Facebook Badge

20130331

Jaga Diri. Jaga Iman. Jaga Amal.

♥¸.•*۰۪۪۫۫♥۰*•.¸♥
(In the Name of Allah the Most Gracious and Most Merciful)




Jaga Diri.



Culture Shock. 



Satu perkataan yang sangat sinonim untuk dihujahkan di bawak topik 'menjaga diri'.



Bukan sesuatu yang sukar untuk menjaga diri bagi mereka yang benteng agamanya sudah kukuh, namun yang rapuh, tetap merasakan ia suatu dugaan yang sangat besar.



Hidup ini bukan hanya dilalui di dalam rumah, di ruang lingkup yang kecil. Tetapi, hakikatnya hidup ini sangat jauh perjalanannya.



Berliku ranjaunya.



Jadi, diri itu benar-benar perlu dijaga. Jangan sampai terikut-ikut dengan hal-hal dunia. Jangan sampai dipesongkan dengan kesesatan.



Asas yang kukuh perlu dibina. Bina dengan tarbiah. Bina dengan didikan. Bina dengan sedaya-upaya.



Tidak perlu terikut-ikut, harus kukuh pegangan. Jadilah seperti lalang yang sentiasa kukuh pada tanah meskipun dilanda ribut dan angin kencang. Namun sentiasa fleksibel strukurnya.



Begitu juga dengan diri kita. Harus kukuh pada pegangan dan fleksibel pada pelaksanaan. Kukuh pada pegangan.







Sepertimana sesebuah negara yang mahu mengukuhkan kedaulatan, maka negara tersebut perlu ada badan pertahanan sebagai persediaan dan benteng bagi menghadapi musuh yang boleh tiba bila-bila masa tanpa sebarang amaran, dan ramalan.



Kita harus jaga diri kita supaya agama terbela. Jangan jadi fitnah kepada agama. Jangan sampai diri kita yang menjadi punca agama dipandang serong.



Atas sebab itu juga, diri kita perlu dijaga.







Jaga Iman.



Bila melakukan sesuatu perkara yang melibatkan Iman, sebenarnya ini merupakan satu perkara yang amat sukar bagi saya.



Menjaga Iman bukanlah semudah menjaga rambut, atau menjaga barang, tetapi ia terlalu sukar. Kadang-kala kita melihat orang lain terlalai untuk menjaga Iman mereka, lantas kita merasakan apa yang sukar sangat dalam menjaga Iman ini.



Tetapi, bila sampai kepada bahagian kita untuk menjaga Iman, mulalah terkial-kial nak mencari baja Iman. Mulalah lalai disapa nafsu.



Lebih-lebih lagi bila disuntik dengan perasaan fitrah yang boleh menimbulkan fitnah, tidak lain tidak bukan ialah CINTA.



Pada awalnya kata tidak mahu bercinta, tetapi bila sudah mula merasai sendiri indah nikmat dunia, mulalah hati berlalai-lalai.



Mulalah hati menurut nafsu.



Mulalah hati alpa.



Bila tersentak, sudah tidak boleh berundur. Dan saat itu, mula rasa tersepit.



Parahnya jika Iman tidak dibajai sejak awal.



Yang pada awalnya sekadar mahu bicara yang penting, mula diselit dengan keinginan diri.



Bila mahu berundur, mula rasa bersalah. Mula merasakan tidak mengapa. Mula lalai.



Itulah. Sukar sekali sebenarnya menjaga Iman ini sebenarnya. 



Tidak semudah lidah lembut berbicara.



Tidak semudah telinga mendengarnya.



Tidak semudah mata yang membaca.



Tapi ini tentang H A T I  yang perlu disucikan. Berat. Penat. Goyah. Rapuh. Nipis. Itulah Iman yang ada pasang surutnya. 



Iman yang kini sudah semakin 'kehabisan bateri' perlu di recharge.



Dengan Ilmu. Majlis-majlis ilmu. Mendengar ceramah-ceramah. Membaca al-Quran dan mentadabbur maknanya sekali.



Sama-samalah kita menjaga Iman kita yang senipis kulit bawang ini. Yang sering rapuh ini.



Untuk melayari C I N T A , bukan bermakna perlu bermesra-mesra. Bukan bermakna perlu bermanja-manja.



Cukuplah sekadar mengingatkan diri masing-masing untuk sentiasa berada di bawah naunganNya. Sentiasa mengingatiNya.



meski ku rapuh
dalam langkah
kadang tak setia
kepadaMU
namu cinta
dalam jiwa
hanyalah padaMu
maafkanlah
bila hati
tak sempurna
mencintaiMu
dalam dada kuharap hanya
diriMu yang bertakhta







Jaga Amal.



Amal yang selama ini telah kita laksanakan, tidak harus dibiar terhapus begitu sahaja. Berhempas pulas mengumpul amal, terhapus dek dosa yang tidak diminta ampun. Dihapus dek kelalaian.



Sangatlah rugi orang-orang yang tidak mengumpul amal semasa hidupnya.



Sangatlah rugi orang-orang yang tidak menjaga amalnya.



Tambahkan amal, supaya timbangan amal menjadi berat ketika dihisab nanti. Sekecil-kecil amalan tetap juga dikira Allah.



Tidak mampu laksanakan yang besar, laksanakanlah yang kecil dahulu. Mulakanlah dari sekecil-kecil perkara.



Mulakan dari sekecil-kecil amal.



Baru kita akan bersedia untuk lakukan amalan yang lebih besar. Baru kita akan mampu dan tidak goyah untuk laksanakan amal yang besar.




Sekian, salamun alayk =]
Balqis,
9.24
31032013

No comments: