Facebook Badge

20140522

Sepi. Pilu. Sayu.

Seringkali hati ini kini merasa sepi. Bila sendiri pilu nya umpama merobek-robek lapisan-lapisan hati. Sayunya, entah kenapa.

Kebelakangan ini juga, seakan semuanya menjadi lesu. Malas itu. Malas ini. Tak terurus. Letih. Penat. Sakit. Lemah.

Semuanya tak bersemangat.

Mungkin aku jauh dari Allah. Aku lupa pada Allah. Kerana itu tidak tenteram segala jiwa segala raga.

Kubaca cerita Ammar, nampak satu ayat,

"Nasihat Ibnu Qayyim : Di dalam hati manusia ada kekusutan dan tidak akan terurai kecuali menerima kehendak Allah s.w.t. Di dalam hati manusia ada keganasan dan tidak akan hilang kecuali berjinak dengan dengan Allah s.w.t. Di dalam hati manusia ada kegelisahan dan tidak akan tenang damai kecuali berlindung, bertemu dan berjumpa dengan-Nya".

Maka benarlah segala telahan.

Maka terungkai lah segala persoalan.

Futur-futur semua, atas asbab aku tak ingat pada Allah. Aku jauh. Aku jauh. Aku jauh.

Kenapa aku lari dari Allah. Kenapa aku tak buat semua perintah sungguh-sungguh. Pergantungan pada Allah itu kurang. Terlalu banyak buat maksiat.

Taubat , ulang semula.
Taubat , ulang semula.
Taubat , ulang semula.

Ah. Tak tahu malu. Sungguh, tak tahu malu.

Jangan sepatutnya aku malu untuk bertaubat setelah banyak berdosa, tapi malulah untuk berdosa setelah banyak bertaubat.

Dan aku.
Layu.

Bangunlah.

Tetapkan perjalanan hidup. Mutabaah amal di ikut. Hidup dirancang sebaik-baiknya.

Dosa?

Tinggal. Tinggal. Tinggal semuanya!

Jauhlah dari dosa itu lagi.
Lari. Lari cari Allah.

Aku dah jauh. Sangat jauh.

Dan setiap kali aku jauh, setiap kali aku jatuh, Allah tarik tangan aku. Selalu.
Selalu sangat.

Allah sangat sweet. Allah Maha Penyayang. Allah Maha Pengasih.

Ya Allah, selalu Dia tarik tangan aku jangan jatuh lagi. Jangan jatuh lagi.

Aku bangun. Tapi aku jatuh juga lagi.

Allah tak berhenti berada di samping aku. Tak pernah. Allah sentiasa bagi aku peluang untuk ubah sikap. Untuk taubat. Allah jentik hati aku. Selalu.

Terima kasih, ya Allah.

No comments: