Facebook Badge

20120721

...kerana senyum itu sunnah nabi

aku disenangi, kerana keramahanku
aku juga disenangi, kerana senyumanku
aku disayangi, kerana kebaikanku

tapi,

benarkah semua itu,
atau sekadar fatamorgana yang mengaburi pancaindera?
atau sekadar minda yang suka berhalusinasi?

suatu ketika dulu,
aku pernah terbaca
akan suatu perkara
yang mana terkandung dalam aksara-aksara itu
yang senyum itu sedekah
Nabi s.a.w sering senyum
dan kerana itu, 
baginda disenangi

lantas aku nekad,
untuk sentiasa tersenyum
kerana senyum itu sedekah
ada pahala berlindung dibaliknya

aku tidak suka dilabel sombong
sangat tidak suka
aku memang peramah

senyum itu,
langsung tidak salah,
kerana ia mampu menggembirakan hati
walau sering dihimpit duka
senyum itu bagaikan satu kapsul
yang apabila ditelan
melegakan perasaan

namun
terkadang aku silap mengorak langkah
kalau dengan bukan muhrim
tak patut aku lemparkan senyuman
tak patut aku bersikap ramah

aku harus tegar dengan kesombongan
dan kini
usaha aku
hampir mencecah tahap maksimum
aku hilangkan sedikit demi sedikit
keramahan pada yang bukan hak itu

ramah itu penting
supaya kita ramai kawan

siapa kata ramai kawan tak penting?
andai kita diburu kesulitan
kawan-kawan itulah yang akan memudahkan urusan kita

memang
Allah sentiasa ada
untuk kita

tapi
Allah juga
tak suka manusia yang sombong

mulakanlah dari sekecil-kecil perkara
untuk melakukan sunnah
nabi tak pernah sombong

tak salah kalau nak ikut cara nabi
kan?
tak boleh buat yang besar
buat yang kecil

kesombongan melampau
bagi aku mengundang padah
keramahan melampau
akan melahirkan rasa lelah

tapi
itu tidak bermakna aku harus kejang dengan wajah kelat
mencuka

senyumlah
sentiasa

kerana senyum itu
sunnah Nabi

No comments: