Facebook Badge

20130329

Gadis Polca Dot - A Short Story


Gadis Polca Dot by Nazatul Najzan





Aku. Amri. Seperti biasa, aku bangun awal. Bersiap. Melangkah ke kelas. Tahun akhir ni, betul-betul hectic life.



Buka pintu rumah, juga seperti biasa. Singgah di kafe, beli 100 plus. Tiba-tiba ada seorang perempuan, maksud aku, gadis. Singgah di kafe juga, dengan buku sarat di tangan. Ah, perempuan. Kalau boleh, satu almari buku nak nak dibawanya. Tengok aku. Bawa beg simpang je. Letak buku nota.



Aku keluarkan beg dompet aku. Dengan not RM2.00, aku hulurkan pada 'pak cik kafe'. Sepuluh sen baki, dia pulangkan. Gadis itu masih di situ, masa aku berlalu. Entah beli apa.



"Hey Amri, beli apa?" Tiba-tiba terserempak dengan Ina. Budak Ina ni betul nak kena tetak. Geram betul aku. Tiba-tiba datang, tak bagi salam. 



Aku senyum sengih sambil menunjukkan botol 100 Plus itu kearahnya. Dia senyum, dan mata aku, pada gadis tadi. Tak dapat kulihat wajahnya.



Ina terus berlalu, melihat aku tak layan dia. Ah, malas nak layan perempuan. Tapi gadis tadi, buat aku jatuh hati. 'Amri, tundukkan pandangan'. Naluri lelakiku ku tahan. Aku ingin pandang wajah gadis itu. Macam ada aura. 'Takpe Amri, kalau dah jodoh, tidak ke mana'. Aduh, aku dah fikir sampai ke jodoh.



Dia dah berlalu dari situ. Berjalan laju. Searah dengan aku yang masih lenggang kangkung. 'Ape ni Amri, perempuan lagi laju.' Dan aku masih melenggang.



Gadis itu masih di belakang. Ternyata aku paling laju. Egonya aku. Tiba-tiba, tak ada lagi derap kaki gadis itu. Beg polca dot dia putus rupanya. Aku berbelah bahagi.



Tolong, atau tak. Dahlah bawa banyak barang tu. Dia cuma tiga tapak di belakang aku. Aku buat kerja kurang siuman, dengan terpacak kat situ. Okey, aku kira sampai tiga. 1...2...3..., okey, aku tolong.



Aku angkatkan beg dia. Diam, tanpa suara. Gadis polca dot itu nampak sangat kelam kabut. Sarat sungguh. Atas bukunya ada bekas pensel. Polca dot jugak. Mungkin dia mengalami keobsesan yang tinggi terhadap polca dot. Semuanya habis polca dot. Nasib baik tudung labuh dia tak polca dot jugak.



‘Ya Allah, bantulah aku menjaga pandangan’ bisik hati kecil aku.



“Nak bawak mana ni?” Aku paculkan soalan itu. Spontan.



Dia menolak. “Takpe, awak bagi je balik beg saya, saya bawak sendiri” Tegas nadanya.



Wajahnya tetap tunduk. Dia takut bertentang mata mungkin. Aku mahu refuse. ‘Amri, bagi Amri, bagi’. Lantas beghitam tompok-tompok putih itu aku berikan pada gadis itu.



“Terima kasih”. Lantas dia segera berlalu dari situ.



Di situlah titik pertemuan aku dengannya. Kenapa aku macam tak pernah jumpa dia? Baiklah, abaikan soal itu. Aku rasa aku nak pinang dia.



Di bilik, “Fattah, tadi aku nampak sorang perempuan ni, bukan main alim lagi” Fattah roommate aku.
“Habis?” Fattah cuba layan aku.



Aku duduk tengok tv sebelah dia dengan secawan kopi di tangan aku hulurkan pada Fattah.



“Thanks...” kata Fattah.



Aku senyum tanda ‘sama-sama’.



Bicara kumulakan, “Aku rasa aku suka dia”.



“Cinta pandang pertama?” Fattah serkap jarang.



“Bukan cinta, suka...” Aku perbetulkan.



Fattah pandang aku. “Perempuan mana ni? Setahu aku kau kan jenis tak layan perempuan... surat-surat cinta tu semua aku tengok kau rendam dalam air je...”



Aku sengih dengan ulasan Fattah. “Itu lain, aku tak layan perempuan macam tu, mentang-mentang aku ada nama kat Universiti ni, cuba tak ada?”



“Tulah, siapa suruh kau ‘hot’ sangat!” Sudah, aku pula salah.



“Hey, iman nombor satu... dah lama aku idam perempuan macam tu, kalau perempuan lain, mesti dah senyum-senyum, sibuk nak berkenalan, tapi dia lain, dia buat tak heran aje...” Aku cuba jelaskan.



Fattah cuba mematahkan hujah aku. “Kau ni, terlalu membanding-bandingkan...” Kata Fattah. Ada hentian panjang di situ.



Aku pula mula bersuara, “Eh, tadi kan kau tanya perempuan mana? Hmm, kau tu pun apa kurangnya, kau kenal ke perempuan-perempuan kat sini, kau kan tak melayan, kalau aku cakap pun bukan kau kenal.” Berjela aku cakap.



“Lah, cakap pun susah?” Fattah nampak bengang. Air kopi yang makin sejuk dihirup perlahan. Begitu juga dengan aku, sambil mata tekun pada kaca televisyen.



“Sebenarnya aku tak tahu nama dia, tapi yang pasti dia pakai beg bukan main polca dot, dengan bekas pensil pun polca dot jugak...” Jawab aku.



“Tu sepupu Alfi” Kata Fattah. Matanya belum berganjak dari kaca siaran di televisyen.



“Kau kenal lah dia?” Aku semacam teruja bila Fattah kenal gadis tu.



“Tak sangat, tapi Alfi selalu rekomen dekat aku, tapi aku malas nak fikir dulu... Johan Tilawah tu... pidato pun boleh tahan, budak MAAHAD Perak.” Macam-macam Fattah tahu rupanya.



Kopi di tangan aku hirup lagi. “Nanti aku jumpa Alfi”



Fattah geleng kepala dengan perangai aku. Di bibirnya terukir satu senyuman sinis. Atau lebih tepat lagi dia sengih dekat aku.



Petang esoknya, aku ajak Alfi lepak kafe. Aku terangkan tujuan aku. Dia senyum saja. Jadi aku dah tahu serba sedikit tentang gadis itu. Ternyata, serba-serbi tentangnya sangat indah.



Esoknya lagi, aku tulis surat. Aku minta Alfi beri pada gadis itu.



“Nah Alfi, kau tolong ya bagi pada sepupu kau tu. Apa nama dia? Aishah?” tanya aku.



“Iya, Aishah... In sha Allah, nanti aku bagi”



Selepas beberapa hari, Alfi datang menemui aku. Dia hulurkan surat. “Nah, ni dia ‘reply’ untuk kau.”



Aku senyum. “Terima kasih...”



Dalam surat aku sebelum ni, yang aku beri pada gadis polca dot tu, aku cakap aku nak jumpa ibu bapa dia. Mungkin aku boleh bertunang dengan dia, taaruf ke. Tapi isi surat yang dia beri pada aku sangat menghampakan.



Dia reject aku? Ah, tercabar keegoan aku sebentar. Tidak mengapalah. Aku harus teruskan belajar yang hanya tinggal dua sem saja ni. Tapi hati aku kecewa lah jugak. Dia tulis, lagi dua sem, bila aku dah habis belajar nanti, dia akan pertimbangkan.



Seminggu lepas tu, ada seorang perempuan dengan nama ‘Solehah’ tambah aku sebagai kenalan di Facebook.



Aku approve, kemudian gadis yang menggunapakai nama Solehah itu tulis pada wall aku, ‘Syukran’. Solehah kemudian mula PM aku di Facebook. 



“Assalamualaikum awak J taipnya.



Orang sudah memberi salam, wajiblah aku menjawabnya. “Waalaikumsalam w.b.t” tanpa smiley mengikuti jawapanku.



“Awak, saya Aishah... ;)



“Aishah mana?” curious juga aku dibuatnya.



“Aishah yang awak bagi surat tulah... saya minta maaf sebab tolak awak :’(”



“Kenapa?” aku takut juga nak jawab, takut pergi jauh.



“Sebab saya tak bersedia lagi nak nikah-nikah ni. Mungkin kita boleh taaruf sendiri?”



Aku dah cuak jugak.  Dia ni kan baik. “Hmm, tak apalah... kan awak dah tulis dalam surat tu lepas saya habis sem boleh masuk meminang awak.”



“Awak, tak payahlah. Saya tak bersedialah pulak.”



“Tapi awak kan ada setahun untuk buat preparation.” Tanya aku. Aku makin hairan dengan gadis ni.



“Awak, ada seorang ustazah katakan pada saya yang couple itu tidak haram, kerana tiada hukum yang jelas dinyatakan dalam hadis dan al-Quran” dia cuba memancing aku kembali.”



“Iya, memang tak haram, tapi tindakan yang menyusuli itu yang membuatkannya haram...”



“Maksud awak?”



“Maksudnya, bila kita sibuk berchatting, mesej, rindu-rinduan, itu yang lama-lama menyebabkan haram...”



“Tapi kita tidak pun bertentang mata?”



Perempuan ni macam saja nak uji aku. “Apa kata awak pergi tanya mana-mana ustazah yang lebih pakar?”



“Awak pernah dengar tak hadis yang mengatakan wanita itu dinikahi kerana empat perkara?”


Dia cuba ubah topik pula. “Iya, saya tahu... harta, kecantikan, keturunan dan agama.”



“Jadi itu bermaksud yang seseorang lelaki itu diberikan pilihan lah kan untuk menikahi mana-mana jenis wanita?”



“Bukanlah... hadis itu menjelaskan sahaja antara perkara-perkara yang menyebabkan seseorang wanita itu dinikahi. Bukannya diberi pilihan.”



“Mana awak tahu? Awak jangan cuba-cuba jelaskan sendiri.” balasnya.



Iya jugak ya. Tapi, dia mula buat aku merasakan yang dia tidak seperti aku harapkan. Aku sangkakan dia seorang yang tidak mengganggu lelaki. Rupanya telahan aku salah.



Aku membalas, “Entahlah, tapi yang pasti, bila lelaki menikahi wanita kerana status sosial, Allah tidak akan menambah kepadanya selain kehinaan.”



“Kalau kerana harta?”



“Kalau menikahi wanita kerana harta, Allah tidak akan menambah kepadanya selain kekafiran, kalau kerana kedudukan, Allah tidak akan menambahkan kepadanya selain kerendahan”



Lama dia membaca PM aku pada dia.



Dia balas. “Okay, saya tahu yang sambungannya, sesiapa saja yang menikahi wanita bukan kerana hal lain, kecuali agar pandangan matanya dapat dikekakang, dan kemaluannya terpelihara, atau untuk tujuan menyambung silaturrahim, maka Allah akan memberkati pernikahannya dengan wanita itu dan wanita itu beroleh berkat pula kerana dipersunting olehnya”



Selepas terima Message itu dari dia, aku mahu log out facebook. Tiba-tiba masuk lagi satu Message. 



“Assalamualaikum, comel J. Saya akan sentiasa rindukan awak. Saya tunggu awak untuk berkenalan dengan saya.”



Perempuan tu buat aku makin hilang percaya pada dia. Selepas dari itu, aku ‘unfriend’ dia dan tidak lagi mengimpikan dia sebagai zaujah aku. Tak sangkanya. Dia boleh layan lelaki? Aku cuba tengok macam mana dia berurusan dengan lelaki dekat facebook dia, memang tak sangka langsung. Dia tak seindah yang aku sangkakan. Memang tidaklah aku nak masuk meminang dia bila aku dah habis sem nanti. 



Sebulan kemudian, aku pergi kem dengan pelajar-pelajar junior. Termasuklah Aishah a.k.a Gadis Polca Dot tu. Boleh pulak kami ditempatkan dalam satu kumpulan, bersama dengan Fattah dan Ina sekali.



Setiap aktiviti perlu berkumpulan pula tu. Gadis polca dot tu bukan main tak mahu pandang muka aku. Ah, hipokrit. Fikir aku. Ina pula macam biasa, tak habis-habis nak senyum-senyum dekat aku terus.



Setelah berhempas pulas aku habiskan dua sem aku yang tinggal tu, Alfi datang pada aku masa majlis convo. Dia tanya, aku tak nak ke masuk meminang Aishah tu lagi.



Aku buat muka kerang busuk aje. Alfi dah pelik. “Kau kenapa? Bukan kau cukup main suka kat cousin aku tu ke?”



Fattah menjeling dari arah sebelah. “Iyalah, kau dulu bukan main lagi nak kat dia. Cinta pandang pertama lah konon?”



“Entahlah, aku dah hilang percaya pada dia”



“Kenapa” Fattah mahukan jawapan.



“Tak ada apelah...” jawab aku sambil buat-buat senyum. Dalam hati aku meluat.



“Suka hati kaulah, tapi dia dah banyak kali ingatkan aku suruh ingatkan kau, Amri.” Alfi tepuk bahu aku.
Aku buat muka kerang busuk lagi.



Sesudah majlis convo, Alfi pergi berjumpa dengan Aishah untuk menyampaikan berita yang aku tak jadi nak masuk meminang dia.



“Dia dah tak suka adik ke abang?” Aishah sudah biasa membahasakan dirinya adik dan menggelarkan Alfi sebagai abang.



“Entah, abang pun tak tahu.” Balas Alfi.



Amirah yang berada disebelah Aishah turut hairan. Dia cuba memujuk Aishah. “Tak apalah Aishah, tak ada rezeki”



“Tapi dia dah bagi harapan pada Aishah, abang, Mira...” satu-satu wajah dilihatnya.



Alfi diam buat seketika memikirkan kata-kata yang bakal diluahkan. “Takpelah adik, mungkin dia dah jumpa yang lebih sesuai untuk dia...”



“Tapi adik tunggu dia, abang. Bukan adik tak reda, tapi dia mempermainkan hati adik macam tu aje. Tapi, takpelah... tak ada jodoh kan abang?”



“Adik, abang kan ada? Dengan abang tak nak?” Alfi cuba menceriakan Aishah kembali.



“Pulak dah? Tak apalah, tak laku. Assalamualaikum. Adik nak balik bilik.”



Aishah benar-benar tidak menyangka lelaki kepercayaan sepupunya rupanya mempunyai sifat sedemikian rupa. Sudahlah ibu bapanya sudah dimaklumkan.



Malam itu, aku Log In Facebook aku lagi. Ada seorang perempuan ‘add’ aku di facebook lagi. “Aishah Muhammad”



Aku kira dia sudah tukar nama. “Tukar nama dah? Mana Solehah?” aku PM dia.



Sambil-sambil tu aku tengok post dekat wall dia. ‘Tentu ada hikmah disebalik harapanku yang telah hancur’



Dia reply PM aku “Assalamualaikum, saya tak tukar nama pun. Solehah tu siapa? Facebook ni saya baru buat. Yang sebelum ni dah kena godam macam-macam.”



Aku sedikit terkejut. “Jadi selama ni awak tak pernah lagi on FB lah?”



“Iya, saya biarkan dulu, sebab saya nak fokus study awal-awal sem ni.” Balasnya.



Aku termangu seketika. 



Dia PM aku lagi. “Kenapa ya awak tak jadi masuk meminang saya?”



Lantas aku pun menjelaskan hal yang sebenar. Lantas, aku cuba siasat, siapa dalang di sebalik perkara yang telah berlaku itu. Akhirnya aku dapat tahu, dengan bantuan kawan-kawan aku jurusan IT. Rupanya Ina punya angkara yang telah merosakkan perasaan aku selama dua sem.



Tapi tidak mengapa, dalam tempoh terdekat, aku akan masuk meminang Gadis Polca Dot kesayangan aku tu. Alfi sempat warning aku, lain kali jangan cepat percaya orang. Siasat dulu apa-apa pun. Katanya lagi, dia lebih kenal dengan Aishah. Kenapa tidak cuba minta kepastian dari dia. Terkedu juga aku. Jadi, moral of the story, bila terima apa-apa berita, cuba pastikan kesahihan berita tersebut. So, sekarang, aku akan jadi zauj kepada Gadis Polca Dot yang solehah.



Rasulullah SAW pernah bersabda:

“Kebahagiaan itu terletak pada tiga perkara, dan kesengsaraannya terletak pada tiga perkara pula. Antara kebahagiaannya ialah memiliki isteri yang solehah.” Hadis Hasan, ditakhrij oleh al-Suyuthi dan al-Thayalisi, daripada Saad.



Dan kini, aku benar-benar bahagia dengan kekasih hatiku yang aku cintai.

No comments: