20140524

Di jalan dakwah aku bernikah.

Segala puji bagi Allah, tuhan sekalian alam.


Jalan Dakwah.


Cuma dua minggu kurang satu hari lagi bertukarlah status saya. Mungkin ramai yang merasakan betapa saya sedang teruja.


Tidak.


Jauh dari sudut hati saya bukan teruja yang saya rasa.
Tidak kurang juga yang menyangka betapa berdebar segenap jiwa dan raga saya.


Tidak. Cuma yang saya rasa, sebuah ketenangan atas jalan dakwah. Kerana benar. Benar saya ingin bernikah atas jalan dakwah.


Percayalah, 
Bukan teruja yang menyelaputi dada.
Bukan debaran yang menjalar di jiwa.


Meminjam dan memodifikasi tajuk buku yang pernah ditulis oleh Cahyadi Takariyawan, sungguh, matlamat utama saya hanya atas usaha dakwah.


Saya mahu, Islam tertegak dengan pernikahan saya.
Saya mahu, Islam merebak dalam seluruh keluarga saya.


Dan saya akan pastikan itu.


Biar Bumi ini makmur dengan masyarakat Islam. Biar bumi ini makmur dengan ulama-ulama dan para mujahid yang kuat cintanya pada agama.


Tidak seperti diri saya.
Tidak lemah seperti saya,


Moga-moga, dengan pernikahan ini, bertambahlah kemakmuran bumi. Bertambahlah para mujahid yang mewaqafkan diri ke jalan Allah. Membaiki sedikit kesilapa yang pernah dilakukan oleh mereka yang pernah membesarkan saya. Moga Allah rahmati mereka melalui asbab usaha kecil saya :)


Dan  atas asbab dakwah juga, pernikahan ini saya minta pada keluarga, buatlah dengan cukup sederhana. Saya cuma mahukan akad nikah dan jamuan makan.


Pakaian yang cukup sederhana, tanpa pelamin tanpa photograher. Tanpa makan beradab meraikan adat. Tanpa lagu-lagu hiburan yang melalaikan.


Di sinilah dakwah saya, moga menjadi ikutan buat teman-teman. Dan yang lebih dekat lagi, buat keluarga saya juga.


Segan untuk berpakaian serba cantik, menarik perhatian mata yang memandang. Semuanya serba sederhana. Cukuplah pakaian yang biasa. Itu juga dakwah saya.




Matlamat.


Dan matlamat yang saya tanamkan, ingin sekali, moga-moga dengan pernikahan ini, saya bakal mampu dan lebih mudah mempelajari bahasa syurga. Moga-moga, saya bakal mampu menghafal al-Quran. Moga-moga, saya bakal mampu menegak sunnah berniaga.


Ingin saya mendidik para mujahid mujahidah yang menyambung keturunan dengan ayat-ayat suci al-Quran. Bukannya dikenalkan dengan lagu-lagu kanak-kanak tidak ketuhanan.


Ingin sekali, saya mengajar huruf-huruf hijaiyah, kemudian mula menghafal Quran, dan belajar bahasa syurga moga meningkat kepandaian.


Ingin sekali, saya menjadikan mereka, para mujahid yang kental iman, yang bersungguh memburu syahid,


Moga-moga, dengan keupayaan saya yang terbatas untuk mengejar syahid, dengan iman luntur yang sering menutup mata, dapatlah saya menyiapkan para mujahid yang dapat membina ummah.






Ummah.


Lihat sahaja, masalah ummah yang kian membarah. Lihat sahaja, zina berleluasa. Lihat sahaja, anak muda kealpaan, tidak berbakti pada agama. Lihat sahaja, betapa ramai yang leka. Lihat sahaja, pemimpin zalim berleluasa. Lihat sahaja, ummah kita makin tenat.


Apa boleh aku sumbangkan?
Apa mampu aku berikan?
Apa jasa aku curahkan?


Tiada.


Moga-moga, terbinanya baitul muslim, akan saya bina baiti jannati. Akan saya persiapkan para pejuang.


Ada juga yang risau, dan melahirkan kerisauannya pada saya, memberi sepotong nasihat, bahawa pernikahan itu mungkin indah, iyalah, ada orang yang boleh saya kongsikan segala sesuatu. 


Dan katanya, perlu untuk ambil tahu, bahawa di dalah kehidupan rumahtangga itu, bukan untuk seronok-seronok saja, tapi juga kita akan masuk dalam masalah-masalah dia, kita akan berhadapan dengan realiti.


Mungkin awalnya agak menakutkan saya, tapi saya perlu jelas matlamat saya. Saya tahu apa tujuan pernikahan saya, bukan untuk suka-suka.


Saya mahu menghidupkan amal Islami dalam keluarga saya. Moga-moga ada yang 'terjerat' dengannya.


Saya sendiri mungkin belum mampu. Perlunya bergerak dengan bantuan. Dengan sokongan.


Ummah itu bermula dari rumah, dan dengan itu, ingin saya bina keluarga saya, menarik mereka pada keindahan Islam.

4 comments:

wawawuwu may said...

semoga dipermudahkan insyaAllah.
nikah untuk lahirkan ummah bukan hanya untuk melepasi 'palang' fitrah. keberkatan Allah milik kalian mudah2an. amin :)

wawawuwu may said...

semoga dipermudahkan. nikah untuk lahirkan ummah bukan hanya untuk melepasi 'palang' fitrah. keberkatan Allah milik kalian insyaallah :)

NazatulNajzan said...

nice word.. PALANG fitrah :)

Syukran... doanya :')

NazatulNajzan said...

nice word.. PALANG fitrah :)

Syukran... doanya :')