Facebook Badge

20130805

Dah berapa juzu' ?

Salam alayk. May blessing of Allah always be with you.



Ada yang bertanya pada saya, "Awak dah berapa juzu'?"



Macam nak menangis dengan pertanyaan ni. Melihat luaran saya. Penampilan saya.
Oh, saya ni banyak ilmu kot. Quran dalam kepala.



Allah, sedih :'(



Allah saja yang tahu tentang diri saya. 
Allah je yang tahu kisah saya. Semua tu juga aturan Allah. 



Jadi, jika ada yang bertanya,
Saya bukan hafizah. Satu juzu' pun belum.



Kalau surah-surah kecil bolehlah tanya.




Kadang sampai risau. Rasa tak mahu ada penampilan begini.
Kalau saya boleh ulang waktu, saya berharap yang saya bersekolah di sekolah agama atau tahfiz.
Saya berharap semua tu.




Memang eager sangat nak masuk. Dari dulu.
But Allah's plan, who knows?




Saya orang biasa. Sekolah biasa. Keluarga biasa.
Semuanya biasa-biasa.



Ini pilihan saya. Saya yang mahu berjubah. Saya yang mahu bertudung labuh. Saya yang mahu berpurdah.



Dengan izin Allah, saya minta, maka Allah hadirkan keinginan tu.
Semua dari Allah.




Back to the story, saya memang nak sangat jadi hafizah. Saya memang nak sangat belajar al-Quran sungguh-sungguh. 



Ya Allah, bila lihat di tv, kanak-kanak kecil hafal ayat Quran, bijak baca Quran, jadi terharu sangat.
Jadi sedih. Gembira. Cemburu. Bercampur-campur perasaan.




Hebatnya mereka.
Teringin :')

2 comments:

Budak Mechy said...

Assalamua'laikum..

Izinkan saya utk meninggalkan sedikit komen.

Balqis, awk bukan dari keluarga yg biasa. Sekolah awak pun bukan sekolah biasa. Apa tah lagi awk, bukan biasa-biasa.

Siapa awak pada hari ini, berkait pada hari semalam. Sekolah, pengalaman, keluarga atau sesiapa pun yang awak jumpa pada hari-hari semalam, semuanya memberikan kesan kepada awak- cuma kecil atau besar, sedar atau tidak. Semua yg dijadikan Allah punyai sebabnya dan saya yakin punyai kebaikannya hatta sekecil atom sekalipun.

Hebatnya kita pada pandngan Allah bukan letaknya padaa hebatnya keluarga ataupun hebatnya sekolah. Saya yakin awak tahu itu. TAKWA itu shaja caranya.

Saya gembira melihat awak dibesarkan dalam keluarga itu kerana melalui mereka jugalah, Allah sampaikan rahmatNya kepada Allah. Melalui pengalaman di sekolahlah, Allah salurkan rahmatNya.

:-) inshaaAllah, keinginan awak utk jadi hafizah itu akan dibantu Allah. Cuma jalannya bukan jalan biasa. Tapi melalui jalan luar biasa, krn awk sendiri seorang yg luar biasa.

inshaaAllah

NazatulNajzan said...

Syukran awak :')