Facebook Badge

20120730

Takde boyfriend takpe


Takde boyfriend takpe, kerana Allah lebih utama.

Kalau rasa kosong hati tu, bila tak ada yang nak isi, bila rasa sunyi hati tu, bila tak ada yang ketuk, ingatlah, kita ada Allah.

Kita ada Allah sejak kita belum pun lahir. Kasih sayang Allah itu, tidak terbatas mengalahkan segala-gala kasih sayang di atas muka bumi ini.

Tatkala merasa perlukan teman untuk didampingi, ingatlah, isilah hati dengan zikir-zikir kepada Rasulullah, bacalah al-quran walau hanya baris-baris surah al-fatihah atau yasin..

Telitilah maksud surah yang dibaca, nescaya hatimu, pasti tenang. Innallah hama'ssobirin.. Sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar.

Bersabarlah. Andai namanya tertulis untukmu di luh mahfuz, lambat atau cepat, dia alan hadir kepadamu.

Ini tentang masa.

Masa menagih kesabaran. Dan pada setiap kesabaran, ada ganjaran pahala.

Sebaliknya, jika dia bukan untukmu, pikatlah dia bagaimanapun, berkasihlah tanpa nikah dengannya selama mana pun, dia akan pergi jua dan yang anda dapat, hanya dosa dan kepedihan yang lebih pedih daripada pedih bersabar..

20120729

Cantik

Kata orang, cantik itu subjektif. Ia bergantung pada mata penilainya.



Kalau saya, saya memang mudah untuk mengatakan orang cantik, kerana bagi saya, semua wanita itu diciptakan cantik, tidak ada yang tidak cantik, walaupun tidak sempurna kejadiannya.



Andai kita menghina mereka, bermakna kita menghina ciptaan Tuhan yang Maha Esa. Kita mempertikaikan ciptaan Tuhan, sedangkan Allah, Maha Sempurna.



Bercerita tentang cantik, teringat saya akan satu peristiwa enam tahun lepas, masa saya dalam tingkatan satu. Kawan saya, datang menghampiri saya, di satu pondok di sekolah, yang ketika itu, saya sedang duduk sendirian.



Dia duduk berhampiran saya, dan diam seketika. Tiba-tiba, dia memulakan bicara.



"Balqis, kau cantiklah..."



Belum pernah dipuji sebegitu, lantas membuat saya malu yang teramat sangat, lalu saya berlalu dari situ, tanpa sepatah kata.



Tapi, apalah ertinya cantik, kalau iman senipis kulit bawang. Tapi, saya masih tetap merasakan yang kata-kata seperti itu, hanya kata-kata kosong.



Sebab kebanyakan yang memuji, ialah lelaki.



Pernah juga, beberapa tahun lepas, saya pergi solat tarawih bersama rakan, waktu ini ialah waktu makan. Kemudian, saya mahu mendapatkan air.



Saya hampiri budak-budak lelaki yang memegang jag air itu. Buat muka tebal.



"Nak air ke?"



"Ha'ah"



"Tapi kena bagitau dulu, kenapa awak comel.."



Mereka ni, saya kira sudah buta. Saya dikatakan comel. Memang muntah hijau.



Entahlah, pujian-pujian sedemikian, bukan buat saya tambah suka, malah makin ragu. Apa motif mereka? Saya memang tak cantik masalahnya.



Saya tak perlukan kecantikan, kerana Allah, tak pandang pun kecantikan wajah, dan wajah ini, juga dicipta Allah.



"Akak ni cantik sebenarnya, kalau akak dah berjaya nanti, mesti ramai minat dekat akak"



Yang ni, saya terima sebagai kata-kata semangat. Dan pastinya yang berkata itu, seorang perempuan. 

20120726

Tabahkan hati-hati kami

Ya Allah,
Kau tenangkanlah hati kami,
Setenang air di lautan...


Kau kuatkanlah jiwa kami,
Sekuat ikatan yang tak pernah lerai...


Kau tabahkanlah kami,
Sebagaimana kukuhnya cintaMu pada hamba-hambaMu...


Kau bahagiakanlah hati kami,
Sebagaimana bahagianya hati mereka yang bahagia...

20120721

...kerana senyum itu sunnah nabi

aku disenangi, kerana keramahanku
aku juga disenangi, kerana senyumanku
aku disayangi, kerana kebaikanku

tapi,

benarkah semua itu,
atau sekadar fatamorgana yang mengaburi pancaindera?
atau sekadar minda yang suka berhalusinasi?

suatu ketika dulu,
aku pernah terbaca
akan suatu perkara
yang mana terkandung dalam aksara-aksara itu
yang senyum itu sedekah
Nabi s.a.w sering senyum
dan kerana itu, 
baginda disenangi

lantas aku nekad,
untuk sentiasa tersenyum
kerana senyum itu sedekah
ada pahala berlindung dibaliknya

aku tidak suka dilabel sombong
sangat tidak suka
aku memang peramah

senyum itu,
langsung tidak salah,
kerana ia mampu menggembirakan hati
walau sering dihimpit duka
senyum itu bagaikan satu kapsul
yang apabila ditelan
melegakan perasaan

namun
terkadang aku silap mengorak langkah
kalau dengan bukan muhrim
tak patut aku lemparkan senyuman
tak patut aku bersikap ramah

aku harus tegar dengan kesombongan
dan kini
usaha aku
hampir mencecah tahap maksimum
aku hilangkan sedikit demi sedikit
keramahan pada yang bukan hak itu

ramah itu penting
supaya kita ramai kawan

siapa kata ramai kawan tak penting?
andai kita diburu kesulitan
kawan-kawan itulah yang akan memudahkan urusan kita

memang
Allah sentiasa ada
untuk kita

tapi
Allah juga
tak suka manusia yang sombong

mulakanlah dari sekecil-kecil perkara
untuk melakukan sunnah
nabi tak pernah sombong

tak salah kalau nak ikut cara nabi
kan?
tak boleh buat yang besar
buat yang kecil

kesombongan melampau
bagi aku mengundang padah
keramahan melampau
akan melahirkan rasa lelah

tapi
itu tidak bermakna aku harus kejang dengan wajah kelat
mencuka

senyumlah
sentiasa

kerana senyum itu
sunnah Nabi

20120709

Describe Yourself






I got Pure, Care, Honest


You?

20120708

Prasangka

Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah banyak dari prasangka, sesungguhnya sebahagian prasangka itu DOSA, dan janganlah kamu MENCARI-CARI kesalahan orang lain, dan janganlah ada di antara kamu yang menggunjing sebahagian yang lain. Apakah ada di antara kamu yang SUKA memakan daging saudaranya yang sudah mati? Tentu kamu merasa jijik. Dan bertakwalah kepada Allah, sungguh Allah Maha Penerima TAUBAT, Maha Penyayang. Al-hujurat (12)

20120702

Lelaki baik

“Untuk lelaki yang tidak menyukai kamu, memang jelas dia akan menjauhi kamu atas alasan, dia tidak suka kamu. 




Manakala untuk lelaki biasa, yang menyukai kamu, dia akan cuba mendekati kamu, dan ini pasti kamu tahu. 





Cuma lelaki yang benar-benar baik, apabila dia menyukai kamu dia akan menjauhi diri dari kamu dan inilah yang saya mahu ceritakan."





“Lelaki yang baik itu, tidak akan menyentuh kamu. Tidak akan sesekali cuba menyentuh kamu. Bukan sahaja tangan halus kamu, bukan juga 'menyentuh' mata bening kamu, tetapi yang lebih utama, dia tidak akan 'menyentuh' hati lembut kamu





Mereka tidak akan menyentuhnya selagi mana mereka tidak bersedia, dan pada ketika dia sudah bersedia, dia akan menikahi kamu dan pada saat itulah, barulah dia berani 'menyentuh' hati kamu. 





Lalu bagaimana mungkin lelaki baik tidak 'menyentuh' hati kamu sekiranya dia tidak menjauhkan diri daripada kamu? 





Sedaya upaya dia akan cuba menghindar, kerana dia tahu, pada ketika dia membuka mulutnya bagi berbicara, pada ketika itulah, bicaranya yang baik-baik akan 'menyentuh' hati kamu, dan 'mencengkam' hatinya pula. 






Terjadi rindu dan kamu pun tahu maknanya rindu kepada bukan mahram itu sangat halus sempadannya, antara rindu baik dan zina hati. 






Sangat-sangat halus, dan lelaki baik tidak mungkin mahu mengambil risiko itu.”







20120701

Status yang diangkat ke langit - sebuah cerpen


Dari blog dingin


'Maryam, terima kasih belanja saya makan. Sayang sangat dengan awak XOXO'

Itu status yang saya tulis pada wall facebook Maryam. Kawan baik saya, kawan baik yang sentiasa menggembirakan dan menceriakan saya.

'Terima kasih kepada awak juga. Ada masa kita keluar shopping lagi. XOXO'

Saya tersenyum lebar membaca komen Maryam. Ya, baru petang tadi kami berdua keluar membeli-belah, menonton wayang dan menikmati Tutti Fruti. Semuanya kerana, Maryam akan keluar negara pada esoknya, bagi melanjutkan pelajaran ke peringkat sarjana. Sesuatu yang saya hanya boleh impikan. Namun saya tetap mendoakan dia berjaya.

Berbekalkan keceriaan petang tadi, semangat saya bermain Facebook ikut meninggi. Pada ketika saya tersenyum penuh semangat itulah, saya terbaca sesuatu yang membuatkan senyuman saya hilang. 

Benar, perempuan yang menutup aurat tidak menjanjikan dirinya selamat daripada nafsu lelaki, tidak juga menjanjikan hatinya baik, dan benar ia tidak menjanjikan dirinya akan bahagia. Tetapi perempuan yang menutup aurat sudah menjanjikan dirinya bebas daripada dosa membuka aurat.

Membaca status Facebook dia, membuat hati saya tiba-tiba mengembang, seperti ekor kucing yang kembang ketika bertemu lawan.

Entah mengapa, tindakan pertama saya adalah segera membetul-betulkan rambut yang menutup mata saya. Tetapi masih juga ia lepas bebas. Getah di atas meja saya capai, ikat dirambut terus jadi 'ekor kuda'. Sepatutnya hati saya puas kerana berjaya menjinakkan rambut saya yang asyik mahu menutup mata, tetapi bukan hal rambut itu yang mengganggu, namun status facebook itu yang membuat geram saya menyala-nyala.

Bukan saya tidak kenal siapa yang menulis status itu. Selain Maryam dia juga adalah kawan baik saya, namanya Nadina. Ketika itu kami bertiga sangat rapat dan ke mana-mana sahaja bertiga. Dahulu, wah dia bukan main lagi fesyennya. Bajunya adalah seketat-ketat baju yang ada, seluarnya juga biar nampak paha. Rambutnya walaupun Melayu, tidak pernah saya lihat hitam.

Anehnya, entah bagaimana dia boleh berubah bertudung litup sampai ke pinggang. Wajahnya tidak ada lagi bedak tebal dan bibirnya cukup sekadar pelembap bibir.

Memanglah, itu bagus dan saya tidak ada apa-apa dengan perubahan dia, tetapi perlukan status-status facebooknya asyik berdakwah? Asyik menyentuh berkenaan aurat. Kalau sekali dua, tidak mengapalah, tetapi kalau sudah sehari empat lima kali? Nampak benar mahu menyindir.

Geram betul hati saya. Kalau mahu menutup aurat, tidak perlulah buat status menyindir. Lalu, dengan geram saya yang tidak tahu mahu dihala ke mana, terus saya tergoda menulis komen di bawah status itu. 

'Kalau kita dahulu ada kawan yang rambutnya merah, baju seluar ketat tiba-tiba tulis status pasal tutup aurat, apa hukumnya ustazah? Bolehkah kita kata dia riak atau munafik?'

Selepas menekan 'enter', hati saya berasa sangat puas. Melebar senyum saya, sama lebarnya dengan daun keladi.

Seketika itu juga telefon saya berbunyi dan tertera nama 'Nadina'. Selepas memberi salam dan menjawab salam, dan selepas bertanya khabar dan menjawab khabar, terus Nadina kepada niat hatinya menelefon saya. Saya tahu pasti ia ada kaitan dengan komen saya pada statusnya.

“Saya mohon kepada kamu, usahlah buka masa silam saya. Aib saya itu, sudah membuat malam-malam saya jadi perit, jadi sebagai kawan saya mohon usahlah kamu tambahkan perit malam-malam saya.”

Saya tersenyum kecil. Tetapi dalam masa yang sama, mendengarkan suaranya yang merayu membuat hati saya lembut dan serba-salah. Tetapi pada ketika mata saya menatap statusnya, hati saya kembali keras dan tajam.

“Bukan mahu buka aib kamu, tetapi saya meluat betul lihat status-status kamu yang 'macam baik'. Kamu tidak takut jadi riak?” Puas betul hati saya berkata begitu. Entah apa sebabnya, tidaklah saya tahu.

“Terima kasih kerana mengingatkan. Ternyata kamu memang sayang saya. Saya akui saya memang masih belajar, dan banyak saya tidak tahu. Saya masih jahil. Mungkin kamu benar. Tanpa saya sedar, saya menulis dengan rasa riak. Namun, perkara besarnya, walau sejahat manapun kita, walau sekeji manapun kita, selagi mana agama kita Islam, menganjurkan berbuat baik itu perlu. Itulah yang saya perbuat. Walaupuh saya tahu diri saya hina, tetapi bukan bermakna saya tidak layak untuk berkongsi pesan.”

Itu kata-kata dia. Saya senyum. Saya tahu apa yang perlu saya jawab. Saya segera menaip sesuatu pada google, dan saya terjumpa hadis ini.

“Maksud Hadis Nabi SAW: “Pada hari kiamat seorang dihadapkan dan dilempar ke neraka. Orang-orang bertanya, ‘Hai Fulan, mengapa kamu masuk neraka sedang kamu dahulu adalah orang yang menyuruh berbuat ma’ruf dan mencegah perbuatan munkar?’ Orang tersebut menjawab, ‘Ya, benar. Dahulu aku menyuruh berbuat ma’ruf, sedang aku sendiri tidak melakukannya. Aku mencegah orang lain berbuat munkar sedang aku sendiri melakukannya.” (HR Muslim)

Tanpa bertangguh, segera saya membacakan hadis itu kepada dia. Beruntung sungguh zaman sekarang ada internet, semua manusia boleh sekelip mata menjadi ustaz dan ustazah. Ada juga yang menggelarkannya ustaz dan ustazah internet, elektrik dan google.

Nadina diam. Saya tersenyum nipis. Saya kembali menyambung, “Kamu menyuruh orang berbuat baik tetapi, bagaimana dengan diri kamu sendiri? Adakah sudah baik?”

Dan pada ketika saya berfikir dia sudah mengaku kalah, dia kembali berkata,

“Maafkan saya, saya memang betul jahil berkenaan hadis itu. Terima kasih kerana mengingatkan. Mendengar hadis itu, saya memahaminya sebagai, dahulukan perbuatan baik itu sebelum bercakap berkenaannya. Itu yang saya usahakan, sedaya upaya cuba lakukan. Saya usaakan juga tidak bercakap berkenaan perkara yang saya tidak lakukan. Sekiranya kamu melihat percakapan saya mendahului perbuatan saya, tegurlah saya.”

Sekarang saya pula hilang kata-kata. Rasanya ada sesuatu dalam hati saya, mahu saya ucapkan tetapi entah mengapa saya tidak mampu menjadikan ia sebagai sesuatu yang objektif. Pada ketika itulah, Nadina menyambung dengan nada yang takut-takut,

“Berkenaan hadis itu, rasa bersalah pula pandai-pandai memahaminya begitu. Nanti saya tanyakan lagi kepada ustaz berkenaan tafsirnya. Tidak berani saya mahu mentafsirnya sendiri. Namun, saya juga sebenarnya terkesan dengan kata-kata Hassan Al Banna, sekiranya semua manusia menunggu dirinya sempurna bagi berbuat kebaikkan, maknanya tidak akan ada pendakwah.”

Jelas, Nadina khuatir kerana dia mengerti, dia kurang ilmu sehingga nada suaranya takut-takut. Dan saya pula terus mencari di Google, mahu memastikan yang Nadina tidak sekadar bercakap berkenaan Hassan al Banna dan saya menemukan petikan lengkapnya.

"Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bermakna aku yang terbaik dalam kalangan kamu. bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri.seandainya seseorang itu hanya akan dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yang memberi peringatan." - Hassan al Basri.

“Bukan Hassan al Banna, tetapi Hassan al Basri!” Saya tersenyum lebar dan terdengar juga gelak kecil saya.

“Maafkan saya, salah saya.” Pantas Nadina menjawab.

Itu membuatkan saya berasa semakin menang ke atas Nadina. Anehnya tetap sahaja geram dalam dada saya semakin mengembang, namun tetap juga saya tidak ada hujah sambungan. Akhirnya saya berkata, “Saya bukan tidak suka status kamu, tetapi buatlah secara berhikmah. Saya berasa disindir-sindir.”

“Maafkan saya. Selepas ini saya cuba menulis status yang lebih baik.”

Entah ke berapa kali dia meminta maaf. Hakikatnya, hati saya sedikit lembut dengan permintaan maafnya. Namun, tetap ada sesuatu yang tidak beres dalam hati saya.

“Kalau kamu tulis status biasa-biasa sahajakan boleh. Buatlah macam manusia normal,” cadang saya pula. Yalah, meluat benarlah saya membaca status-statusnya itu. Sepertinya dia adalah ustazah robot.

“Bukan apa, saya cuma terfikir, setiap kali saya menulis status, ia adalah status terakhir saya. Jadi apa yang saya mahu orang baca berkenaan diri saya sekiranya saya sudah tiada di dunia? Setidak-tidaknya status terakhir itu mampu memberi pahala kepada saya.”

Saya tergelak kecil mendengar kata-kata Nadina. Sampai begitu sekali kompleks fikirannya. Lalu saya menjawab, “Mengapa awak tidak delete sahaja akaun facebook awak? Lagi senang. Tidak perlu mahu fikir berkenaan status apa yang mahu ditulis.”

Nadina diam, dan saya berasa sudah menjadi juara. Perlahan-lahan dalam hati saya terbit kata-kata, “Padan muka kau!”

“Terima kasih atas cadangan. Saya fikir, ia adalah cadangan yang terbaik. Terima kasih sekali lagi. Nanti saya fikirkan.”

Itulah kata-kata akhir Nadina yang sempat saya dengar, sebelum dia memberi salam, dan sebelum saya berasa sangat menyesal.

Status akhir. 

Esoknya, pada ketika saya membuka facebook, pertama sekali yang saya baca adalah status Nadina.

'Di tepi sebuah pantai ada banyak tapak sulaiman yang terdampar dibawa arus ombak. Seorang anak kecil berusaha mencampakkan kembali tapak sulaiman itu ke laut, bagi memastikan ia terus hidup. Seorang lelaki tua memerhatikannya lalu berkata,

“Buat apa kamu campak ke laut? Kamu tidak akan mampu mencampakkan semuanya ke laut. Ada beribu-ribu. Buat penat kamu sahaja.”

Anak kecil itu terus tekun dengan kerjanya sebelum memandang lelaki tua itu.

“Memang saya tidak mampu, tetapi setidak-tidaknya perbuatan saya ini bermakna kepada seekor tapak sulaiman ini,” kata anak kecil itu sambil mencampakkan tapak sulaiman di tangannya ke laut.

Itulah hidup kita manusia, memanglah kita tidak mampu berbuat baik kepada semua perkara, tidak mampu berbuat baik kepada semua manusia, tetapi tetapkan dalam hati bagi terus berbuat kebaikkan. Setidak-tidaknya, akan ada seseorang yang melihat tindakkan kita itu bererti kepada dirinya.”

Boleh tahan juga panjang status Nadina. Kemudian saya membuka pula PM saya dan ada PM Nadina. 

“Assalamualaikum. Semoga hari kita berada dalam reda Allah. Selepas memikirkannya, saya tidak jadi menutup facebook saya. Ini kerana, saya tidak menjadikan diri saya mudah dihubungi. Saya tidak ada blog yang bagi menulis, tidak ada pejabat, tidak ada laman web. Hanya ada facebook dan hanya itulah ruang dan peluang saya. Jadi saya mahu menjadi budak kecil yang mencampakkan tapak sulaiman ke laut. Mungkin sahaja, tindakan saya dalam facebook langsung tidak bererti kepada semua manusia, tetapi saya yakin ia sangat bererti untuk malaikat yang berada di bahu kiri kanan saya.”

Saya terdiam. Berulang-ulang kali jugalah saya membaca PM Nadina sambil tersenyum-senyum, dan hati berkata, “Ada juga orang seperti ini di dunia.”

Namun akhirnya senyuman saya pudar pada saat membaca status terbaru pada akaun facebook Nadina.

“Innalillah hiwa inna ilai hiroji’un. Baru mendapat khabar, teman baik kita Maryam binti Syukur sudah kembali kepada Penciptanya. Beliau kemalangan semasa menuju ke lapangan terbang. Al Fatihah.”

Berdegup kencang jantung saya dan segera saya ke akaun facebook Maryam, dan pada status terakhirnya saya membaca,

Kata-kata yang saya ambil daripada status Nadina,
'Benar, perempuan yang menutup aurat tidak menjanjikan dirinya selamat daripada nafsu lelaki, tidak juga menjanjikan hatinya baik, dan benar ia tidak menjanjikan dirinya akan bahagia. Tetapi perempuan yang menutup aurat sudah menjanjikan dirinya bebas daripada dosa membuka aurat.' 

Pada ketika itu jugalah air mata saya mengalir seperti tidak akan mahu berhenti. Itulah status terakhir Maryam, dan apa yang saya bualkan dengan Nadina, terus kembali terulang di telinga.

Roses

#No.1


:
:
:
:
:
_DSC0997








#No.2

:
:
:
:
:
:
:

_DSC0999









#No.3

Batu Menangis, 
Bangi,
1 Julai 2012

Fikrah

Apa yang kita anggap memayah-mayahkan kadang kala itulah fikrah sebenar fikrah pertengahan