Facebook Badge

20120729

Cantik

Kata orang, cantik itu subjektif. Ia bergantung pada mata penilainya.



Kalau saya, saya memang mudah untuk mengatakan orang cantik, kerana bagi saya, semua wanita itu diciptakan cantik, tidak ada yang tidak cantik, walaupun tidak sempurna kejadiannya.



Andai kita menghina mereka, bermakna kita menghina ciptaan Tuhan yang Maha Esa. Kita mempertikaikan ciptaan Tuhan, sedangkan Allah, Maha Sempurna.



Bercerita tentang cantik, teringat saya akan satu peristiwa enam tahun lepas, masa saya dalam tingkatan satu. Kawan saya, datang menghampiri saya, di satu pondok di sekolah, yang ketika itu, saya sedang duduk sendirian.



Dia duduk berhampiran saya, dan diam seketika. Tiba-tiba, dia memulakan bicara.



"Balqis, kau cantiklah..."



Belum pernah dipuji sebegitu, lantas membuat saya malu yang teramat sangat, lalu saya berlalu dari situ, tanpa sepatah kata.



Tapi, apalah ertinya cantik, kalau iman senipis kulit bawang. Tapi, saya masih tetap merasakan yang kata-kata seperti itu, hanya kata-kata kosong.



Sebab kebanyakan yang memuji, ialah lelaki.



Pernah juga, beberapa tahun lepas, saya pergi solat tarawih bersama rakan, waktu ini ialah waktu makan. Kemudian, saya mahu mendapatkan air.



Saya hampiri budak-budak lelaki yang memegang jag air itu. Buat muka tebal.



"Nak air ke?"



"Ha'ah"



"Tapi kena bagitau dulu, kenapa awak comel.."



Mereka ni, saya kira sudah buta. Saya dikatakan comel. Memang muntah hijau.



Entahlah, pujian-pujian sedemikian, bukan buat saya tambah suka, malah makin ragu. Apa motif mereka? Saya memang tak cantik masalahnya.



Saya tak perlukan kecantikan, kerana Allah, tak pandang pun kecantikan wajah, dan wajah ini, juga dicipta Allah.



"Akak ni cantik sebenarnya, kalau akak dah berjaya nanti, mesti ramai minat dekat akak"



Yang ni, saya terima sebagai kata-kata semangat. Dan pastinya yang berkata itu, seorang perempuan. 

No comments: