20140419

Pilihan.

Assalamualaikum wbt.
 
Lama sangat saya tidak menulis. Idea ada. Tapi nak karang mati akal. :)
 
 
In shaa Allah, Alhamdulillah.
Sebulan lebih saja lagi saya akan bernikah. Allahu rabbi. Hanya Allah tahu perasaan saya. Bercampur-campur.
 
Saya terharu, saya bahagia, saya gembira, saya sedih, saya risau.
 
Iya saya risau. Apa dia akan setia bersama saya? Apa pilihan saya ini tepat?
 
Ya Allah, jika pernikahan ini baik buat diri ku, buat agamaku, buat keluargaku, dan buat ummah, seluruhnya Ya Allah, maka kau permudahkanlah semua.
 
Apa yang sungguh merisaukan hati saya yang paling dalam, adakah saya akan bertahan dengan perjuangan nanti. Adakah perjuangan kami bakal berbeza? Apakah perjuangan dia perjuangan yang benar?
 
Saya masih keliru semuanya.
 
Saya keliru dengan jemaah. Awal-awal dulu, saya sangka jemaah, hanya jemaah. Kitalah jemaah. Sungguh saya tidak memahami akan ini semua.
 
Sekarang, banyak pula yang mendedahkan saya dengan perjuangan. Allahu rabbi. Allahu rabbi. Apa boleh saya terima perjuangan dia?
 
Allah.
 
Saya tenang dengan dirinya, kerana terlalu banyak kebaikannya.
 
Sukar sekali untuk jumpa lelaki tidak merokok.
Sukar sekali untuk jumpa lelaki rajin ke masjid.
Sukar sekali untuk jumpa lelaki rajin berjemaah dan solat seawal waktunya.
Sukar sekali untuk jumpa lelaki yang sungguh cinta pada ibunya.
Sukar sekali untuk jumpa lelaki yang amal sunnah-sunnah baginda.
 
Ah, dia cukup sempurna. Sempurna buat saya.
 
Bagaimana dia terima kekurangan saya, begitulah saya terima kekurangan dia.

Tapi mungkin kini saya mampu berkata-kata sedemikian. Tapi, apa mampu saya bertahan? Ya Allah, jadikan hatiku tawadhuk di jalanMu.

Janganlah, janganlah jika aku melihat orang lain jadi doktor, aku membanding-bandingkan dengan dia.

Janganlah jika aku melihat orang lain jadi engineer hebat, jadi usahawan hebat, punya banyak harta, aku membanding-bandingkan dengan dirinya.

Ya Allah, kesungguhan dia. Kesungguhan dia melakukan apa saja, untuk pastikan aku jadi suri hidupnya. Itu saja sudah cukup jadi bukti, dia benar-benar sayangkanku Ya Allah.

Biarlah. Biarlah dia biasa-biasa. Tidak terkenal di mata manusia. Tiada harta, tiada nama, tiada kuasa. Itu lebih indah buatku.
 
Tapi, masih lagi jauh di sudut hati, mengharapkan satu fikrah yang jelas dan jernih.
 
Entah bagaimana nanti bila ada yang menemani hidup saya?
 
Allah.. adakah tepat pilihan aku ini?
 
Rasanya, saat ini insan lain sedang memantapkan keperibadian, sedang membina sifat kepimpinan, sedang berjuang di jalan Allah, sedang membina kemajuan diri, apakah pilihan saya ini salah?
 
Kelihatannya saya tidak mampu berbuat apa-apa. Saya tidak menjadi pemimpin. Saya lemah. Saya manja.
 
Saya lihat, wanita lain, di organisasi Universiti ini, terlibat dalam Mahasiswa Kolej, terlibat dalam Perwakilan Pelajar.
 
Allahu rabbi.
 
Saya kosong. Kosong.
 
Saya tak menyumbang apa-apa. Saya lemah. Saya manja.
 
Mereka sangat hebat, mengundang rasa kagum dalam diri saya. Dan saya, di mana saya?
 
Masih mengharapkan insan lain membantu diri?
 
Allah, apa sumbangan aku untuk agama Mu..

No comments: