Facebook Badge

20120101

Berfikiran positif

Berfikiran positif ni susah bila kita tidak membiasakan diri kita dengan berfikiran positif. Ada banyak aspek fikiran positif ni sebenarnya. 

1. Pelajaran.
2. Persahabatan.
3. Agama.
4. Rumah tangga.
5. Pekerjaan.
6. Diri sendiri.

...dan banyak lagi.



Jadi, untuk yang pertama, dalam pelajaran, kita selalu rasa yang kita ni tak pandai. Kita sampai dah terfikir apa yang patut kita lakukan jika kita gagal dalam pelajaran nanti. Contohnya, kita akan menduduki peperiksaan SPM, kita rasa yang diri kita tak berapa pandai, sampaikan kita dah fikir, apa yang patut kita lakukan jika gagal.



Kenapa kita mesti berfikir tentang kegagalan? Itu sesuatu yang belum pasti. Kita harus yakin yang kita boleh berjaya. Kita ada peluang untuk berjaya. Jika kita berfikir tentang kegagalan, kehidupan kita sehari-harian pasti akan diselaputi pemikiran negatif. "Aku tak pandai Matematik ni, takpelah, malas lah nak buat..." 



Takkan kita nak hidup macam tu je? Walaupun keluarga kita kaya raya, ILMU itu penting. Ilmu tu penting supaya kita tak mudah ditipu dan yang paling utama, kita ni manusia, Islam, Allah suruh kita cari Ilmu. Allah dah kurniakan akal, carilah ilmu. Kita nak jadi apa? Tak nak ke jadi seseorang yang berguna kepada masyarakat?



Ilmu tu penting sebab manusia ni semuanya sama, dan yang membezakan tiap-tiap manusia itu ialah ilmunya serta imannya. Bukan pada paras rupanya. Tapi, tuntut ilmu pulak, kenalah ilmu yang bermanfaat. Ilmu yang boleh bantu kita hidup senang dunia dan akhirat.



Kalau kaya raya, tapi ilmu tak ada, orang hormat tak? Orang pandang tak? Orang pandang hartanya sajalah.



Seterusnya, yang kedua, dalam persahabatan. Kita kena berfikiran positif sentiasa. Kita ni manusia, kita hidup bukan untuk puaskan hati semua orang. Kita takkan mampu untuk lakukan semua tu. Jadi, kadang-kadang, ada yang terguris dengan kata-kata kita. 



Kita tak perlu harapkan kesempurnaan sahabat kita, kita jangan harapkan perubahan yang begitu besar pada ahabat kita kalau dah memang sifat dia begitu. Melainkan sifat dia mendatangkan kemudharatan yang sangat besar kepada diri kita.



Apa salahnya jika kita berfikiran positif sahaja jika sahabat kita lakukan kesilapan. Jika benar dia sahabat kita, dia tidak akan dengan sengaja menyakitkan hati kita. Contohnya, kita suka baca komik. Satu hari, kita ajak sahabat kita baca komik tu. "Siti, saya ada komik baru, nak baca tak?". Jadi, kawan kita jawab, "Oh, saya tak baca komik, komik banyak bahasa rojak..."



Memang kedengaran agak menyakitkan hati, tapi apa salahnya kita berfikiran positif? Tak salah kan? Benda kecik aje. Dia memberikan alasan dia, itu tidak salah. Takkan dia perlu fikir 5, 6 kali untuk mengatakan perkara tu. Kita sibuk cari kesalahan orang, terasa dengan sikap orang terhadap kita, pernah tak kita terfikir akan kesalahan kita terhadap dia? Kalau dia sedar dia salah, nanti pandai-pandailah dia minta maaf.Kalau benar dia salah, maafkan je. Senyap-senyap je maafkan. Sedangkan Nabi s.a.w kekasih Allah pun maafkan umatnya.



Ingat tak peristiwa di Thaif? Masa tu, orang-orang di Thaif kalau tak silap, mereka baling batu, kepada nabi. Sampai luka, berdarah dan kalau tidak silap, ada gigi nabi yang patah. Lepas tu malaikat datang bertanya, apakah nabi mahu jika malaikat itu menghempap orang Thaif itu dengan gunung. Tapi nabi menolak. Lihatlah, betapa sabarnya nabi.



Kalau kita terasa sangat dengan kata-kata dia, kita beritahu baik-baik, sebab orang yang sakit hatinya tanpa diketahui oleh orang yang membuat dia merasa sakit hati itu, adalah tidak baik. 



Jadi, yang lain tu , skip lah ye. Yang untuk agama, rumah tangga dan pekerjaan tu, mungkin boleh difikirkan sendiri. Yang akhir sekali, diri sendiri.




Kalau dalam situasi ni, kita kena berfikiran positif untuk menghadapi setiap cabaran dalam hidup. Contoh macam kita nak pergi sekolah. Kita takut datang lambat, dan kita terbangun lambat. Jadi, bila ayah atau ibu kita hantar pergi sekolah tu, kita takut pulak jalan jammed kan? 




Apa yang perlu kita fikir? Biasanya kita fikir, "Janganlah jalan jammed, aku tak nak lambat..."




Dekat situ kita dah fikir perkara negatif. Kita memang kata 'Jangan' tapi kita ikuti dengan perkara negatif iaitu 'jalan jammed'... 



Jadi yang negatif itu yang akan kita lakukan. Contohnya, bila saya kata "Jangan berfikir tentang kereta", jadi apa yang ada dalam fikiran kita?



Mesti kita sedang membayangkan sebuah kereta dalam minda kita kan? Jangan tipu ;)



Anda masih memikirkan tentang kereta walaupun saya kata "JANGAN..." Betul tak? Jadi, bila saya kata "Jangan berfikir", tentu hilang bayangan kereta tu daripada minda kan?



Jadi, otak kita ni berfikir secara direct. Kalau kita nak cepat, kita cakap je, "Aku akan sampai cepat..." Berfikirlah yang positif. Terus cakap apa matlamat kita.



Apa salahnya kalau kita tukar fikiran kita jadi, "Jalan lengang dan aku akan sampai cepat..."



Sama juga macam dalam pelajaran, jangan "Aku tak nak gagal..." tapi katalah "Aku akan berjaya..."



Hayati lagu yang penuh motivasi dan bermakna ini:



Fikirkan Boleh 

Jika kau fikirkan kau boleh
Kau hampir boleh melakukan
Jika kau fikirkan ragu-ragu
Usahamu tidak menentu

Jika kau fikirkan kekalahan
Kau hampiri kegagalan
Jika kau fikirkan kemenangan
Kau hampiri kejayaan

Engkaulah apa kau fikirkan
Terkandung dalam pemikiran
Kau fikir boleh melakukan
Fikirkan boleh

Percaya apa kau lakukan
Tabah apa kau usahakan
Bertindak atas kemampuan
Engkau boleh





Sekian, semoga bermanfaat untuk kita semua. Assalamualaikum ;) 

No comments: