Facebook Badge

20120629

Lawatan ke Pusat Darah Negara

Itu hari, kami ke Pusat Darah Negara. Ada  lawatan. Okey, hari tu ialah hari Rabu.




Banyak jugak info yang kami dapat. Okay, firstly, derma darah untuk menyelamatkan nyawa. Setiap beg yang didermakan, dapat selamatkan tiga nyawa. (Sebab darah terbahagi tiga bahagian ; Red Blood Cell, Plasma, Platelet)





Okay, moto dia, 'setiap penderma adalah wira' (kalau ikut hukum kata pemeri, bukan 'adalah', tapi 'ialah'..)




Yang boleh menderma, mereka yang berumur 18-60 tahun. Bagi yang berumur 17 tahun, harus meminta kebenaran ibu bapa terlebih dahulu. Dengan berat 45 dan keatas. Dan tahap haemoglobin bersamaan dengan 12.5g/dl.








Masa ni, ada sesi taklimat tentang darah, etc.



Yang tak boleh menderma ada dua jenis. Ada yang sementara dan juga ada yang untuk sepanjang hayat.




Sepanjang hayat :
  • Asma yang teruk
  • Epilepsi
  • Diabetik
  • Darah TInggi
  • Sakit Jantung
  • Etc.

Sementara waktu
  • Demam
  • Mengambil antibiotik
  • Alkohol
  • Suntikan pelalian (2 minggu)
  • Tidur kurang 5 jam.
  • Cabut gigi.
  • Wanita hamil.
  • Menyusui bayi.
  • Datang haid.
  • Aspirin (24 jam)
  • Panadol (tengok keadaan)


Antara faedah menderma, dapat menguji kumpulan darah, tahap kebersihan darah, dapat suntikan percuma hepatitis B, dapat keistimewaan tertentu di Hospital kerajaan dengan tempoh tertentu.






 And I am one of them yang dapat jawab kuiz. Kacang je, derma darah selain dapat menyelamatkan nyawa, ia juga tanggungjawab ... my answer is 'sosial'. And I got this.








Ada yang berkata dalam ni ada darah. Haha. Lawak ok. Ini simpan borang la.







Some awards they achieve.






Ini lawatan ke tempat pemprosesan darah.







Ini tempat proses darah.

Darah akan terbahagi 3, plasma (+-55% daripada whole blood), platelet, less than 1%, selebihnya, darah merah.





Mereka panggil tempat ni dobi.






Darah akan dimasukkan dalam ni, lepas tu masuk dalam machine tadi tu, lepas tu akan spin, ikut suhu tertentu, dan darah akan terasing kepada 3 bahagian. Tak semua darah yang didermakan akan diasingkan kepada 3. 20% daripadanya tidak diproses sebab ada pesakit yang memerlukan whole blood.



Contoh macam pesakit thalasemia, leukimia, cancer, anemia, pembedahan, pindah darah, tumpah darah, bersalin, semua ni perlukan whole blood.



Macam kalau kena denggi, mereka perlukan plasma tak silap.






Ini 'peti sejuk' diorang.






Ini plasma. Dibekukan pada suhu -40C.

Bila diperlukan untuk pesakit, akan dicairkan guna what machine, and then straightaway kena pindah terus dalam badan pesakit. Kalau cancel, bakar kat tempat yang disediakan. Entah, tak ingat.




F.Y.I, darah ni semua free, tak ada charge, cuma kalau hospital swasta yang nak darah ni, kena charge RM20 lah, untuk proses dia tu kot.



Avctually, whole proses, dari kutip, sampai lah pada pesakit, kalau dari penderma biasa (mobile), adalah sebanyak RM120. Imagine it.




Mobile donater ni kira orang yang penderma biasa. Yang bukan derma dekat pusat darah tu. Yang kadang-kadang datang sekolah lah, buat kempen derma darah, dan kau orang pun derma, tulah penderma mobile.



Ada satu lagi, aferisis. Aferisis ni nama machine sebenarnya. Anda akan di 'connect' kan terus pada this machine, and then terus asingkan kepada plasma, platelet and also red blood. Tapi ada syarat tertentu nak jadi penderma aferisis ni.



Bila red blood cell tak diperlukan pada ketika itu, ia akan dipindahkan semula dalam tubuh anda. Ok.




Jika ingin menjadi penderma aferisis, haruslah menderma sebanyak 2kali sebagai penderma mobile, baru boleh jadi aferisis dengan berat badan minimum 50kg. Penderma aferisis boleh menderma sebanyak 2 kali sebulan.





Ni lah peti simpan Plasma tadi tu. Tengok suhu dia. Cube zoom.






Ni plasma, dah siap proses nak hantar mane entah. Ada label-label dia tu.



Plasma, disimpan pada suhu -40C, Platelet 8C, Darah merah, 8 minggu.




Whole Blood, tempoh simpanannya hanya 35-42 hari sahaja. Expired, kena bakar. Bukan makan eh. Yang paling baik, dalam tempoh 14 hari punya. Plasma, 2-3 tahun. Wow, lamenye. Platelet, 5 hari sahaja.




Darah plasma ni, melalui program vaksinasi, akan dihantar ke Australia, untuk diproses jadi pil, dan dapat mengubati penyakit ape entah, tak ingat. Dan program ni, telah mejimatkan berjuta-juta perbelanjaan negara.



Dalam ni tempat proses platelet yang comel. Tapi dia sedang bergerak-gerak dalam mesin, gambarnya tiada. Lebih kurang Plasma je warnanya.







Dalam satu beg, sekali derma tu, ialah berukuran 350 - 400ml. 




Darah ni, bukan 100% selamat tau. Terdapat jugak kes luar kawalan ni, macam darah yang tak dapat nak di detect kebersihannya. Ada jugak kes yang tersalah bagi jenis darah. Dan kesannya, kegagalan buah pinggang. (Jadi, jaga kesihatan. Supaya tak perlu ada pemindahan darah pada kita nanti.)




Darah yang tak dapat nak detect elok ke tak tu, biasanya disebabkan masa dia derma tu, sedang dalam incubation period. Atau window period. Macam mana nak jelaskan ek.




Sebenranya, ni kira tempoh untuk badan menghasilkan antibodi. Ada yang ambil masa 2 minggu, ada yang ambil masa dua bulan. Contoh macam demam, badan akan hasilkan antibodi untuk virus demam. Dengan adanya antibodi demam, tahulah doktor bahawa anda demam. Kalau tak demam, tak adalah antibodi tu.



Begitu juga macam HIV. Bila HIV menyerang, badan akan hasilkan antibodi untuk HIV, jadi, bila doktor dapat detect antibodi ni, anda tidak boleh menderma, kerana darah tidak bersih dan selamat untuk didermakan. Tapi, masa incubation/window period ni, antibodi belum terhasil, jadi, doktor tak tahu anda diserang HIV. Jadi, darah yang didermakan sebenarnya tidak selamat dan bersih, lalu masuk ke dalam tubuh orang pesakit, dan dia pun menghidapi HIV positif.





Separatian stand. Tak tahulah macam mana dia function.






Okay, Amir Farid lagi yang terlalu amat suka bergambar.




Sedikit info lagi, dalam tahun lepas, ada dalam 600,000 pek darah diderma bagi seluruh Malaysia. 25% adalah pelajar.(Bukan setakat pelajar sekolah) Dekat pusat darah sahaja, terdapat sebanyak 160,000 pek didermakan.



Lupa nak tulis, darah ada 4 jenis secara umumnya. A, B, AB dan O. 



No comments: