Facebook Badge

20111228

Sayonara Jahiliah


Copy from Dr. Cinta
Moga memberi manfaat buat kita bersama ;)

Bismillahirrahmanirrahim~ In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful.

Salam to all readers~ =)

Sebelum tu dah tengok video-video untuk Pertandingan Video Osem APG'11ni? Series osem! =) hebak-hebak video. Tahniah kepada penganjur.Saya paling suka video Bulatan Gumbira Kami di bumi sonata|우리의 행복한 가족.Banyak yang saya belum tengok lagi. One more, this short film by Madmie Channel. Hasil fotografi dia osem! Klik link tadi untuk ke blog dia untuk tengok. Short Film-Tomato. Klik tajuk kepada sesiapa yang still tak tengok lagi.


Owh btw, shoutbox saya dah tukar kepada cbox, harap dapat hello-hello saya kat situ eh nanti saya boleh jejak balik ;)


Entry ni panjaaaang kalau rasa rajin bacalah. Spend your time untuk muhasabah sekejap. Saya pinjam tajuk salah satu video.
  


Ini entry untuk tahun baru mungkin juga entry penghabisan bagi tahun 2011 yang bakal melabuhkan tirai. (maybe lah if rajin ada lagi entry hehe) Sama-samalah kita memperbaharui azam dan berusaha untuk merealisasikannya, jom sama-sama kata sayonara jahiliyah ;) Kita berhak kepada kehidupan yang lebih baik, insyaAllah.



Jika dahulu/sekarang, kita .....

kaki facebook/suka bersosial di alam maya
kaki bergayut dengan bukan muhrim


kaki hangin/ mudah marah dekat orang
kaki tidur dan kurang produktif
kaki lambat solat dah besar panjang pun solat kena suruh-suruh

dan seumpama dengannya...


Setiap dari kita pernah mengalami sisi gelap, sisi jahiliyah, sisi tersalah arah. Namun, tidakkah kita pernah terfikir untuk berubah? Dari gelap kepada terang? Dari derita kepada bahagia? Dari dusta kepada kebenaran?


Jahiliyah yang dimaksudkan oleh al-Quran adalah keadaan dimana spiritual umat menolak hidayah Allah dan membelakangkan hukum Allah. Al Quran menghukum 'jahiliyah' kepada bangsa yang maju dan bertamadun kerana mereka tidak menerima hidayah Allah.Kalau zaman Rasululullah, jahiliyah ni as we know, antara perlakuannya, mereka bunuh anak perempuan, berjudi, arak tu dah jadi minuman harian and kedudukan wanita sendiri pada masa tu.


Dulu, mungkin kita tak sedar yang kita selalu sangat have fun dengan life.Terlalu seronok dengan kehidupan duniawi sehingga kita terlupa ukhrawi. Suatu ketika, Rasulullah saw berjalan di depan sekumpulan orang yang sedang ketawa, lalu baginda bersabda yang bermaksud:


“Demi Tuhan yang jiwaku ini berada dalam genggaman-Nya. Jika kamu semua tahu apa yang aku tahu, nescaya kamu banyak menangis dan sedikit ketawa.” (HR Bukhari daripada Abu Hurairah).
hanya boleh memilih satu, choose wisely
“Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam secara KESELURUHAN, dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan. Sungguh, ia musuh yang nyata bagimu.” ( al-Baqarah:208)

Apa yang anda faham dalam ayat ini? =) Seruan ayat ini khas ditujukan kepada mereka yang mengucap dua kalimah syahadah dan beriman kepada apa yang dilafazkan. Siapa tu? Kita kan? Kita tidak boleh menerima Islam ikut selera kita sendiri, then kita pilih-pilih mana yang kita nak mana yang kita tak nak. Menjadi seorang Muslim adalah tidak layak bagi kita untuk menolak sesuatu hukum yang telah Allah tetapkan dan memilih yang mana kita mahu turuti. Tidak sekali-kali. Secara total. Means, setiap perkara hendaklah kita lakukan mengikut acuan yang telah Allah tetapkan. Dari sekecil-kecil perkara (contoh niat, perasaan) sehinggalah sebesar-besar perkara. (soal kepimpinan, ekonomi dan sebagainya)


So, apabila kita memilih untuk mengikut perintah Allah, hidup kita akan menjadi tenang aman dan damai. Hidup hanya takut kerana Allah, bukan takut kerana manusia, bukan takut kerana ancaman apa-apa. Kerana hidup sudah berpaksikan acuan Islam yang telah disusun oleh Allah yang Maha Mengetahui. 


Berbeza dengan umat manusia yang tidak mengamalkan Islam secara total;
“Dan tidak akan pernah redha Yahudi dan Nasrani kepada engkau (Muhammad) hingga engkau mengikuti millah (jalan dan sistem) mereka. Katakanlah : Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang benar). Dan sesungguhnya jika engkau mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu” ( al-Baqarah:120).

Mereka akan sentiasa berubah pendapat, tingkah laku dan rasa. Satu saat kelihatan macam menentang habis-habisan dan bersuara lantang terhadap Yahudi dan Nasrani but satu masa lain bersikap lunak dan kelihatan seperti bersetongkol dengan musuh Islam itu. 

“Dan barangsiapa menjadikan selain Islam sebagai din (agama, sistem hidup) maka tidak akan diterima apapun darinya, serta dia di akhirat termasuk orang yang rugi” (Ali Imran:85)

Maka, apa langkah-langkah yang harus kita cuba usahakan untuk meninggalkan jahiliyah ini?

@ Amalkan Amar Makruf Nahi Mungkar

“Barangsiapa di antara kamu yang melihat akan kemungkaran, maka hendaklah ia mengubahnya dengan tangannya(kuasanya). Jika sekiranya ia tidak berkuasa, maka hendaklah ia mengubahnya dengan lidahnya. Dan jika ia tiada juga berkuasa, maka hendaklah ia mengubahnya dengan hatinya. Dan yang demikian itu (iaitu mengubah dengan hatinya) adalah selemah-lemahnya iman”. (HR Muslim)

Sudah ada panduannya kan. Membenci maksiat yakni mengubah dalam hatinya adalah selemah-lemah iman. Nowdays, banyak kita lihat kepincangan akhlak, dan kita sendiri tak mampu mengubahnya, kita bukan siapa-siapa maka apa yang boleh kita lakukan adalah berusaha untuk menjauhkan diri daripada melakukan perkara yang Allah larang. Berdoa agar diri kita dijauhi dari godaan dan bisikan syaitan yang tak henti-henti menghasut diri kita.


@ Tingkatkan ilmu pengetahuan

Allah dah banyak katakan mengenai orang-orang yang berilmu akan diangkat darjatnya. Terlalu banyak keistimewaannya. So, jangan malas belajar okay ;) menuntut ilmu sehinggalah ke akhir hayat.


Allah akan meninggikan orang yang beriman antara kamu dan orang yang diberikan ilmu pengetahuan beberapa darjat.(al-Mujaadilah:11) 

Hadith daripada Abi Darda` r.a, katanya Nabi s.a.w telah bersabda (mafhumnya), 

"Siapa yang berjalan di suatu jalan untuk menuntut ilmu, maka Allah akan memudahkan baginya jalan dari jalan-jalan syurga, dan malaikat selalu menghamparkan sayapnya untuk menaungi orang-orang yang menuntut ilmu kerana redha dengan apa yang dilakukan, dan seorang alim itu dimintakan ampun oleh semua penduduk langit dan bumi, dan ikan-ikan di dalam air dan kelebihan seorang alim terhadap seorang ahli ibadah sebagaimana kelebihan bulan purnama terhadap bintang-bintang yang lain."
Rasulullah s.a.w bersabda lagi:
"Siapa yang mahukan dunia, hendaklah dia berilmu dan siapa yang mahukan akhirat hendaklah dia berilmu dan barangsiapa yang mahukan kedua-duanya sekali, dia juga hendaklah berilmu"
Kalau tak berilmu, so what do you have? Ilmu dunia kena ada dan yang paling penting ilmu agama lagi wajib ada. Jangan berat sebelah nak lebihkan ilmu duniawi semata-mata. Tingkatkan ilmu melalui pembacaan, pergi ke majlis-majlis ilmu, bersahabat dengan orang bijak pandai. 


@ Sentiasa bermuhasabah diri



Sangat bagus if kita sentiasa bermuhasabah diri, mengingatkan azab-azab yang Allah akan timpakan kepada mereka yang ingkar. Sekali gus dapat mendorong kita untuk terus berusaha dalam mempertingkatkan lagi kualiti iman.

Dan setiap kali apabila kita tersedar kita telah melakukan dosa, cepat-cepatlah kita bertaubat.


@ Ikhlaskan diri dalam setiap amalan dan perubahan 

Setiap amalan bergantung kepada niat kan? So hopefully, setiap apa yang kita buat tu ikhlas kerana Allah taala. bukan kerana siapa-siapa, bukan kerana ganjaran, bukan kerana apa-apa. If kita berubah sebab sesuatu atau seseorang, berkemungkinan ianya tak lama. Lebih selamat, berubahlah hanya kerana Allah. 


@ Bersahabat dengan orang yang soleh/solehah 

Suasana adalah salah satu faktor yang sangat penting dalam mendidik seseorang. Sahabat juga. Orang kata, nak tahu kita macam mana, cuba tengok kawan-kawan kita. Kalau kawan-kawan kita baik, dikelilingi orang yang rajin solat, rajin mengaji, insyaallah kita juga akan terdorong melakukan perkara yang sama kerana kita terkesan dengan perbuatan mereka. 


Tapi if kita rasa kawan-kawan kita tu style mat rempit ke, kaki ponteng solat jemaah ke, kaki loqlaq, kaki ponteng kelas, hati-hati dengan peribadi sahabat begini. Dibimbangi kita akan turut dipengaruhi. Ini penting bagi kita untuk memilih sahabat. Sahabat yang baik, I mean, soleh solehah inilah yang akan membantu kita untuk melaksanakan amar makruf nahi mungkar. Selalu ajak kepada kebaikan dan tinggalkan kepada keburukan. Tapi jangan salah guna konsep sudah lah ye, perempuan dengan perepuan lah jangan saja-saja intai lelaki-lelaki soleh kononnya nak belajar agama. Carilah kawan-kawan perempuan. Terlalu ramai.


@ Berazam dan bertindak! 



Apabila kita sudah mula mengikis sikap negatif dalam diri, kita mesti mula berazam untuk tidak mahu melakukannya lagi. Ini adalah salah satu syarat taubat. Berazam untuk meninggalkan semua tu and let's move on! =) Kita mulakan hidup baru bak kata omputeh, turn over a new leaf. Bukak buku baru. katakan sayonara jahiliyah.


Namun, jangan hanya tahu berazam, apa yang penting adalah tindakan selepasnya. What should we do next untuk buang sisi-sisi jahiliyah kita tu? 


"Apakah yang paling jauh dengan diri kita di dunia? Yang paling jauh dari kita ialah MASA LALU. Masa yang berlalu tidak dapat diputar kembali. Maka jagalah hari ini, esok dah hari-hari mendatang dengan pengisian yang bersesuaian dengan agama." -Imam al-Ghazali


So korang ada pengalaman sukar untuk buang habit negatif dalam diri? Ada azam tahun baru next year? Kongsi jom ;) 


p/s: first trial guna curve (in Paint tool SAI) Sorry saya still belum berkesempatan nak reply inbox sensorang and emel, insyaallah if saya ada kelapangan waktu, saya akan cuba untuk reply. 'Asif. selamat menjalani tahun baru dengan azam baru.

No comments: