Facebook Badge

20111231

Dunia bukan tempat berehat.

Memetik kata-kata Diana dalam blognya, betulkan... DUNIA ini memang bukan tempat berehat.




Dunia ini hanyalah persinggahan dan jangan harap kita boleh bersenang lenang meninggalkan perintah Allah.




Hakikatnya, itulah yang manusia, termasuk saya sebab saya manusia telah lakukan. Kadang-kadang tu leka, lalai dengan nikmat dunia. Dah terkena penyakit wahan.




Tahu tak penyakit wahan tu penyakit apa?




Wahan tu penyakit orang yang cintakan dunia, takutkan kematian/akhirat.




Maca sayalah. Takkan nak tipu kan?




Siapa tak takut mati? Orang biasa macam saya ni, kematianlah yang paling mengerikan bagi saya. Kalau cintakan dunia tu, biar Allah yang menilai.




Kalau difikir-fikirkan, kita hidup ni, hanyalah untuk beribadah kepada Allah. Menyampaikan dakwah. Sebab tu Allah ciptakan manusia ni, ada yang Islam ada yang tidak. Yang Islam tu, kerjanya menyampaikan dakwah pada yang bukan Islam supaya mereka mengetahui hakikat sebenar.




Ada juga orang beriman dan tidak. Yang beriman itulah yang akan membimbing yang tidak itu ke arah keimanan.




Begitu juga seterusnya.




Kita hidup bukan untuk bersuka ria. Sabarlah sikit. Memang kadang-kadang beribadah itu penat. Tapi Allah sentiasa bersama orang-orang yang sabar. Bila kita sabar, kita ikhlas, tiada penatnya ibadah itu.




Hidup ni untuk Allah semata. Ada orang hidup untuk kekasih yang tak sah untuk dia. Ada yang sanggup bunuh diri kalau putus hubungan.




Macam-macam lah.




Kita hidup bukan untuk kekasih. Bukan untuk couple. Couple itu bukan satu IBADAH. Tapi pernikahan, iya.




Perkahwinan itu penting untuk melahirkan zuriat yang akan menyambung usaha dakwah kita. Habis, siapa nak sambung usaha kita para da'ie (pendakwah) ni untuk menegakkan Islam?




Takkan bila kita mati, matilah usaha kita begiru sahaja?




Di sinilah pentingnya pernikahan itu diwujudkan. Perempuan itu membantu suami untuk beribadah. Lelaki pula membimbing isteri untuk beribadah.




Jadi, untuk memastikan pernikahan itu berkekalan, di situlah perlunya kasih sayang. Cinta. Cinta pada Allah, Allah akan beri balik cinta pada kita. Kalau nak tahu di mana kedudukan kita pada Allah, tanya pada diri kita ni, di mana kedudukan Allah pada diri kita?




Perasan tak, CINTA ni, orang selalu kata banyak dugaan, itu, ini. Tapi cuba renungkan balik, cinta yang banyak dugaan tu, cinta yang tidak berlandaskan syariat. Iyalah, cinta sebelum akad. Sebelum bernikah. Sedang bercinta tu, ada yang mengganggu. Kejap couple, kejap clash, ada orang ketiga lah, pakwe playboy lah, kejap kena 'fitnah' lah. Itulah, inilah. BESARNYA DUGAAN kan?




Tapi, cuba fikir. Cinta yang berlandaskan syariat , mesti tak berapa sangat nak hadapi situasi semacam itu. Iyalah, mereka bercinta selepas nikah. Jadi, lelaki tu, kalau baik, dia tak main kayu tiga. Pasangan tu kalau memahami, selalu minta pertolongan Allah, doa, fitnah-fitnah semua tu, pandang sebelah mata je kan?




Bukanlah hidup ni untuk suka-suka semata. Orang kata, 'hidup hanya sekali'. Tapi ada yang salah faham dan salah guna statement ni.




Ada yang enjoy sakan, hidup bebas, buat itu, buat ini, katanya hidup cuma sekali. Berikanlah orang seperti ini hidayahMu Ya Allah.





Dunia ini penjara bagi orang mukmin, dan syurga bagi orang yang tidak beriman. Betul tak?





Tak apa, biarlah orang kata kita kolot, tak ikut peredaran zaman, kata kita melampau, kata kita fanatik, kata kita over, Allah tahu segala isi hati kita, Allah itu tempat kita mengadu kerana Dia Maha Mendengar dan Maha Mengetahui.




Assalamualaikum.

No comments: