Facebook Badge

20120605

Perempuan dan hati

Kalau saya cakap ni, korang semua haruslah percaya . *haha, siap paksa



Perempuan memang sifatnya mudah cair. Manusia pula, secara fitrah, akan tertarik dengan sesuatu yang dapat menarik hatinya.



Atau, dengan kata mudah, lelaki tertarik dengan perempuan, jika perempuan itu menarik hatinya. Betul kan?



*ayat belit-belit



Jadi, kalau diamat-amati, banyaknya, perempuan lah yang selalunya cepat cair sebab memang sifatnya yang lembut tu. Kan?



Kalau tengok dalam akhbar-akhbar tempatan, apa yang dapat kita lihat? (waah, ayat nak gramatis lebih)



Perempuan yang ditipu warga asing, banyaknya. Ada jugaklah kes lelaki, tapi, agak terpencil. Kan3?



Jadi, betul kan perempuan ni sifatnya mudah cair? Walaupun tak semua, tapi kebanyakannya begitu kan?



Tak caye sudah.




Apa yang membezakan ramai-ramai perempuan ni?



Sebab, kadang-kadang tu, tengok, ada yang terkinja-kinja nampak lelaki yang dia suka, ada yang rileks je, ada yang kelam kabut, etcetra.



Yang membezakan mereka ni, adalah cara mereka MENGAWAL atau MENGEMUDI perasaan mereka. Yang susah nak kawal tu, tu yang sampai patah hati, nangis-nangis, sakit hati, macamlah itu sahaja yang patut kita raih, sedangkan, Allah itu lebih kasih padanya.





Sebab-sebab tidak dapat mengawal rasa?



Sebenarnya, yang buat jadi tak terkawal tu, kerana kita tidak kawallah. Kan dalam hadis ada kata, (alamak, saya bukan tahfiz, tak hafal yang mana satu, cuba cek sendiri) yang pandangan pertama itu, tak pe lagi, pandangan yang seterusnya, yang dah jadi berkali-kali tu, tu yang tak boleh, dah jadi haram. Kenapa? Pandangan pertama tu, lampu hijau, kedua, lampu kuning, ketiga, lampu merah




Supaya kita tak jatuh cinta lah. Tundukkan pandangan.




Sebab lain, bila dah asyik tengok je, maka kita akan mudah mengingat wajahnya, jadi kita akan terbayang-bayang dan diburu rindu. Sibuk memikirkan, sering melayan sangat perasaan tu. Kalau tak dilayan, tak kemana nye. Cinta nafsu je tu, cuba tanya diri, benar-benarkah kerana Allah cinta itu hadir?




Bahaya kan? 




Salah kitalah yang terus MEMBIARKAN diri kita hanyut dengan rasa cinta yang bertepuk sebelah tangan, TERLALU mengharap, sedangkan kita tahu, orang itu tak mungkin dimiliki kita. Itulah silapnya.




One more, mencari-cari maklumat lanjut. Sibuk cari orang tu punya rumah, adik-beradik, etcetra2. Bukan ke, hal ini akan buat kamu tambah suka pada orang tu? Kawallah hati tu. Fikirkan yang penting-penting dulu k.



What should we do?



Abaikan je. Jangan terlalu mengharap dan berusahalah untuk menjadi produk solehah. Nescaya yang soleh itu akan hadir.




Lelaki soleh ni, dia tak mahu nikah dengan perempuan gedik, perempuan tak solehah, tak patuh arahan tuhan.



Lelaki soleh ni, dia nak nikah dengan perempuan yang solehah. Barulah sesuai.




Tak salah kan, kita jadi produk solehah, supaya kita dapat yang soleh, tak salah kan kalau kita jadikan tu matlamat jangka pendek, dan matlamat jangka panjangnya ialah berubah kerana Allah. Berubah untuk mendapat cinta Allah. 




Buktikan cinta kita.



Kalau time solat tu, jangan lengah-lengahkan. Kalau lengah tu, tanda belum sayang 100% dekat Allah. 



Kalau berat nak tinggal maksiat, berat nak buat makrifat, means?



U-know-it.

No comments: