Facebook Badge

20140526

Rindu pada keasingan.

Saat-saat yang paling mendamaikan ialah bila mana saya dapat berjalan sendirian, ditambah dengan rintik hujan, menangis semahunya. Kerana tiada siapa melihat dan sedar.

Ah. Rindu baunya. Rindu bunyinya. Rindu derapan kaki dalam kebasahan. Rindu kelipan mata akibat kepedihan disiram titis hujan.

Rindu sebuah ketenangan.

Iya. Bila mana kita sendiri, yang ada cuma Allah di hati. Tiada bicara yang sia-sia. Cuma ingat dosa diri.

Rindu juga pada sebuah perjalanan panjang berjam-jam lamanya. Tanpa sesiapa menemani. Sendirian. Asing. Perasaan asing itu yang indah.

Bunyi kereta api, bunyi kosong, pegang beg, pegang bagasi, sendiri di sudut. Terkadang orang memerhati. Bisik-bisik hati yang tidak difahami. Sangkaan-sangkaan menular di hati.

Bertemu keasingan. Orang yang asing pada diri.

Perasaan itu indah. Rindu pada satu keasingan. Rindu pada saat sendirian.

Terasa jauh dari huru-hara dosa. Terasa jauh dari kebatilan. Terasa jauh dari perdebatan. Terasa jauh dari kekusutan. Terasa jauh dari perbalahan. Teraa jauh dari insan yang sering berkata bukan-bukan. Terasa jauh dari sebuah ketakutan dan pengharapan pada dunia.

Indah rasa itu.

No comments: