Facebook Badge

20120624

Simpan emas dan perak bukan untuk kaya

Assalamualaikum w.b.t



Simpan emas/perak tidak akan membuatkan kita jadi kaya serta-merta, tapi dia akan mengelakkan kita daripada terus jatuh miskin







Bagi saya, saya memang nak simpan emas/perak. Bukan untuk kaya, tapi untuk elakkan seksa.




Just imagine, kalau dalam zaman 90-an, dengan duit 20 sen, kita dapat beli nasi dengan air, cukup untuk kenyangkan perut, tapi sekarang, dengan 20 sen, ape kita dapat? Ada kita dapat nasi dengan air lagi? Tak kan?





Kenapa jadi macam ni? Kenapa duit kita semakin lama, makin kurang NILAI nya? Tahu tak, kos untuk cetak duit kertas tu hanyalah 6sen? Nilai dia 6sen SAHAJA dan walaupun tertulis pada kertas tu RM100.







Jadi, apa puncanya duit kita makin tak bernilai?




Jawapannya ialah INFLASI. Saya tak nak cerita pasal inflasi, sebab banyak dah orang tulis pasal inflasi ni, google jelah. 




Okay, simpan logam bernilai ni, bagi saya, saya ada matlamat.



Antaranya, 



Haji



- Kalau nak pergi haji, sekarang dalam lingkungan RM10,000. Umur sekarang contohnya 20 tahun. Kita simpan duit, makin lama, nilai duit makin kurang. Nilai RM10,000 pada 10 tahun akan datang, dapat lagi ke pergi haji? Paling tidak, dah jadi RM15,000. Bertambah RM5,000.




Tak rugi? Dah simpan cukup-cukup RM10,000, tiba-tiba kena tambah lagi. Tapi, kalau kita simpan emas, kita boleh guna 55gram emas. Kalaau kita ada 55gram emas, dah boleh pergi haji. 10 tahun akan datang pun, tetap guna 55gram emas. 50 tahun akan datang pun, 55gram emas jugak. Kita tak payah tambah apa-apa. 55gram tu jugaklah.



Jadi, jangan simpan untuk jadi kaya, tapi untuk mengelakkan seksa. Tak ke seksa penat-penat kumpul duit, tiba-tiba tak cukup?




Rumah






Tu kalau haji, satu hari nanti, kita mesti nak beli rumah jugak kan? Takkan nak hidup merempat. Hidup menumpang sana sini.




Okay, let say, rumah sekarang, RM150,000. Anggaran dalam 1kg emas. Sampai bila-bila pun, 1kg emas dapat beli rumah. Tapi, kalau kita simpan duit, boleh jadi satu hari nanti, RM150,000, susah dah nak dapat rumah.





Macam-macam. Kereta pun boleh... Itulah, simpan logam-logam bernilai ni, bukan untuk kaya, cubalah simpan, sebulan 2gram ke, ikut kemampuan. Kalau tak mampu nak beli satu kilogram terus, belilah sikit-sikit. Tak rugi. Langsung tak rugi, sebab bila kita terdesak, bila-bila boleh jual balik emas tu. 




Sekarang ni, baik beli perak. Emas pun okey jugak, tapi perak buat masa ni, adalah lebih baik. Bukan simpan untuk berhias. Pasal zakat, kenapa nak risau sangat.






Apalah nak di berkira kan sangat zakat tu, harta kita ada ni kan pinjaman je? Nak berkira sangat dengan Allah tu nak buat apa? Harta tu dari Allah jugak kan?




Jadi, simpanlah aset-aset ni. Bukan untuk jadi mata duitan, bukan untuk jadi kaya-raya, bukan untuk kejar dunia, tapi buatlah untuk kebaikan diri sendiri. 



Simpan emas / perak ni tak rugi, sebab kita cuma GANTI duit KERTAS yang kita ada tu, kepada logam bernilai. Kita cuma TUKAR. Nanti, kalau rasa nak tukar balik jadi KERTAS, maksudnya duit kertas, suka hatilah. Malah, kita akan dapat duit kertas yang lebih banyak dari yang asal tu.




Simpanlah untuk masa depan. Kalau boleh, nak je tukar semua duit yang kita ada tu jadi emas / perak. Tapi susah lah pulak, kalau nak beli nasi lemak, takkan nak bagi dirham (perak) pulak. Macam mana pulak tu nak pecahkan. 



Buat masa ni, macam tu lah ceritanya. Simpan sikit lah jugak KERTAS yang kita ada tu, buat beli keperluan harian.



Untunglah sape ada  emas/perak ni. Nanti, bila satu hari nanti, matawang kita mana tahu kerajaan isytiharkan kena pakai Dinar / Dirham pulak, dah tak guna lagi duit kertas, melompat lah sape yang dah simpan awal-awal tu. Yang tak ada menyimpan tu, terkial-kial kerja lagi nak dapat gaji dalam bentuk dinar/dirham. 




Yang kita, dah ada simpanan. Tak runsing sangat. Tapi tetaplah masih kena kerja kan. Sebab bila kita dah membeli, akan habis jugak.



Kalau tak percaya, sukatilah. Satu hari nanti, anda akan temui juga kebenaran kata-kata saya. Tak penting nak beli dekat syarikat mana pun. Pandai-pandailah pilih yang menawarkan harga murah. And lagi satu, kena tahulah ketulenan emas yang kita nak beli. 750 ke, 916 ke, 999 ke. Lagi tinggi ketulenan, lagi mahal.




Itu jelah. Jangan nanti dah tak ada duit, keluh-kesah. Lagipun, bila kita simpan emas ni, kita akan jadi PENJIMAT. Kita tak de macam nak beli bazir-bazir sangat. Tak de nak beli benda yang tak perlu. Yang tak penting.



EMAS TIDAK MERUGIKAN.

No comments: