Facebook Badge

20130522

Esok Nikah


Kalau kita nak jawab exam, bukannya esok nak jawab hari ni baru belajar. Begitu juga dengan ilmu perkahwinan, bukannya esok nak kahwin, hari ni baru belajar, ataupun belajar selepas berkahwin. PERSEDIAAN itu penting untuk membina keluarga sakinah. 




Tak kisahlah berapa pun umur kita. Tak kisahlah kita belum ada calon sekalipun. ILMU tu yang penting.



Perkahwinan bukan semata-mata untuk menghalalkan persetubuhan, tetapi perkahwinan juga adalah untuk membina UMMAH. Ummah yang cemerlang. Perkahwinan bukanlah medan perjudian takdir. Semua orang mampu mengecap bahagia dalam perkahwinan andai kena caranya.



Hidup berumahtangga sepatutnya menjadi satu syurga dunia, bukan punca derita. Bila tiada persediaan, itulah yang berlaku keretakan dalam rumahtangga.






Persediaan ini bukan sahaja tentang wang. Ada yang jauh lebih penting daripada wang. Bukannya wang tidak penting, tetapi ada yang jauh lebih pening dari itu, iaitu emosi, rohani, iman, amal dan mental. Aspek-aspek abstrak seperti ini perlu diberi penekanan.



Adakah kita mampu mengawal emosi? Adakah rohani kita sudah cukup baik? Adakah iman kita sudah sentiasa ditingkatkan? Adakah amal kita sentiasa ditambah? Adakah mental kita sudah cukup mantap?





Seperti yang pernah dikatakan oleh seorang penulis, Hilal Asyraf, ilmu berkaitan perkahwinan ini sepatutnya diajar sejak tingkatan satu lagi.

No comments: