Facebook Badge

20120428

Rencana, Takdir dan Cinta



۞ ﺒﺴﻢ ﺍﷲ ﺍﻠﺮﺤﻤٰﻦ ﺍﻠﺮﺤﯿﻢ ۞

Andai kamu merasakan bahwa panas terik matahari itu membahang dan kamu sudah tidak tertahan oleh kepanasannya, maka ketahuilah bahwa kedinginan salju itu akan bisa membunuh kerana sifat dinginnya sampai membeku.

Andai kamu merasakan bahwa tanah yang kamu pijak waktu ini kering sehingga kemarau, sehingga kamu tidak bisa dapat bertahan dengannya, maka ketahuilah bahwa hujan bisa menyebabkan terjadinya banjir lalu musnah seperti tsunami melanda.

Andai kamu merasakan bahwa kabus itu kabur, ketahuilah bahwa dia pasti akan menjadi terang sesudah datangnya mentari mencipta tujuh warna pelangi untuk menghiasi cakerawala langit yang indah

Andai kamu merasakan takdir itu kamu yang memilihnya, ketahuilah bahwa takdir itulah yang memilihmu.

Lalu bagaimanakah konsep takdir yang harus bisa kita terima?

Hanya Allah yang memiliki dan mencipta takdir kita. Hanya Allah yang paling terhebat dalam merencana. Apa yang berlaku dalam hidup kita sejak azali lagi merupakan rencana yang sudah direka awal oleh-Nya.

Kita juga punya rencana. Tetapi rencana yang kita cipta bukan untuk diri kita semata. Tetapi untuk menyesuaikan dengan rencana Allah yang sudah lama tercipta buat kita.

Lalu, sekalian takdir sudah memilih diri kita, begitu banyak perbezaannya. Kadang, kita harus menerima apa yang tidak pernah kita minta. Kerana, setiap kejadian sudah terencana.

Dan, rencana kita adalah selayaknya untuk disesuaikan dengan rencana Allah. Bukan hanya untuk diri sendiri, bukan hanya amal di mata manusia. Tetapi, untuk apa lagikah selain untuk redha dari-Nya?

Andai kehidupan ini sudah terencana sepenuhnya lalu dicatat di Lauh Mahfuz, mengapa perlu kita ada rencana sendiri? Mengapa perlu kita disuruh usaha dan bekerja? Bukankah semua sudahpun tertulis dalam rencana Allah? Cuma, kita tidak tahu apa sahaja rencana yang Allah telah lakarkan.

Kamu hanya perlu bayangkan, kalau kesemua takdir kita telah diketahui sejak azali, apalah gunanya hidup ini lagi? Sudah tentu hidup ini tidak enak kerana tak punya 'surprise' yang mengejutkan. Kalau berita gembira datang menerpa, kita tidaklah segembira mana. Kalau berita sedih datang membondong, kita juga sudah pasrah. Kerana kita sudah tahu takdir kita dari awal lagi. Sungguh jelikkan kalau hidup diciptakan begitu? S
udah tentu kita tak mengenal erti usaha, erti cinta. Dan sudah tentulah kita takkan pernah kenal erti pengorbanan.

Begitu juga dengan cinta. Mata yang memandang menimbul rasa cinta. Telinga yang mendengar menimbul rasa cinta. Kebersamaan dengan kerap menimbul rasa cinta. Namun cinta pada Pencipta agak sukar dilaksanakan. Mengapa?

Kerana kita tidak menjadikan cinta itu sebagai kata kerja. Andai kamu mencintai seseorang, kamu bisa mengatakan "Saya tidak cinta dia", kerana cinta itu kata kerja. Andai kamu tidak mencintai seseorang, kamu juga bisa mengatakan, "Saya mencintai dia", kerana cinta itu kata kerja.

Cinta sang sahabat pada Allah dan Rasul-Nya langsung tidak diendah segala lelah, beban, dan derita. Mereka mengerjakannya kerana patuh, taat seadanya. Apa saja yang bakal diperintahkan Allah dan Rasul-Nya kepada mereka, mereka akan berkata"Kami dengar dan kami taat.." (Q 2:275) dan mereka tidak punya alasan untuk ingkar dan mengeluh

Umar Al-Khattab berkata kepada Rasulullah SAW: "Ya Rasulullah, sungguh aku mencintaimu sepertimana aku mencintai diriku sendiri."

Rasulullah tersenyum kemudiannya berkata; "Wahai Umar, aku seharusnya lebih kau cintai dari diri dan keluargamu."

Lantas Umar menjawab; "Ya Rasulullah, mulai hari ini engkau lebih kucintai dari semua yang ada di dunia ini." 

Nah, itulah erti cinta yang didefinisikan oleh sang sahabat. Kerana cinta yang seharusnya dituntut di dunia ini bukan 'perasaan cinta'. Tetapi 'kerja cinta'. Cinta itu sudah meraja di dalam hati. Tapak untuk sang cinta di dalam hati. Maka, tugas kita adalah untuk mengerjakan cinta dan menggerakkannya.




Ya, cinta itu benar-benar indah andai kau bisa mengerjakannya :)

7:16 pm, Isnin,
Kuala Lumpur.



Nota 1: Artikel ini telah di 'translate' ke dalam Bahasa Inggeris oleh Arif Abdullah. Saya sangat terharu kerana tulisan saya sudi diterjemah. Sangat-sangat menghargai. Terima kasih akhi. Hanya Allah dapat membalas jasa baik akhi. Sebarkanlah apa yang bermanfaat. Semoga Allah meredhai semuanya :)


Nota 2: Al-fatihah buat Arwah Syeikh Fathi Yakan atas pemergiannya semalam. Terlalu banyak dan besar pengorbanannya buat umat Islam sehingga hari ini. Ya syeikh, semoga Allah merahmatimu dan menempatkanmu di kalangan orang-orang yang soleh..





20120324

Bila Rindu, Bagaimana Menguruskannya?

♥¸.•*۰۪۪۫۫♥۰*•.¸♥

Dari Blog Fatimah Syarha



Contoh situasi:

“Awak padan betul dengan lelaki tu. Diapun macam sukakan awak,”

“Astargfirullah!Bantulah saya jaga hati. Boleh kita cakap soal studi?

“Kenapa bila saya sebut namanya, awak istighfar? Awak mesti anggap ini zina hati. Awak mesti anggap ini berdosa. Awak mendosakan diri dengan apa yang bukan dosa?”

“Saya yang anggap atau awak yang anggap? Sering kali kita dianggap dengan apa yang tidak kita maksudkan.”

“Tapi, betul tak awak anggap ia zina hati?”

“Hati kita perlu dijaga bukan sahaja daripada zina hati bahkan daripada perkara yang menghampirinya.”

“Hatipun ada dosa?”

“Jika awak tanya dari sudut feqah, feqah tidak cover soal hati. Feqah soal amalan zahir yang nampak sahaja. Tapi jika awak tanya dari sudut akhlak, tasauf dan tauhid, ia sangat erat dengan soal hati.” 

“Hah? Patutlah ada orang titik beratkan soal amalan luaran sahaja, bukan soal hati.”

“Perlaksanaan hukum feqah yang ideal sepatutnya tidak terpisah daripada tasauf dan tauhid. Mengambil kira akidah, akhlak dan syariah.”

“Apa dosa hati?”

“Banyak penyakit seperti ghaflah (lalai), ujub, riyak, takbur dan lain-lain yang senang singgah pada hati. Hati kita ibarat raja[1]. Jika baik raja, baiklah rakyatnya berupa tangan, kaki, telinga dan mata. Para sahabat seperti Hanzalah[2] sensitif menjaga hati hingga menganggap diri munafik walhal tidak. Kita pula bagaimana?”

“Awak tu, sikit-sikit istighfar.”

Istighfar saya terlalu sedikit jika nak dibandingkan dengan istighfar Rasulullah[3]. Padahal, baginda ma’sum dan saya  tidak ma’sum.”

"Istighfar istighfar ni, macam haram dan berdosa je benda tu,"

"Istighfar bukan saja untuk menghapus dosa. Ia zikrullah. Tanda tunduknya hati, jiwa dan fikiran kepada Allah.Bersabda Nabi Shallallahu ‘alaihi wassalam: “Alangkah beruntungnya sesiapa yang mendapati di dalam lembarannya (amalannya), bahawa amal istighfar (nya) begitu banyak.” (Hadis riwayat Ibnu Majah). Banyak lagi fadilat istighfar dalam al-Quran dan hadis."

“Bila saya gurau-gurau gosip awak, saya sudah lalaikan awak? Apa hukumnya?”

“Ini bukan soal hukum feqah. Ini soal menjaga hubungan kita dengan Allah. Kena banyak cakap hal berfaedah. Kena sebut-sebut tentang Allah. Kena lazimi zikir dan fikir.”

“Bila saya sebut pasal dia, awak jadi teringat-ingat? Jika teringat itupun sudah termasuk zina hati?”

“Saya tidak cakap soal situasi mana termasuk dalam bab zina hati dan situasi mana yang tidak. Itu tidak membina amal. Saya cakap soal bagaimana kita nak uruskan hati apabila diuji fitrah rindu kepada bukan mahram.”

“Menguruskan fitrah?”

“Ya, fitrah itu sekelip mata boleh bertukar menjadi fitnah. Fitrah rindu boleh bertukar menjadi fitnah sobwah[4] (rindu yang cenderung kepada kebodohan). Sebab itu rindu itu elok diuruskan dengan zikrullah”

“Kalau betulpun hati awak sedang terfitnah, alah dosa kecil sahaja.”

“Ia bukan soal dosa kecil atau dosa besar. Ia soal dengan siapa kita berdosa,” 

“Apa bezanya?” 

“Dari sudut impak, apa terjadi jika kita tarik rambut adik kita dengan anggap ia cuma dosa kecil?” saya membuat analogi.

“Biasa sahaja. Dia nangis. Ibupun marah kita,” 

“Apa pula yang terjadi jika kita tarik rambut sultan dengan anggap ia dosa kecil?” 

“Sultan mesti murka. Kita kena gantung universiti. Ditarik biasiswa. Dituduh tidak beradab dan banyak lagi,”.

“Jangan main-main dengan dosa kecil,”

“Apa nak risau? Dosa kecilkan terhapus dengan wudhuk,” katanya.

“Rasulullah SAW tidak mengajar kita meremehkan dosa kecil. Sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Baginda yang ma’sum banyak beristighfar. Lagipun, adakah wudhuk kita cukup diterima di sisi Allah? Solat kitapun, jika tidak lengkap rukun fi’li, qauli dan qalbi(perbuatan, kata-kata dan hati) belum tentu menghalang daripada perbuatan keji dan mungkar.”

"Hmm, rukun qalbi sering kita lupakan sedangkan amalan sebesar gunung boleh menjadi debu-debu berterbangan tanpa lurusnya hati."

 “Jadi, persoalannya sekarang, bukan membesar-besarkan mana bab zina hati dan mana bukan. Tetapi, bertanya diri, bagaimana menjadikan rindu yang fitrah ini kekal sihat? Dengan terus melayan ingatan? Atau menyegarkan hati dengan zikrullah? Salahkah saya melazimi istighfar?” saya lontarkan lagi persoalan.

“Dalam bab couple, awak selalu berpesan supaya jaga hati. Bukankah ia fitrah. Besar sangatkah bab hati ini?”

“Ya, sudah tentu. Sebesar membaikkan seorang raja agar rakyatnya menjadi baik. Hati tempat jatuhnya pandangan Allah[5] Fitrah boleh jadi fitnah..”

“Rasululullah SAW dulu sibuk bab politik dan negara, bukan bab remeh-temeh soal hati ini.”

“Islam itu syumul, merangkumi semua. Rasulullah SAW dulu berjaya mengubah masyarakat jahiliah kerana berjaya mengubah hati. Rasulullah SAW tidak terus mengubah ‘akibat penyakit’ seperti kegawatan ekonomi yang dimonopoli Yahudi, perang saudara, minum arak, bunuh anak perempuan dan sebagainya. Tapi baginda bermula dengan ‘punca penyakit’ iaitu masalah hati. 13 tahun baginda fokus membina hubungan hati manusia dengan Allah. Menekankan akidah.“

“Kalau begitu, masalah couple yang banyak berlaku sebenarnya suatu ‘akibat penyakit’? Ia berpunca daripada ‘punca penyakit’ iaitu masalah hati?”

“Jika awak memahami begitu, barulah awak akan memahami kenapa saya selalu berpesan jagalah hati. Bukan terus-terusan menganggap saya asyik menghukum diri dengan zina hati. Firman Allah yang bermaksud: “(Hari kiamat ialah) hari yang mana tidak berguna harta dan sekalian anak pinak kecuali orang yang membawa hati yang sejahtera. (Surah al-Syu’ara 26: 88-89)”

 "Saya takut awak memayah-mayahkan Islam. Tidak ambil yang pertengahan."

"Awak berniat baik. Marilah kita saling membela mana yang benar dan saling melengkap mana yang kurang. Bukan saling menjatuhkan. Saya yakin awak tidak begitu. Awak pernah belek apa kata ketua ulama sedunia, global mufti berkenaan hukum bercinta sebelum menikah? Beliau terkenal mempromosikan fikrah pertengahan kepada dunia. Apa yang kita anggap memayah-mayahkan kadang kala itulah fikrah sebenar fikrah pertengahan."

Temui Apa kata Prof. syeikh Dr. Yusuf al-Qaradhawi tentang Bercinta Sebelum Menikah dalam SOLUSI.

[1] Sabda Rasulullah SAW, “Di dalam diri manusia ada seketul daging, jika baik daging itu maka baiklah manusia tersebut. Sebaliknya, jika jahat daging itu, maka jahat pulalah orang tersebut. Daging itu ialah jantung (hati).” (HR Bukhari dan Muslim).
(3) Maksudnya: “Sesungguhnya tertutup hatiku, dan sesungguhnya aku memohon ampun kepada Allah setiap hari sebanyak seratus kali.” (Hadis riwayat Muslim)
[4] “Allah merasa kagum kepada pemuda yang tiada padanya (sobwah), rindu yang cenderung kepada kebodohan.” (HR Ahmad).
[5] “Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada rupa paras kamu dan harta kamu tetapi melihat kepada hati-hati kamu dan amalan-amalan kamu.” (HR Muslim).

20120102

Bila Dosa Jadi Biasa


Credit : Wana93

Kini..
terlalu ramai orang yang buat dosa tetapi dianggap biasa

‘weyh kau tengok couple tu, sweetnya…’
‘cantik tak aku pakai heels ni?nampak seksi tak?’
‘aku nanti nak keluar dengan mamat tu la, boring la, nak pergi tengok wayang’
‘seronoknya cerita korea ni, cinta sejati betullah mereka ni’
‘bestnya lagu gwen steffani ni, lagu justin bieber ni pun best’

Melihat aurat walau sesama perempuan dianggap biasa..
Melihat adegan romantik di kaca tv tiada rasa malu dan bersalah malah menikmatinya..
Bergurau senda dengan yang berlainan jantina seoalah DIA tiada adalah perkara biasa..
Tidak menutup aurat dengan sempurna tiada apa yang salah..
Terpesona,lalai dan leka, terlalu mengagungkan artis dianggap hebat dan bijaksana..
Mendengar lagu cinta, yang membuat diri terleka dan terbayang adalah biasa dan membuat diri di awang-awangan merasa bahagia..
Bercinta dengan pasangan yang bukan halal dianggap cinta sejati dan bahagia..

Kini dosa dianggap biasa..
Malah keluar istilah
‘semua orang buat, tak ada yang salah pun’
Tidak pelik di mata manusia tetapi pelik di mata makhluk lain ciptaanNya.

Tidak terbit rasa bersalah dan malu kepada Pencipta.
Tidak terbit rasa menyesal dan serba tak kena pabila tidak melaksana perintahNya

Kini manusia lebih mengagungkan laranganNya
Bangga pabila telah melaksanakannya
Kehilangan dara tidak salah
Membuka aurat tidak salah
Pergaulan bebas tidak salah
semuanya biasa…

Tapi, jangan sesekali kita lupa..
Nanti di sana jangan terkejut dengan murkaNya yang luar biasa..
Tiada lagi peluang kedua..
Yang tinggal hanya Neraka..
Seakan kini manusia telah mempersiapkan diri untuk menempah nerakaNya

“Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan diminta pertanggungan jawabnya.” (Surah al-Israa : 36)
Kerana apa?
KERANA DOSA SUDAH MENJADI BIASA..
Mari sama-sama kita muhasabah diri..
Bila dosa jadi biasa, hilang rasa gerun pada Yang Maha Esa.. Bila dosa jadi biasa, hilang rasa malu dalam jiwa.. Bila dosa jadi biasa, calit hitam sudah tidak dapat dikesan  di dalam hati yang bersarang noda.. Bila dosa jadi biasa, maksiat makin melata tak kira tempat dan masa.. Bila dosa jadi biasa, semua yang haram dipandang indah di mata manusia..
Wahai hamba Ilahi
Dirimu bukan hamba kepada nafsu diri
Dirimu adalah hamba kepada Penciptamu di muka bumi

Mengapa dengan mudah dirimu bertuhankan nafsu dan syaitan?
Tidakkah dirimu merasa malu membiarkan mereka mentadbir dan merosakkanmu?
Seakan rela menjadi tunggangan dan pak turut kepada tuhanmu yang baru.

Lupakah akan asal usulmu dari setitis air mani kepada dirimu kini?
Lupakah akan taraf dirimu??
Kita hanyalah hamba. Tapi bukan hamba kepada nafsu dan syaitan. Hanya hamba kepada Allah Yang Maha Esa.. Bukankah tugas seorang hamba itu hanya akan mengikut segala perintah tuannya? Maka kita mesti menurut segala perintah Allah dan menghindarkan diri daripada segala larangan-Nya..
“Dan tiadalah kehidupan dunia ini, selain dari main-main dan senda gurau belaka. Dan sungguh kampung akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertakwa. Maka tidakkah kamu memahaminya?” (Surah al-An’am : 32)
- Peringatan buat diri sendiri yang sering lupa, lalai, leka dan alpa dengan tipuan duniawi -

20120101

Daily Quotes #11

"Sahabat yang baik itu ialah seorang yang apabila kamu memandangnya, kamu teringat akan Allah, apabila kamu dengari cakapnya, bertambah pengetahuan kamu tentang Islam, apabila kamu melihat kelakuannya kamu teringat kehidupan akhirat."

Daily Quotes #10

“Tuhan turunkan hujan, untuk membuat pelangi muncul disebalik awan. Tuhan turunkan musibah, untuk mendesak Anda supaya berubah”

Jangan Asingkan Diri Kita Daripada Islam

Credit to : FILWI




Jangan Asingkan Diri Kita Daripada Islam

Assalamualaikum ya akhi ya ukhti. ;)
Apa khabar? Sihatlah hendaknya ya!

Hari ini, saya nak cerita sedikit tentang manusia yang suka meminggirkan diri daripada Islam.

Mereka mengaku mereka Islam, namun mereka selalu terasing daripadanya. Bagaimana itu ya?

Saya bagi contoh situasi lah ya?

SITUASI 1
Mashitah pulang ke kampung semasa meraikan Hari Raya AidilFitri. Tentu sekali di kampung Mashitah ramai saudara mara dan sepupu sepapat yang pulang.
Jadi, dalam ramai ramai yang pulang itu, tentu sekali ada ramai juga saudaranya yang bukan muhrim.
Si Mashitah ini sentiasa memakai tudungnya dan tidak pernah buka di hadapan saudaranya yang bukan muhrim. Nak dijadikan cerita, adalah seorang sepupu Mashitah ini namanya Melissa berkata kepada Mashitah.
"Shitah, awak asyik pakai saja tudung tu, tak lemas ke? Tak panas?"
Mashitah pun menjawab. "Tak lah, kan ada Hadi, Hassan, Ismail...." Mashitah menyebut satu per satu nama sepupu sepupunya.
Marissa adik Melissa pun menyampuk. "Alah kak, Mashitah kan alim..."  (Nama watak adalah rekaan)

 

Rasanya pernah tak kalian semua melalui situasi begini atau mungkin banyak lagi situasi lain. Mungkin situasi yang berlaku kepada akhi di luar sana akan berbunyi begini :

SITUASI 2
Ahmad mahu ke masjid, lalu dia mengajak rakannya untuk ke masjid sama. Lalu sahabatnya mengatakan nanti sajalah, solat di rumah saja nanti. Lepas tu, ada lah satu Nas (manusia) mengatakan yang si Ahmad ni kan alim, solat mesti cepat, solat kat masjid... (Nama watak adalah rekaan(
 
Hal ini mungkin pernah terjadi kepada anda, mungkin jalan ceritanya berbeza. Namun, apa yang terjadi adalah hal yang sama.

Cuba anda renungkan, manusia begini tidakkah mereka ini sebenarnya mengasingkan diri mereka daripada islam.

 

Adakah orang alim sahaja yang akan memakai tudung dihadapan mereka yang bukan muhrim? Bukankah yang sepatutnya memakai tudung itu orang Islam, dan bukannya orang alim. Memanglah mereka itu tidak memakai tudung kerana mereka tidak alim, namun perkataan 'dia kan alim' atau yang sewaktu dengannya tidak sepatutnya wujud.

Berfikiran positif

Berfikiran positif ni susah bila kita tidak membiasakan diri kita dengan berfikiran positif. Ada banyak aspek fikiran positif ni sebenarnya. 

1. Pelajaran.
2. Persahabatan.
3. Agama.
4. Rumah tangga.
5. Pekerjaan.
6. Diri sendiri.

...dan banyak lagi.



Jadi, untuk yang pertama, dalam pelajaran, kita selalu rasa yang kita ni tak pandai. Kita sampai dah terfikir apa yang patut kita lakukan jika kita gagal dalam pelajaran nanti. Contohnya, kita akan menduduki peperiksaan SPM, kita rasa yang diri kita tak berapa pandai, sampaikan kita dah fikir, apa yang patut kita lakukan jika gagal.



Kenapa kita mesti berfikir tentang kegagalan? Itu sesuatu yang belum pasti. Kita harus yakin yang kita boleh berjaya. Kita ada peluang untuk berjaya. Jika kita berfikir tentang kegagalan, kehidupan kita sehari-harian pasti akan diselaputi pemikiran negatif. "Aku tak pandai Matematik ni, takpelah, malas lah nak buat..." 



Takkan kita nak hidup macam tu je? Walaupun keluarga kita kaya raya, ILMU itu penting. Ilmu tu penting supaya kita tak mudah ditipu dan yang paling utama, kita ni manusia, Islam, Allah suruh kita cari Ilmu. Allah dah kurniakan akal, carilah ilmu. Kita nak jadi apa? Tak nak ke jadi seseorang yang berguna kepada masyarakat?



Ilmu tu penting sebab manusia ni semuanya sama, dan yang membezakan tiap-tiap manusia itu ialah ilmunya serta imannya. Bukan pada paras rupanya. Tapi, tuntut ilmu pulak, kenalah ilmu yang bermanfaat. Ilmu yang boleh bantu kita hidup senang dunia dan akhirat.



Kalau kaya raya, tapi ilmu tak ada, orang hormat tak? Orang pandang tak? Orang pandang hartanya sajalah.



Seterusnya, yang kedua, dalam persahabatan. Kita kena berfikiran positif sentiasa. Kita ni manusia, kita hidup bukan untuk puaskan hati semua orang. Kita takkan mampu untuk lakukan semua tu. Jadi, kadang-kadang, ada yang terguris dengan kata-kata kita. 



Kita tak perlu harapkan kesempurnaan sahabat kita, kita jangan harapkan perubahan yang begitu besar pada ahabat kita kalau dah memang sifat dia begitu. Melainkan sifat dia mendatangkan kemudharatan yang sangat besar kepada diri kita.



Apa salahnya jika kita berfikiran positif sahaja jika sahabat kita lakukan kesilapan. Jika benar dia sahabat kita, dia tidak akan dengan sengaja menyakitkan hati kita. Contohnya, kita suka baca komik. Satu hari, kita ajak sahabat kita baca komik tu. "Siti, saya ada komik baru, nak baca tak?". Jadi, kawan kita jawab, "Oh, saya tak baca komik, komik banyak bahasa rojak..."



Memang kedengaran agak menyakitkan hati, tapi apa salahnya kita berfikiran positif? Tak salah kan? Benda kecik aje. Dia memberikan alasan dia, itu tidak salah. Takkan dia perlu fikir 5, 6 kali untuk mengatakan perkara tu. Kita sibuk cari kesalahan orang, terasa dengan sikap orang terhadap kita, pernah tak kita terfikir akan kesalahan kita terhadap dia? Kalau dia sedar dia salah, nanti pandai-pandailah dia minta maaf.Kalau benar dia salah, maafkan je. Senyap-senyap je maafkan. Sedangkan Nabi s.a.w kekasih Allah pun maafkan umatnya.



Ingat tak peristiwa di Thaif? Masa tu, orang-orang di Thaif kalau tak silap, mereka baling batu, kepada nabi. Sampai luka, berdarah dan kalau tidak silap, ada gigi nabi yang patah. Lepas tu malaikat datang bertanya, apakah nabi mahu jika malaikat itu menghempap orang Thaif itu dengan gunung. Tapi nabi menolak. Lihatlah, betapa sabarnya nabi.



Kalau kita terasa sangat dengan kata-kata dia, kita beritahu baik-baik, sebab orang yang sakit hatinya tanpa diketahui oleh orang yang membuat dia merasa sakit hati itu, adalah tidak baik. 



Jadi, yang lain tu , skip lah ye. Yang untuk agama, rumah tangga dan pekerjaan tu, mungkin boleh difikirkan sendiri. Yang akhir sekali, diri sendiri.




Kalau dalam situasi ni, kita kena berfikiran positif untuk menghadapi setiap cabaran dalam hidup. Contoh macam kita nak pergi sekolah. Kita takut datang lambat, dan kita terbangun lambat. Jadi, bila ayah atau ibu kita hantar pergi sekolah tu, kita takut pulak jalan jammed kan? 




Apa yang perlu kita fikir? Biasanya kita fikir, "Janganlah jalan jammed, aku tak nak lambat..."




Dekat situ kita dah fikir perkara negatif. Kita memang kata 'Jangan' tapi kita ikuti dengan perkara negatif iaitu 'jalan jammed'... 



Jadi yang negatif itu yang akan kita lakukan. Contohnya, bila saya kata "Jangan berfikir tentang kereta", jadi apa yang ada dalam fikiran kita?



Mesti kita sedang membayangkan sebuah kereta dalam minda kita kan? Jangan tipu ;)



Anda masih memikirkan tentang kereta walaupun saya kata "JANGAN..." Betul tak? Jadi, bila saya kata "Jangan berfikir", tentu hilang bayangan kereta tu daripada minda kan?



Jadi, otak kita ni berfikir secara direct. Kalau kita nak cepat, kita cakap je, "Aku akan sampai cepat..." Berfikirlah yang positif. Terus cakap apa matlamat kita.



Apa salahnya kalau kita tukar fikiran kita jadi, "Jalan lengang dan aku akan sampai cepat..."



Sama juga macam dalam pelajaran, jangan "Aku tak nak gagal..." tapi katalah "Aku akan berjaya..."



Hayati lagu yang penuh motivasi dan bermakna ini:



Fikirkan Boleh 

Jika kau fikirkan kau boleh
Kau hampir boleh melakukan
Jika kau fikirkan ragu-ragu
Usahamu tidak menentu

Jika kau fikirkan kekalahan
Kau hampiri kegagalan
Jika kau fikirkan kemenangan
Kau hampiri kejayaan

Engkaulah apa kau fikirkan
Terkandung dalam pemikiran
Kau fikir boleh melakukan
Fikirkan boleh

Percaya apa kau lakukan
Tabah apa kau usahakan
Bertindak atas kemampuan
Engkau boleh





Sekian, semoga bermanfaat untuk kita semua. Assalamualaikum ;) 

20111231

Cinta Remaja

Credit : Pencari Cinta Illahi


JAUHI MAKSIAT, JANGAN HAMPIRI ZINA!!
 Firman Allah :
“janganlah kamu menghapiri zina. Sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang buruk ( yang membawa kerosakan)” (al-Isra’ : 32 )
 Pesanan Rasulullah SAW :
“ janganlah engkau bersendirian dengan seorang wanita kecuali ketiganya dalah syaitan” (Riwayat Tabrani)
 Alangkah jelasnya sabda Rasulullah SAW :
“Kedua-dua tangan juga berzina dan zinanya adalah menyentuh. Kedua-dua kaki juga berzina dan zinanya adalah berjalan (menuju ke tempat pertemuan). Mulut juga berzina dan zinanya ialah ciuman.” ( Riwayat HR Muslim dan Abu Daud)
 “ Tidak ada yang lebih patut bagi dua orang yang saling mencintai kecuali nikah” (Riwayat Ibn Majah)
 Firman Allah :
Wahai Adam! Tinggallah engkau dan isterimu di dalam syurga serta makanlah dari makanannya sepuas-puasnya apa sahaja kamu berdua sukai, dan janganlah kamu hampiri pokok ini, (jika kamu menhampirinya) maka akan jadilah kamu orang-orang yang zalim. ( al-A’araf : 19)
 Laki-laki yang berzina tidak mengawini melainkan perempuan yang berzina, atau perempuan yang musyrik; dan perempuan yang berzina tidak dikawini melainkan oleh laki-laki yang berzina atau laki-laki musyrik, dan yang demikian itu diharamkan atas orang-orang yang mukmin. (al –Nur : 3)
Sesungguhnya laki-laki dan perempuan yang muslim, laki-laki dan perempuan yang mukmin, laki-laki dan perempuan yang tetap dalam ketaatannya, laki-laki dan perempuan yang benar, laki-laki dan perempuan yang sabar, laki-laki dan perempuan yang khusyuk, laki-laki dan perempuan yang bersedekah, laki-laki dan perempuan yang berpuasa, laki-laki dan perempuan yang memelihara kehormatannya, laki-laki dan perempuan yang banyak menyebut (nama) Allah, Allah telah menyediakan untuk mereka ampunan dan pahala yang besar. ( al-Ahzab : 35)
Dan tidaklah patut bagi laki-laki yang mukmin dan tidak (pula) bagi perempuan yang mukmin, apabila Allah dan Rasul-Nya telah menetapkan suatu ketetapan, akan ada bagi mereka pilihan (yang lain) tentang urusan mereka. Dan barang siapa mendurhakai Allah dan Rasul-Nya maka sungguhlah dia telah sesat, sesat yang nyata. (al-Ahzab : 36)
Dan jika kamu ditimpa sesuatu godaan setan, maka berlindunglah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. ( Al-A’raaf : 200 )
Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat”. ( Al-Nur : 30 )
Katakanlah kepada wanita yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya, kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putra-putra mereka, atau putra-putra suami mereka, atau saudara-saudara laki-laki mereka, atau putra-putra saudara laki-laki mereka, atau putra-putra saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka memukulkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertobatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung. ( al-Nur : 31)
 Berpeganglah pada janji Allah :
Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula). Mereka (yang dituduh) itu bersih dari apa yang dituduhkan oleh mereka (yang menuduh itu). Bagi mereka ampunan dan rezeki yang mulia (surga). ( Al-Nur : 26 )

JALAN MENUJU KE ARAH ZINA, MAKSIAT DAN DOSA
1)      Ber’couple’. Ingat,cinta yang diredhai Allah hanyalah cinta selepas nikah.
2)      Sms dan bergayut di telefon antara ajnabi (bukan mahram) tanpa sesuatu urusan yang mustahak. Sampai bila boleh jamin hati suci tanpa maksiat??
3)      Bergaul bebas antara lelaki dan perempuan. Pergi tengok wayang, pergi karaoke dengan lelaki dan perempuan. Walaupun ramai, ia tetap pergaulan bebas.
4)      Memandang ajnabi secara sengaja, berjumpa, keluar makan. Mula-mula kawan, lama-lama,jadi ‘couple’ dah. Bila dah ‘couple’, mula la nak keluar malam-malam, siang ramai orang, nak jumpa kat tempat ‘privacy’ konon. Lama-lama, jadilah benda yang tidak diingini spt bersentuhan,makin dekat n then, hanyut sama-sama.

say no to couple
LA TAKROBUZZINA

TIPS MENGELAK DIRI DARIPADA TERJEBAK DENGAN CINTA DAN ‘COUPLE’

1)      Katakan, “TIDAK” pada CINTA.
2)      Katakan “CINTA” dan “COUPLE” itu maksiat dan dosa.
3)      Katakan “CINTA” dan “COUPLE” itu menjatuhkan maruah.
4)      Jangan berbincang tentang CINTA. Tiada faedah.
5)      Jangan berkawan dengan orang yang dilamun CINTA, nanti mudah terpengaruh.
6)      Bila perasaan terlonjak-lonjak untuk bercinta, beristighfarlah mohon keampunan, mohon kekuatan menghadapi ujian.
7)      Jangan membuka ruang diri untuk berCINTA dan diCINTAI.
8)      Bila berhadapan dengan panggilan CINTA, bisikkan pada diri, “ini adalah hasutan syaitan!!”.
9)      Bila ada orang melafazkan kata CINTA, katakan, “aku takut pada larangan Allah”.
10)  INGATLAH, orang yang didesak oleh perasaannya untuk berCINTA tetapi dia melawan persaannya, iman dan hatinya sedang diuji oleh Allah, supaya Allah melihat bagaimana hamba-hambaNya berusaha mentaatiNya.
11)  INGATLAH, orang yang tinggi maruahnya tidak akan berCINTA kecuali dengan pasangan hidupnya yang sah nanti selepas ijab kabul.
12)  INGATLAH, cinta remaja tidak ada masa depannya. Tidak kesampaian jaminannya. Jika sampai ke jinjang pelamin, ianya menjadi hambar kerana semakin manis hubungan sebelum bernikah, semakin tawar hubungan selepas nikah nanti.

FAEDAH CINTA
  1. Hilang tumpuan belajar.
  2. Kekecewaan dan kegagalan.
  3. Keluh kesah dan tidak tenang.
  4. Hilang maruah diri.
  5. Kemusnahan diri.
  6. Sesat dari jalan yang lurus.
  7. Tiada rahmat dan keberkatan.
TUNJUKKANLAH BAGAIMANA TAUBAT NASUHA :
Taubat Nasuha adalah taubat yang murni. Taubat yang sebenar-benarnya. Taubat Nasuha memenuhi 3 syarat,iaitu :
1)      Tinggalkan perbuatan maksiat. Putuskan hubungan cinta yang tidak diredhai Allah ini. Berpisah kerana Allah, ada jodoh takkan ke mana!!
2)      Menyesal. Menginsafi diri di atas tindak tanduk hidup yang menjurus diri dalam lembah percintaan yang membawa ke kancah maksiat.
3)      Berazam. Bertekad di dalam hati untuk tidak akan mengulangi lagi perbuatan yang salah dan bermaksiat. Berazam untuk tidak akan bercinta lagi dengan sesiapa kecuali dengan yang halal buat diri sendiri iaitu seorang yang bernama isteri atau suami. Saatnya adalah selepas ijab kabul.
 “ Ya Allah, hambaMu ini telah tersesat jalan. Ampunilah dosa-dosa hambaMu ini. Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun dan Penerima Taubat. Berilah kekuatan kepada hamba untuk menghadapi godaan keremajaan ini. Anugerahkan kepada hamba perasaan benci kepada maksiat. Hiasilah hambaMu ini dengan akhlak yang mulia. Ibu dan ayah, anakmu berdosa. Engkau telah menjaga diriku sedari kecil dengan kasih sayang. Mengapa aku tidak membalas kasihmu?? Aku curahkan kasih itu kepada orang lain. Orang yang belum pasti lagi akan menjadi milikku. Oh Tuhan, hambaMu berdosa..ampunilah hamba, Ya Allah”
 Amin ya rabbal ‘alamin..