya habis sem boleh masuk meminang awak.”



“Awak, tak payahlah. Saya tak bersedialah pulak.”



“Tapi awak kan ada setahun untuk buat preparation.” Tanya aku. Aku makin hairan dengan gadis ni.



“Awak, ada seorang ustazah katakan pada saya yang couple itu tidak haram, kerana tiada hukum yang jelas dinyatakan dalam hadis dan al-Quran” dia cuba memancing aku kembali.”



“Iya, memang tak haram, tapi tindakan yang menyusuli itu yang membuatkannya haram...”



“Maksud awak?”



“Maksudnya, bila kita sibuk berchatting, mesej, rindu-rinduan, itu yang lama-lama menyebabkan haram...”



“Tapi kita tidak pun bertentang mata?”



Perempuan ni macam saja nak uji aku. “Apa kata awak pergi tanya mana-mana ustazah yang lebih pakar?”



“Awak pernah dengar tak hadis yang mengatakan wanita itu dinikahi kerana empat perkara?”


Dia cuba ubah topik pula. “Iya, saya tahu... harta, kecantikan, keturunan dan agama.”



“Jadi itu bermaksud yang seseorang lelaki itu diberikan pilihan lah kan untuk menikahi mana-mana jenis wanita?”



“Bukanlah... hadis itu menjelaskan sahaja antara perkara-perkara yang menyebabkan seseorang wanita itu dinikahi. Bukannya diberi pilihan.”



“Mana awak tahu? Awak jangan cuba-cuba jelaskan sendiri.” balasnya.



Iya jugak ya. Tapi, dia mula buat aku merasakan yang dia tidak seperti aku harapkan. Aku sangkakan dia seorang yang tidak mengganggu lelaki. Rupanya telahan aku salah.



Aku membalas, “Entahlah, tapi yang pasti, bila lelaki menikahi wanita kerana status sosial, Allah tidak akan menambah kepadanya selain kehinaan.”



“Kalau kerana harta?”



“Kalau menikahi wanita kerana harta, Allah tidak akan menambah kepadanya selain kekafiran, kalau kerana kedudukan, Allah tidak akan menambahkan kepadanya selain kerendahan”



Lama dia membaca PM aku pada dia.



Dia balas. “Okay, saya tahu yang sambungannya, sesiapa saja yang menikahi wanita bukan kerana hal lain, kecuali agar pandangan matanya dapat dikekakang, dan kemaluannya terpelihara, atau untuk tujuan menyambung silaturrahim, maka Allah akan memberkati pernikahannya dengan wanita itu dan wanita itu beroleh berkat pula kerana dipersunting olehnya”



Selepas terima Message itu dari dia, aku mahu log out facebook. Tiba-tiba masuk lagi satu Message. 



“Assalamualaikum, comel J. Saya akan sentiasa rindukan awak. Saya tunggu awak untuk berkenalan dengan saya.”



Perempuan tu buat aku makin hilang percaya pada dia. Selepas dari itu, aku ‘unfriend’ dia dan tidak lagi mengimpikan dia sebagai zaujah aku. Tak sangkanya. Dia boleh layan lelaki? Aku cuba tengok macam mana dia berurusan dengan lelaki dekat facebook dia, memang tak sangka langsung. Dia tak seindah yang aku sangkakan. Memang tidaklah aku nak masuk meminang dia bila aku dah habis sem nanti. 



Sebulan kemudian, aku pergi kem dengan pelajar-pelajar junior. Termasuklah Aishah a.k.a Gadis Polca Dot tu. Boleh pulak kami ditempatkan dalam satu kumpulan, bersama dengan Fattah dan Ina sekali.



Setiap aktiviti perlu berkumpulan pula tu. Gadis polca dot tu bukan main tak mahu pandang muka aku. Ah, hipokrit. Fikir aku. Ina pula macam biasa, tak habis-habis nak senyum-senyum dekat aku terus.



Setelah berhempas pulas aku habiskan dua sem aku yang tinggal tu, Alfi datang pada aku masa majlis convo. Dia tanya, aku tak nak ke masuk meminang Aishah tu lagi.



Aku buat muka kerang busuk aje. Alfi dah pelik. “Kau kenapa? Bukan kau cukup main suka kat cousin aku tu ke?”



Fattah menjeling dari arah sebelah. “Iyalah, kau dulu bukan main lagi nak kat dia. Cinta pandang pertama lah konon?”



“Entahlah, aku dah hilang percaya pada dia”



“Kenapa” Fattah mahukan jawapan.



“Tak ada apelah...” jawab aku sambil buat-buat senyum. Dalam hati aku meluat.



“Suka hati kaulah, tapi dia dah banyak kali ingatkan aku suruh ingatkan kau, Amri.” Alfi tepuk bahu aku.
Aku buat muka kerang busuk lagi.



Sesudah majlis convo, Alfi pergi berjumpa dengan Aishah untuk menyampaikan berita yang aku tak jadi nak masuk meminang dia.



“Dia dah tak suka adik ke abang?” Aishah sudah biasa membahasakan dirinya adik dan menggelarkan Alfi sebagai abang.



“Entah, abang pun tak tahu.” Balas Alfi.



Amirah yang berada disebelah Aishah turut hairan. Dia cuba memujuk Aishah. “Tak apalah Aishah, tak ada rezeki”



“Tapi dia dah bagi harapan pada Aishah, abang, Mira...” satu-satu wajah dilihatnya.



Alfi diam buat seketika memikirkan kata-kata yang bakal diluahkan. “Takpelah adik, mungkin dia dah jumpa yang lebih sesuai untuk dia...”



“Tapi adik tunggu dia, abang. Bukan adik tak reda, tapi dia mempermainkan hati adik macam tu aje. Tapi, takpelah... tak ada jodoh kan abang?”



“Adik, abang kan ada? Dengan abang tak nak?” Alfi cuba menceriakan Aishah kembali.



“Pulak dah? Tak apalah, tak laku. Assalamualaikum. Adik nak balik bilik.”



Aishah benar-benar tidak menyangka lelaki kepercayaan sepupunya rupanya mempunyai sifat sedemikian rupa. Sudahlah ibu bapanya sudah dimaklumkan.



Malam itu, aku Log In Facebook aku lagi. Ada seorang perempuan ‘add’ aku di facebook lagi. “Aishah Muhammad”



Aku kira dia sudah tukar nama. “Tukar nama dah? Mana Solehah?” aku PM dia.



Sambil-sambil tu aku tengok post dekat wall dia. ‘Tentu ada hikmah disebalik harapanku yang telah hancur’



Dia reply PM aku “Assalamualaikum, saya tak tukar nama pun. Solehah tu siapa? Facebook ni saya baru buat. Yang sebelum ni dah kena godam macam-macam.”



Aku sedikit terkejut. “Jadi selama ni awak tak pernah lagi on FB lah?”



“Iya, saya biarkan dulu, sebab saya nak fokus study awal-awal sem ni.” Balasnya.



Aku termangu seketika. 



Dia PM aku lagi. “Kenapa ya awak tak jadi masuk meminang saya?”



Lantas aku pun menjelaskan hal yang sebenar. Lantas, aku cuba siasat, siapa dalang di sebalik perkara yang telah berlaku itu. Akhirnya aku dapat tahu, dengan bantuan kawan-kawan aku jurusan IT. Rupanya Ina punya angkara yang telah merosakkan perasaan aku selama dua sem.



Tapi tidak mengapa, dalam tempoh terdekat, aku akan masuk meminang Gadis Polca Dot kesayangan aku tu. Alfi sempat warning aku, lain kali jangan cepat percaya orang. Siasat dulu apa-apa pun. Katanya lagi, dia lebih kenal dengan Aishah. Kenapa tidak cuba minta kepastian dari dia. Terkedu juga aku. Jadi, moral of the story, bila terima apa-apa berita, cuba pastikan kesahihan berita tersebut. So, sekarang, aku akan jadi zauj kepada Gadis Polca Dot yang solehah.



Rasulullah SAW pernah bersabda:

“Kebahagiaan itu terletak pada tiga perkara, dan kesengsaraannya terletak pada tiga perkara pula. Antara kebahagiaannya ialah memiliki isteri yang solehah.” Hadis Hasan, ditakhrij oleh al-Suyuthi dan al-Thayalisi, daripada Saad.



Dan kini, aku benar-benar bahagia dengan kekasih hatiku yang aku cintai.

20130328

Hanya dengan berusaha membina hati kita, itu sahaja sudah satu cinta.

Birds

He Stole My Heart

Ceramah (Radio)

Suatu masa dulu, dunia ini hanya air sahaja, kemudian Allah buat keputusan untuk buat Bumi. Mula-mula keluar buih.




Pada awalnya, bumi berkeadaan lembut, tidak stabil dan tidak ada hidupan lagi. Selepas itu Allah jadikan bukit dan gunung untuk stabilkan Bumi.




Bukit pertama yang dicipta iaitu di hadapan Baitullah, dicipta untuk kuatkan Bumi.




Makkah al-Mukarramah seperti pusat seluruh dunia, umpama akar tunjang. Pada akar, tiada pokok yang akan tumbuh. Oleh kerana itu, di Makkah al-Mukarramah tiada apa-apa yang tumbuh.



Walaupun tiada apa-apa yang tumbuh di Makkah, tumbuhan yang ada di seluruh dunia ada di Makkah. Makkah umpama khazanah.



Oleh kerana Makkah seperti akar, Allah bangunkan bukit. Allah mula-mula buat bukit di Makkah, lepas tu baru di seluruh dunia.



Kemudian malaikat-malaikat melihat bukit dan gunung yang begitu hebat dan kuat lalu berkata kepada Allah, "adakah yang lebih hebat daripada bukit dan gunung-gunung ini?". Lepas tu Allah jawab, "ada yang lebih hebat, iaitu besi"



Besi nampak je macam biasa, tapi mampu menghancurkan dan memotong bukit. Banyak bukit yang dah dihancurkan untuk buat jalan raya. Inilah tanda kiamat seperti kata Nabi SAW.



Di Makkah, bukit-bukit dihancurkan untuk membuat terowong. Untuk apa? Untuk buat kiamat datang.



Bila malaikat melihat kekuatan besi, malaikat merasa takjub, dan bertanya adakah yang lebih hebat daripada besi? Allah jawab, ada iaitu api. Api boleh meleburkan besi. 



Dan begitu juga malaikat bertanya, adakah kamu menjadikan makhluk yang lebih hebat daripada api ini? Allah menjawab iya, iaitu air.



Bila malaikat lihat kekuatan dalam air, malaikat bertanya kepada Allah, adakah yang lebih hebat? Allah menjawab iya, iaitu angin.



Angin punya kekuatan, walaupun tak nampak, tapi boleh menghabiskan air dalam lautan, boleh bawak air, pokok boleh tumbang. Lalu malaikat bertanya lagi, ada tak yang lebih hebat daripada angin ini. Allah menjawab ada, iaitu manusia.



Di mana bila tangan kanan bersedekah, tangan kiri tidak mengetahui. Kekuatan ini lebih hebat daripada kekuatan kelima-lima unsur tadi.



Sedekah ini satu amalan, amalan yang kecil, bukan fardhu, bukan sunat, tapi hanya amalan biasa. Dalam amalan ini, Allah letak kekuatan ini melebihi semua kekuatan yang ada pada perkara-perkara tadi.



Rasulullah SAW beritahu, sedekah boleh pertahan kita dari bala musibah, daripada penyakit.



Dalam satu amalan kecil, Allah letak kekuatan yang besar. Bayangkan betapa besar kekuatan Nabi SAW yang menanggung dibaling batu dan sebagainya.



Dalam makhluk-makhluk ciptaan Allah ada kekuatan. Allah menjadikan makhluk-makhluk dengan unsur-unsur ini.



Untuk manusia mendapat zat, Allah telah memberi Iman dan Amal.



Pada zaman Nabi, apa yang berlaku, bukan dibuat oleh Nabi, tapi dibuat oleh Allah atas amalan Nabi-nabi. Begitulah sampai kiamat, Allah akan buat atas amalan Rasulullah SAW.



Setiap amalan Rasulullah SAW, nilainya lebih tinggi dari 7 petala langit dan bumi.



Kalau kita tutup badan Rasulullah dengan cadar untuk 2 minit, seluruh dunia tidak mampu menggantikan nilai cadar itu. Nilainya lebih berharga dari 7 petala langit dan bumi. Apatah lagi amalan yang dilakukan yang keluar dari tubuh baginda sendiri.



Tempat yang Nabi SAW berehat kini, tanah itu lebih berharga daripada kaabah dan arasy Allah SWT. 



Nabi SAW paling sayang bila kita bergerak ke jalan Allah. 



Kita tidak boleh menguasai makhluk, selagi kita tidak menyayangi amalan. Amlan yang paling berharga ialah bergerak ke jalan Allah. Yang kebih berharga dari itu ialah bersusah payah di jalan Allah. Dan yang lebih berharga dari itu pula ialah memberi nyawa pada jalan Allah.

Kuliah 2 (USJ)

Ceramah Kerohanian
Kem PLKN Nilam Ehsan, Bidor, Perak.
Oleh : USJ
Khamis - 14/2/13

# Tidak kisah kita pandai, cantik, comel, tak cantik dsb - semua itu adalah perancangan Allah.

# Kalau kita ingat hidup semua baik itu nikmat, kita salah.

# Kasih sayang Allah melebihi kasih sayang ibu bapa kita. Semua yang berlaku adalah atas perancangan Allah SWT.

# Tak semua yang best, menarik, merupakan satu nikmat.

# Dalam hidup ada pahit manis untuk membentuk kebahagiaan.

# Kita perlu menganggapnya sebagai satu didikan daripada tuhan. Ada sesuatu yang perlu kita belajar.

# Ada sebab kenapa berlaku sesuatu yang tak diingini. Sekiranya kita salhkan takdir, bermakna kita menyalahkan Allah.

# Kalau kita ego untuk menerima takdir, bermakna kita menutup hati untuk menimba ilmu. Buka hati, buka mata, buka minda untuk fikir.

# Ilmu bukan sekadar semasa buka buku.

----------

# Kebaikan yang kita lakukan pasti dibalas dengan kebaikan walaupun kita tak nampak.

# Bila kita beri perhatian pada orang, orang akan beri perhatian pada kita.

# Kata Saidina Ali, ketua yang baik berasal dari menjadi anak buah yang baik.
----------

# Kenapa perempuan kena tutup aurat?

# Mata lelaki diciptakan penuh dengan scanner, boleh imagine hanya melalui bentuk badan.

# Jangan menidakkan ayat al-Quran.

# Tudung perlu dilepaskan hingga paras dada.
----------

# Golongan yang pergi haji. Bagi yang yang kaya - tujuan melancong, yang miskin - meminta sedekah, yang sederhana - berniaga
----------

# Tanda-tanda kiamat semakin hampir

1. Sembahyang diringankan - 80% umat Islam tidak bersembahyang.
2. Keinginan nafsu syahwat digalakkan.
3. Pemimpin merupakan orang jahat.
4. Halal atau haram sukar dibezakan.
5. Berbohong menjadi satu keperluan.
6. Membayar zakat dianggap bebabn.
7. Terlalu banyak maksiat.
8. Turunnya hujan di luar musim dan tidak memberi keuntungan.
9. Fenomena lesbian, gay, biseksual, transeksual.
10. Perempuan menguasai lelaki - ubat guna-guna.

20130324

Kuliah 1 (Shahmi, Cikgu Zaidi)

Oleh : Shahmi
14 Feb 2012
(Surau PLKN Nilam Ehsan)

~ Yasin - bukan sekadar adat.



~ Manusia diuji dengan dua perkara iaitu waktu lapang dan kesihatan.



~ Sakit - merupakan ujian daripada Allah untuk mengampunkan dosa kita.



~ Waktu lapang - sepatutnya diisi dengan kebaikan, lakukan aktiviti bagi mendekati Allah atau ia akan menjadikan kita buat maksiat.



~ Hendaklah selalu berzikir untuk menghilangkan sifat-sifat yang tidak elok.



~ Untuk mewujudkan suasana yang baik ialah melalui pemimpin yang baik.



~ Kita tidak boleh jadi yang terbaik, tetapi harus berusaha menjadi yang terbaik.



~ Untuk mengetahui sifat Rasulullah, lihat al-Quran.



~ Bukan salah Allah yang tidak memberikan kita petunjuk. Bukalah al-Quran untuk mendapat hidayah.





Oleh : Cikgu Zaidi
14 Feb 2012
(Surau PLKN Nilam Ehsan)


~ Siapakah yang perkataannya lebih hebat daripada perkataan tentang Allah?



~ Tidak kira siapa sama ada budak kecil sekalipun yang bercerita tentang agama, kita harus mendengarnya.



~ Ada tiga jenis tanah iaitu yang lembut, keras dan tanah berpasir.


~ Tanah yang lembut menumbuhkan tanaman, tanah yang keras akan menakung air, dan tanah yang berpasir, tiada manfaat, terus serap air.

20130117

Junk foods are not food, ther are junks.

Denyut Kasih Medik | Review

♥¸.•*۰۪۪۫۫♥۰*•.¸♥
(In The Name of Allah The Most Gracious and Most Merciful)




Ini ialah sebuah buku tulisan Dr. Farhan Hadi, iaitu suami kepada Ustazah Fatimah Syarha. Buku ini amat menarik and saya sangat-sangat suggest anda semua untuk beli/pinjam dan bacalah buku ini. Buku ini juga terdapat kompilasi fiqh perubatan, fiqh cinta, dan juga fiqh perubatan.



Banyak ilmu baru kita akan perolehi dengan membaca buku ini sebenarnya. *Erk, skemanya.



Ok, buku ni cerita tentang seorang doktor. Itu saja, bagaimana seorang doktor menangani masalah dalam hidupnya. Tentang kerjayanya, menghadapi pelbagai masalah. Bila orang tak tahu hukum tentang ubat-ubatan, air selusuh, matikan orang koma, banyak lagilah.



Unsur percintaan pun ada jugak, tapi sangat-sangat mematuhi syariah. Cerita tentang sahabatnya yang nak berubah menuju jalan Allah, nak baca Quran. Tentang persandingan, bagaimana seharusnya dilakukan.



Lepas tu ada jugak cerita doktor ni digoda pesakit yang masih bersekolah. Cerita tentang pesakit yang cucuk dirinya sendiri.



Sangat-sangat menarik dan sangat-sangat disarankan untuk dibaca. Nak bagi sinopsis pun susah sebab cerita dia tak rumit sangat, cuma cerita tentang kehidupan sehari-harian seorang doktor praktikal.



Sekian, selamat membaca. Assalamualaikum :)

20130116

Sanah Helwa, Anis

♥¸.•*۰۪۪۫۫♥۰*•.¸♥